CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 8141|Reply: 45

'Untung RM15 Juta Dalam 9 Bulan,' - Boy Iman Tulis Buku Dedah Rahsia Kejayaan Pe

  [Copy link]
Post time 25-2-2019 12:44 PM | Show all posts |Read mode
Artis yang kini usahawan berjaya, Dato' Dr. Boy Iman mengumumkan bakal menerbitkan buku-buku tulisannya sendiri untuk berkongsi kisah hidup dan tips-tips pemasaran yang mendedahkan rahsia kejayaan  perniagaannya.





Kredit foto: Instagram



Menurut Pengarah Dbi Group yang pernah menerima segulung Ijazah Kehormat (PhD) daripada sebuah universiti di Chennai India ini , buku pertama tulisannya berkaitan kisah hidupnya yang bermula dari bawah dan pengalamannya mengalami dan mengatasi masalah seperti tidak bermotivasi, stress, difitnah, down, negatif dan banyak lagi halangan lain sehingga berjaya.


Kredit foto: Instagram





Manakala buku kedua pula berkaitan dengan bidang pemasaran yangs sesuai untuk usahawan yang baru menceburkan diri dalam perniagaan. 'Buku kedua ini mendedahkan rahsia bagaimana saya boleh buat sales dalam bukan bidang saya, bukan minat saya tetapi saya boleh buat rm15 juta dalam masa 9 bulan, rm10 juta dalam masa 4 bulan dan beratus ribu sahaja dalam masa tak sampai sebulan,' katanya







Kredit foto: Sinar



Draft muka depan untuk kedua-dua buku tulisannya itu telah siap dimuat naik di Instagramnya dan meminta pandangan pengikutnya. 'Saya ingin pendapat anda untuk tahu apa anda pilih, anda suka tengok di muka depan buku saya..mana yang bagi anda menarik dan tertarik,' tulisnya.





Kredit foto: Instagram



Bagaimanapun, buku-buku ini hanya akan diterbitkan selepas Dato' Dr. melepasi 'dugaan' yang melandanya syarikatnya. 'Saya akan terbitkan apabila saya berjaya melepasi "dugaan" yang melanda diri saya dan syarikat saya, Dbi Technology Sdn Bhd hingga mengakibatkan kejatuhan empayar Dbi yang dikenali sebagai Dbi Group,' terangnya.





Kredit foto: Carian Google



Dipercayai 'dugaan' yang dimaksudkan oleh beliau ialah tuduhan kes penipuan perumahan kos rendah melibatkan jumlah RM6.2 juta, di mana syarikatnya dikatakan menawarkan rumah berharga RM60 000 kepada ramai mangsa tetapi pembinaannya tidak dijalankan selepas pembayaran diterima. Dia yang pernah ditahan polis selama 18 hari untuk membantu siasatan bagaimanapun menafikan semua dakwaan ini.





Kredit foto: Metro



Persoalannya, adakah kisah kejayaan dirinyua yang banyak terpalit kontroversi negatif akan melariskan buku-buku tulisannya? Atau, adakah kontroversi itu akan membuatkan mereka ragu-ragu untuk membelinya? Apa kata anda? -CARI
.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-2-2019 12:51 PM | Show all posts
Semoga berjaya juga kpd peminat yg beli buku dia nanti...
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2019 12:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Sang_Pencinta replied at 25-2-2019 12:51 PM
Semoga berjaya juga kpd peminat yg beli buku dia nanti...

Ada ke??

Buku aliff terlajak riak tu pun berlambak tadak sapa nak beli...  
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2019 01:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Jadi, smua rumah terbengkalai tu dh siap ke belom?
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2019 01:36 PM | Show all posts
hahahahah phd di india? ke beli phd tu hahahaha
tengok muka pun tau.. muka yang malas belajar..
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2019 01:52 PM | Show all posts
15j ..x sapa setahun

kita yg xdop phd ni....xleh hadam...

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-2-2019 02:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Ajar cara scam orang?
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2019 02:04 PM | Show all posts
ada gelaran Dr. tu. research paper dia pasal apa? artis dapat gelaran doktor, lepas tu jadi jutawan, nak jugak baca research paper dia time buat phd ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2019 02:07 PM | Show all posts
hello polis tolong tangkap tokbelon kaki scammer ni..rumah da la terbengkalai penuh lalang lagi mau sembang srupa developer tersohor malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2019 02:08 PM | Show all posts
mana x untung besar...jual rumah rega rm60k, rumah x buat tp duit dapat. kan untung bersih di situ..
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2019 02:10 PM | Show all posts
rimas nyer la haiii
bila la nak wujud akta yg mengharamkan penggunaan gelaran/pangkat pelesu nih
LANGSUNG TAKDA RASA MALU dah puak2 beli pangkat, beli sijil pelbagai nih
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2019 02:14 PM | Show all posts
title tu kira betul2 sah la kan...
sebab dia berani publish kat buku camtu..
perhhh... hebat2....
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2019 02:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Gambar last tu apehal la mengendeng sgt

Aku lupa dia ni artis, kerjaya heolls sebagai conman lebih menyerlah
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2019 02:26 PM | Show all posts
Affliate with N.J.I.B .U.S, Chennai

tah kenapa aku terbayangkan NAJIB...ahah
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2019 02:42 PM | Show all posts

tak serik lagi ke datuk beli snap gambar depan pagar istana ni.
gelaran datuk beli
phd beli.
menipu orang.
doa tak aman la hidup kau wahai nourol iman\
mohon tukar nama jadi nourol takda IMAN.
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2019 03:21 PM | Show all posts
kah kah kah.. kalau ada yang beli gak buku si belon ni, tak tau la nak cakap apa..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2019 03:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Ajar org jadi scammer berjaya ke?
Bermula dr ala2 tipu..diri tertipu...turut tertipu..selanjutnya sambung dibuku.
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2019 03:28 PM | Show all posts
sapelh yg cerdik sgt nk bli buku die tu
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2019 03:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Idup lagi scammer shilaker ni
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2019 03:52 PM | Show all posts
dpt free buku ni pun lom tentu org baca
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 08:24 PM GMT+8 , Processed in 0.081227 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list