CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2746|Reply: 0

Petani kreatif hasilkan pasu daripada tuala

[Copy link]
Post time 24-2-2019 10:17 AM | Show all posts |Read mode
JITRA: Tuala terpakai yang sudah lusuh mungkin akan dijadikan kain buruk, alas kaki atau dibuang oleh kebanyakan orang, namun bagi seorang petani di Kampung Padang Panjang mukim Malau di sini, fabrik tersebut merupakan bahan terpenting dalam kreativitinya membuat pasu bunga.

Izhar Johari, 44, berkata dengan bantuan larutan simen, kain tuala yang bersifat lembut itu boleh "ditukar" menjadi pasu bunga yang keras, cantik dan unik.

"Tuala terpakai itu disalut dengan larutan simen dan kemudian diolah secara kreatif menjadi pasu sebelum dikeringkan dan keunikan produk ini  mendapat perhatian suri rumah dan peminat landskap khususnya," katanya kepada pemberita di sini.

Izhar yang turut mengusahakan tanaman kelapa dara dan madu kelulut, berkata idea untuk menghasilkan pasu daripada tuala tercetus selepas menonton video mengenai pembuatan pasu dengan kaedah sama menerusi Internet beberapa bulan lalu.

Selepas mendapati proses pembuatannya sangat mudah, Izhar berkata dia dan isterinya Haslini Mohd Ismail, 43, memutuskan untuk mencuba berkecimpung dalam bidang itu dua bulan lalu dan hasilnya mereka kini mampu memperoleh pendapatan sampingan kira-kira RM1,500 sebulan daripada penjualan pasu tersebut.

"Proses pembuatannya tidak rumit, hanya guna tuala, larutan simen dan acuan. Selepas menjalani proses pembentukan pasu dan dijemur, ia kemudian dicat sebelum dijual kepada pelanggan," katanya yang mampu menjual 30 hingga 40 unit pasu sebulan.

Katanya setiap pasu yang siap ditanam dengan pokok bunga dijual pada harga RM45 hingga RM65 manakala pasu kosong pula berharga antara RM25 dan RM45 sebuah, bergantung pada saiz dan bentuk pasu.

Bapa kepada enam anak itu berkata walaupun jualan pasu tersebut tidak menentu, hasil yang diperoleh tetap dapat membantunya menyara keluarga.

Dia juga tidak lokek berkongsi ilmu apabila mengambil inisiatif menganjurkan bengkel pembuatan pasu tuala untuk mereka yang berminat khususnya suri rumah yang ingin mencari pendapatan sampingan.


Seorang peserta bengkel itu, Wan Hamisah Azizan, 36, berkata dia mengikuti bengkel itu kerana ingin menjana pendapatan sendiri selain membantu suami yang bekerja sebagai penoreh getah.

"Pendapatan tak seberapa, jadi saya tekad nak buat pasu ini dan jual sendiri agar dapat membantu suami dan berada dalam zon selesa dari segi pendapatan kami sekeluarga," kata ibu kepada empat anak itu.

Wan Hamisah turut menyeru masyarakat setempat mengambil peluang yang ditawarkan Izhar tersebut terutamanya golongan petani dan penoreh getah bagi menjana pendapatan tambahan.

-- BERNAMA











Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 08:56 PM GMT+8 , Processed in 0.060607 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list