CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2429|Reply: 11

10 Fakta Pelik Filem Popular Yang Bakal Mengejutkan Anda!

[Copy link]
Post time 20-2-2019 11:21 AM | Show all posts |Read mode
Fakta pelik mengenai filem-filem kegemaran ramai ini mungkin akan membuatkan anda terkejut! Jom kita baca senarainya di bawah.


1. Kod yang seringkali boleh dilihat dalam The Matrix sebenarnya berasal dari resipi makanan Jepun popular, sushi! Tidaklah serumit yang disangkakan rupanya!









2. Lukisan "bogel" yang kononnya dilukis oleh Jack Dawson di dalam filem Titanic dilakarkan sendiri pengarah filem tersebut, James Cameron.









3. Sean Connery mengalami masalah keguguran rambut sejak berusia 17 tahun, mungkin ramai yang tidak tahu bahawa beliau memakai rambut palsu dalam setiap filem James Bond yang dibintanginya.











4. Amy Poehler yang memegang watak sebagai ibu kepada Regina George lakonan Rachel McAdams dalam filem popular Mean Girls hanyalah berbeza tujuh tahun lebih tua dalam kehidupan sebenar.









5. Kesemua jam yang boleh dilihat dalam filem Pulp Fiction menunjukkan angka 4.20 yang mana merupakan angka popular di kalangan penagih ganja di seluruh dunia.









6. Konsep dan jalan cerita Final Destination sebenarnya berasal dari siri popular The X Files yang tidak pernah digunakan.









7. Michelle Rodriguez yang memegang watak Letty dalam siri filem Fast & Furious tidak pernah memiliki lesen memandu sehiggalah beliau menjalani penggambaran filem tersebut.









8. Sekurang-kurangnya, 91 kali panggilan polis telah dibuat terhadap pelakon Sacha Baron sepanjang beliau menjalani penggambaran filem Borat.










9. Tahukah anda, kenapa agaknya dalam filem Slumdog Millionaire, logo kereta Mercedes Benz tidak kelihatan ketika melalui kawasan perumahan miskin?



Ianya adalah kerana syarikat kereta berkenaan tidak mahu adegan itu mencalarkan imej syarikat mereka. Dalam erti kata lain, kereta itu hanya layak untuk dipaparkan di kawasan perumahan orang kaya sahaja.










10. Sewaktu penggambaran filem Poltergeist, Robbie benar-benar tercekik ketika dipeluk oleh anak patung berwajah badut di bawah - tiada sesiapa yang menyedarinya sehinggalah wajah pelakon tersebut bertukar kebiru-biruan!









Fuh, macam-macam rupanya yang terjadi di sebalik sebuah filem yang kita tonton selama ini. Mungkin di masa akan datang, penulis akan berkongsi mengenai fakta pelik filem-filem Malaysia pula. Nantikan ya! - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-2-2019 12:02 PM | Show all posts
wowww letty bwk kereta pnya la dasyat tp takde lesen
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2019 12:09 PM | Show all posts
info2 menarik..

kalau ada lagi, share ye tt..
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2019 12:31 PM | Show all posts
info ke 10 serammmm
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2019 12:36 PM | Show all posts
Sebab tu jangan mudah percaya apa saja yang dipaparkan dalam pilem sebab pasti ada cerita lain mengenainya
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2019 01:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Overnya Mercedes tu!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-2-2019 02:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Knp 4.20 tu angka popular penagih ganja seluruh dunia? Ada sesiapa boleh tolong explain tak
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2019 02:21 PM | Show all posts
I like these kind of infos
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-2-2019 03:57 PM From the mobile phone | Show all posts
EvieWanKenobi: info2 menarik.. kalau ada lagi, share ye tt..


Baiklah. Tungguuu
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2019 04:01 PM From the mobile phone | Show all posts
menarik fun facts nya
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2019 04:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Beribear replied at 20-2-2019 02:20 PM
Knp 4.20 tu angka popular penagih ganja seluruh dunia? Ada sesiapa boleh tolong explain tak

4.20 kira cam celebration secara x rasmi utk penghisap ganja...sambut pd 20 april on 4.20pm..kiranya kat mana tempat yg hisap ganja tu bukan jenayah, diorg leh hisap la secara public..itu yg i faham dedulu...kot ada sapa yg lebih arif, leh la tlg explain jap..
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2019 03:22 PM | Show all posts
ohh baru tahu rupanya begitu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 06:54 PM GMT+8 , Processed in 0.251830 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list