CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3347|Reply: 4

Stres Monyet Asyik Datang Rumah! Nah Tips Untuk Halaunya Jauh-Jauh

[Copy link]
Post time 25-2-2019 01:22 PM | Show all posts |Read mode
Monyet sebenarnya boleh dijinakkan namun majoritinya lebih suka mengacau aktiviti manusia dan ada juga spesies yang membahayakan dan boleh mengancam nyawa.


Kredit foto :pexels.com


Adakah kawasan rumah anda sering didatangi monyet? Jika ya, maka tips di dalam artikel ini sememangnya untuk anda. Bagaimana caranya untuk menghalau monyet?


1. GUNAKAN TONG SAMPAH BERTUTUP


Bukan setakat di luar rumah anda, bahkan kejiranan anda seharusnya mempunyai tong sampah yang berpenutup. Ini kerana jika makanan mudah didapati di kawasan longgokan sampah yang terbuka, pastinya senang menarik kedatangan monyet.


2. JANGAN BIASAKAN BERI MAKANAN


Jangan biasakan memberi makanan kepada monyet  di kawasan rumah anda contohnya memberi pisang. Ini kerana monyet akan kembali semula ke tempat di mana anda memberinya makan dan perkara ini akan sentiasa berulang.


3. SENTIASA PETIK DAN KUTIP BUAH


Jika anda mempunyai pokok buah di kawasan rumah anda, pastikan buah sentiasa dipetik apabila sudah masak. Pokok buah akan menjadi tarikan kepada monyet. Jika masalah ini berlanjutan, mungkin anda perlu fikirkan semula sama ada perlu atau tidak meneruskan tanaman buah tersebut.


Jika anda ada menanam sayur-sayuran di atas tanah, mungkin anda boleh memasang gelung dawai untuk menghalau binatang.


Foto: Healthline.com


4. PASANG LANGSIR ATAU PENUTUP JARING PADA TINGKAP


Adalah lebih baik jika anda menutup tingkap dengan sesuatu supaya makanan di dalam rumah tidak menarik perhatian monyet. Monyet tidak dapat melihat serta masuk ke rumah melalui tingkap.


5. ELAKKAN PENGGUNAAN BEG PLASTIK


Bunyi beg plastik akan menarik perhatian monyet. Monyet mempunyai rasa ingin tahu dan akan merampas beg plastik dari tangan anda kerana menyangka ada makanan di dalamnya. Monyet sememangnya gemar mencuri dan melarikan makanan.


6. CUBA TAKUTKAN MONYET


Cara menakutkan monyet ialah menggunakan alatan tertentu. Sentiasa pastikan anda mempunyai sesuatu untuk menakutkan mereka. Contohnya, sediakan kayu besar, hos paip atau apa-apa penyembur air di rumah anda untuk menakut-nakutkan monyet yang datang ke rumah secara tiba-tiba. Buat mereka rasa kedatangan mereka tidak dialu-alukan.


7. PASANG TEMBOK ELEKTRIK


Hasil kajian mendapati tembok elektrik dapat mengelakkan kehadiran monyet tanpa membunuhnya. Namun anda harus mendapatkan nasihat daripada pakar terlebih dahulu tentang cara pemasangan yang betul.


Ayuh amalkan tips di atas jika tak mahu lagi diganggu monyet! -CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2019 02:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Funny la stress monyet dtg rumah? Eh korang amik rumah dia ko pikir dia tak stress plak..
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2019 02:28 PM | Show all posts
nak block monyet kt cariforum naikkan RP je sis

RIP ahchong
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2019 03:44 PM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 25-2-2019 02:28 PM
nak block monyet kt cariforum naikkan RP je sis

RIP ahchong

Hahaha... sis
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2019 04:08 PM | Show all posts
jangan terlalu berani sebab takut kena  serang dengan monyet menangis tak berlagu nanti.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 04:25 PM GMT+8 , Processed in 0.408060 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list