CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13079|Reply: 85

Birthday Zain Saidin Yang Penuh Glamerr

  [Copy link]
Post time 26-2-2019 09:57 AM | Show all posts |Read mode



KUALA LUMPUR: Pada usia 35 tahun, tiada apa lagi diharapkan Zain Saidin kecuali diberikan kesihatan yang baik dan kebahagiaan yang berpanjangan.

Diraikan isteri tersayang, Rozita Che Wan bersama keluarga dan kenalan rapat, Sabtu lalu, Zain berkata, wanita itu tidak pernah lupa memberinya hadiah setiap kali menyambut hari istimewa.

“Untuk tahun ini, saya tidak tahu apa hadiah yang akan diberikan. Mungkin juga dia mahu membuat kejutan. Selepas diraikan di sebuah restoran, Sabtu lalu, isteri rancang bawa kami bercuti di Bukit Fraser.

“Bagi saya, tiada yang lebih seronok, selain dikelilingi ramai kawan dan sanak saudara. Saya bersyukur, pada usia ini, hidup saya semakin lengkap dengan kehadiran anak dan keluarga yang baik,” katanya.

Meskipun sudah tidak lagi aktif berlakon, Zain berkata, dia tidak gusar kerana mempunyai perniagaan untuk mencari rezeki.

“Saya tidak lagi melihat wang adalah segala-galanya kerana ia tidak mampu membeli kebahagiaan yang saya nikmati hari ini.

“Bukan bermakna wang tidak penting, namun saya tidak mahu terlalu mengejar kebendaan. Kita perlu realistik, wang memang penting untuk meneruskan hidup,” katanya.

Pernah dihadiahkan pakej umrah oleh isterinya, Zain bersyukur Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta tidak lokek berkongsi rezeki bersama insan yang disayanginya.

“Ada sahaja benda atau hadiah yang akan diberikan sebagai tanda ingatan. Dia memang suka membawa ahli keluarga dan teman rapat keluar makan, mungkin berkat keikhlasannya itu membuatkan rezeki Che Ta bertambah murah,” katanya.

Tidak pernah memberikan isyarat untuk meninggalkan dunia lakonan, bapa kepada Aaisyah Dhia Rana itu berkata, dia sebenarnya rindu untuk kembali beraksi di depan kamera.

“Minat itu masih ada. Kali terakhir saya berlakon dalam produksi arahan Michael Ang iaitu telefilem Hantu Judi dan Syirik, tahun lalu.

“Saya akur, tawaran berlakon sudah tidak sekencang dulu ketika masih muda. Tubuh saya juga tidak seperti dulu, jadi produksi mesti fikir dua tiga kali sebelum memberikan tawaran.

“Insya-Allah, kalau ada tawaran watak yang sesuai, memang saya mahu kembali berlakon. Tetapi, sebelum itu, saya perlu menjaga semula badan supaya nampak lebih segak di skrin televisyen,” katanya.

Adik kepada Sasha Saidin itu berkata, sementara menanti peluang, dia mengambil inisiatif menerbitkan program sendiri untuk siaran YouTube.

“Saya ada berbincang dengan rakan artis lain untuk muncul dalam saluran YouTube sendiri. Tidak kira penerbitan drama atau program travelog, teknologi yang ada harus dimanfaatkan. Mungkin dari situ, penerbit akan sedar saya masih aktif,” katanya.















Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2019 10:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Menyampah betul tgk trend seluar ketat singkat ni....
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2019 10:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Muda lagi zain bg org jantan..35 thn
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2019 10:03 AM From the mobile phone | Show all posts
haruslah replied at 26-2-2019 10:01 AM
Menyampah betul tgk trend seluar ketat singkat ni....

haruslah....
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2019 10:36 AM | Show all posts
cantiknya pemakaian bini lan petpet tu..  che ta klu tak glamorous tak sah ok..watak cleaner pun ber high heels bagai..
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2019 10:38 AM | Show all posts
zain ni cam anak nek ta je aku tengok
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-2-2019 10:39 AM | Show all posts
Ketatnya baju cheta. Bukan dia ke kata tudung kena labuh mcm mn tah....
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2019 10:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Cikki smual lawa..laki smua mcm tiada konek, rambut gemalai
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2019 10:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau ambik org mix ni berlakun yg berlakun jadi parents pun kena ambik org mix. Takkan mak zain ni ruminah sidek.

Anyways rosix ni keje apa..nanny ecah ka
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2019 11:16 AM | Show all posts
kalo dah bininya che ta haruslah glemer
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2019 11:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Potong la rambut tu zain. Nampak kepam Sgt.
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2019 12:00 PM | Show all posts
bedahmenjuyah replied at 26-2-2019 10:39 AM
Ketatnya baju cheta. Bukan dia ke kata tudung kena labuh mcm mn tah....

nenek bimbo ni ko jangan percaya apa yang keluar dri mulut dia


Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2019 12:00 PM | Show all posts
aku bagi masa 2 tahun lagi je couple ni
jahat tak?
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2019 12:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Letih nya masuk family che ta ni. 24/7 nak kena glamorous.
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2019 12:20 PM | Show all posts
buruknye zain rambut panjang gitu
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2019 12:24 PM | Show all posts
Terkejut i sekali imbas gambar kedua tu ingatkan kak nuar jen sebelah jen saidin
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2019 12:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Boring la tiada apa yg nk di heran kan tiap2 tahun 5x birthday diaorng celebrate mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2019 01:36 PM | Show all posts
hari tu bukan ka post peha bergolek golek dada bergoyang goyang di bakar api neraka?
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2019 01:42 PM From the mobile phone | Show all posts
myakayina replied at 26-2-2019 10:36 AM
cantiknya pemakaian bini lan petpet tu..  che ta klu tak glamorous tak sah ok..watak cleaner pun ber ...

Aku pulak terkejut tgk dia brkelubong gitu. Dr segi menutup aurat mmg baguslah.
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2019 01:54 PM | Show all posts
apsal lepas kawen zain nampak buruk n selekeh eh..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:20 AM GMT+8 , Processed in 0.332498 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list