CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1876|Reply: 6

Polis Siasat Lelaki Pukul Budak Kerana Lekat Gula-gula Getah Pada Kereta

[Copy link]
Post time 19-2-2019 05:33 PM | Show all posts |Read mode
Polis akan memanggil seorang lelaki untuk memberi keterangan selepas videonya memarahi dan memukul kanak-kanak lelaki tular di laman sosial, lapor Harian Metro.


Difahamkan, mangsa yang dipercayai penghuni sebuah rumah kebajikan kanak-kanak di Taiping itu dikatakan telah melekatkan gula-gula getah di keretanya menyebabkan lelaki terbabit 'naik hantu'.




Kredit foto: FB




Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Taiping, Superintendan Razlam Ab Hamid mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai kejadian yang berlaku di sebuah rumah kebajikan, malam semalam.

“Berdasarkan siasatan, kejadian dipercayai berlaku di sebuah rumah kebajikan kanak-kanak di bandar ini dan mangsa juga adalah penghuni rumah berkenaan.

“Video menunjukkan seorang suspek memukul mangsa menggunakan tangan beberapa kali di belakang leher kerana mangsa dipercayai melekatkan gula getah di kereta suspek,” katanya.







Tambahnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja memdatangkan kecederaan. - CARI

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2019 05:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Aduaii nakaaal sungguh adik ni.. Lekat chewing gum kat kete org.. Brader pulak pantang.. Kete tu bagai princess kesayangan naw naw..

Alahai brader.. Takyahla pukul.. Paling abes panggil budak tu suruh dia bersihkan je kesan tu. Nasihat jgn buat lagi.. Gertak sikit pakai psikologi..

Kalau chewing gum terlekat.. Nak tanggalkan buh ais atau pakai degreaser (wd-40) jah..
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2019 06:26 PM From the mobile phone | Show all posts
m mang nakal sgt budak ni, tapi budak kecik janganlah pukul habis2an. kalau iols g cungkil tu gum letak kat dahi die
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2019 07:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Patutnya pulis panggil budak tu lekatkan chewing gum dalam kuluo dia.
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2019 09:59 PM | Show all posts
budak tu pun.. lepas ni jangan buat lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2019 11:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Pakcik ni tepuk kuat je. Kat bahu pulak tu. Yg budak2 lain ngacau ngacau dok gelak2 lagi. Korang ingat kalau pukul betul2 budak budak lain tu berani ke nak gelak2 gitu. Setakat nak ngajar budak tu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-3-2019 01:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Berapa umur budak tu? Mcm dah besar je. Kenapa la pegi tampal chewing gum dkt kereta orang dik oi.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 11:16 PM GMT+8 , Processed in 0.061426 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list