CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3587|Reply: 5

"Saya Tak Perlu Mencuri Dan Menipu" - Terpalit Kes Penipuan, Aliff Sy

  [Copy link]
Post time 22-2-2019 11:34 AM | Show all posts |Read mode
Usahawan kosmetik terkenal Dato' Sri Aliff Syukri bin Kamarzaman atau Aliff Syukri Terlajak Laris membuat laporan polis hari ini berikutan beberapa individu yang dikatakan menggunakan namanya untuk melakukan penipuan wang orang ramai.





Kredit foto: Instagram









Dalam sebuah video yang dimuatnaik di akaun Instagramnya, beliau mengatakan telah mendapat banyak kecaman dan tag daripada individu-individu mangsa penipuan yang menuntut dan ingin menyamannya kerana dikatakan bertanggungjawab atas kes penipuan tersebut.


Menurut beliau, dianggarkan beratus orang telah tertipu dengan nilai kerugian ratusan ribu ringgit.




  



Sambil menafikan penglibatannya, Dato' Sri Aliff Syukri berkata beliau telah membuat laporan polis bertujuan untuk membersihkan namanya. Beliau juga telah menghubungi peguamnya untuk mengambil tindakan terhadap invividu-individu tersebut.





Kredit foto: Instagram







‘ Tolong jangan tertipu! Please jangan terpedaya! Saya tak perlu mencuri dan menipu orang kerana bisnes saya juga membawa keuntungan’ tegas Aliff.





Kredit foto: Instagram



Kredit foto: Instagram







Netizen yang mendengar keluhan usahawan itu menggesa beliau bersabar dan meluahkan rasa simpati. Mereka juga menggesa beliau untuk tidak berlembut dengan pihak-pihak yang menggunakan namanya sewenang-wenang untuk menipu orang ramai.





Kredit foto: Instagram






Semoga Dato' Sri Aliff Syukri dapat membersihkan namanya dan membawa scammers itu ke muka pengadilan supaya mendapat hukuman yang setimpal. - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-2-2019 01:39 PM | Show all posts
Kesian, masih ada yang tertipu kes MLM
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2019 10:21 PM | Show all posts
Die ni kalau update pape nilai duit tu mesti letak.
Nmpk nau berkiblatkan ape hidupnye
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2019 09:21 AM | Show all posts
slyfynx replied at 22-2-2019 10:21 PM
Die ni kalau update pape nilai duit tu mesti letak.
Nmpk nau berkiblatkan ape hidupnye

Semua pasal duit bagi dia

Tapi mungkin sebab tu dlm lembam lembam pun dia berjaya dalam perniagaan
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2019 10:42 AM | Show all posts
dulu dalam majalah mingguan wanita kulit belakang tu kan
ada konon gambar dia eksisden hidung senget kecederaan teruk
selepas consume dherbs terus elok muka dia
i rasa mcm tipu ja. gimik nak lariskan produk
tak berkat la hidup mcm tu
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2019 03:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Saman 10juta mari kita tunggu & lihat
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 08:56 PM GMT+8 , Processed in 0.085862 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list