CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234
Return to list New
Author: Sang_Pencinta

"Shooting Pre-Wedding Ke?' - Peminat Usik Percutian Siti Nordiana, Zoey Ke

  [Copy link]
Post time 23-2-2019 02:58 PM From the mobile phone | Show all posts
“Lambat Lagi Nak Shoot PreWedding, Tak Ada Maknanya!” Terbang Ke Jepun Dengan Zoey Rahman, Ini Jawab Siti Nordiana

Posted on February 21, 2019 by THE PRIME REPORTS

Siti Nordiana yang kini sedang berada di Jepun terkejut apabila ada di kalangan netizen yang membuat spekulasi yang bukan-bukan mengenai pemergiaannya ke Negara Matahari Terbit itu.

Rata-ratanya rancak membuat spekulasi apabila pelakon dan hos, Zoey Rahman turut dilihat menemani penyanyi terbabit ke sana.

Siti Nordiana atau lebih mesra disapa Nana bagaimanapun menafikan dirinya ada melakukan sebarang hal berkaitan dengan persiapan perkahwinan.

Katanya ketika dihubungi MH, Nana menjelaskan, dia ke Jepun bagi memenuhi jemputan AirAsia dan pada masa sama, sempat melakukan beberapa projek terkininya.

“Lambat lagi nak shoot pre-wedding dekat sini. Tak ada maknanya. Saya sebenarnya dipelawa pihak AirAsia dan pada masa sama, saya ambil peluang untuk melakukan penggambaran travelog sendiri. Itu pun biasa-biasa saja,” seloroh Nana.

“Kisahnya nanti akan disiarkan di saluran YouTube saya sendiri dan pemergian saya ke sini bukanlah bertemankan Zoey seorang, tetapi team Siti Nordiana lainnya juga.

“Ramai sedia tahu saya dan dia sudah lama berkawan dan tak lebih daripada itu. Apa pun, macam manalah nak kahwin, boyfriend pun tak ada,” jelas penyanyi Nisan Cinta ini yang bakal pulang ke tanah air Jumaat ini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-2-2019 12:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Plis nana jgn la jadi ngn zoey ni.zoey keje ape je?ada bisnes ke?nana mcm keje xbrenti.kang kalau btol jd abesla ada biawak dlm hidup nana.
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2019 03:21 PM | Show all posts
hmmm mcm x sesuai je dorg dua org ni.. ke mata i je rasa macam tu?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 08:47 AM GMT+8 , Processed in 0.044338 second(s), 24 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list