CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15499|Reply: 84

Saya Sudah Tawar Hati - Bella Astillah.

  [Copy link]
Post time 27-2-2019 04:27 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by safriehalim at 27-2-2019 04:30 PM

“Jika perpisahan menjadi jalan terakhir untuk perkahwinan kami, saya akur dan reda.”

Demikian reaksi Bella Astillah, 25, kepada BH Online berhubung kemelut rumah tangganya bersama pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz, ketika ditemui di Desa Pandan, di sini hari ini.

“Saya tak sangka dia akan buat hal lagi. Ingatkan, dia sudah berubah. Kali ini, dengan pelakon juga.

“Saya sudah tidak mampu untuk berselindung. Sebab itu juga saya memilih untuk berkongsi cerita ini di Instagram. Sebelum ini, saya maafkan dirinya dan memberikannya peluang. Namun, nampaknya dia tidak menggunakan peluang itu sebaik mungkin.

“Selepas ini, saya perlu berbincang dengan keluarga kerana apa sahaja keputusan mengenai rumah tangga kami, ia tetap membabitkan banyak hati,” ujarnya.

Aliff dikatakan sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila Bella mendakwa suaminya menjalinkan hubungan dengan pelakon, Oktovia Manrose, termasuk ke kelab malam bersama-sama.

Sebelum ini, Aliff pernah mengecewakan hati isterinya pada Julai 2017 apabila dikatakan menjalinkan hubungan dengan pelakon, Afifah Nasir. Bagaimanapun, ketika itu Bella memaafkan suaminya dan berusaha membuka buku baharu.

Akui kakak kepada penyanyi, Didi Astillah ini, hatinya sudah tawar dengan Aliff, 28.

“Silap saya sendiri sebab terlalu sayang, cinta dan menjaga nama serta keperluannya. Akhirnya, saya juga yang makan hati.

“Lima tahun kami saling mengenali dan usia perkahwinan kami juga memasuki tahun ketiga. Nampaknya, tempoh itu belum cukup untuk saya benar-benar mengenalinya. Dia masih tak serik.

“Ikutkan, banyak lagi kisah seumpama ini yang saya pendam dan tidak kongsi bersama umum. Sudah banyak juga peluang diberikan dan dia masih bersikap acuh tak acuh,” dakwa Bella.

Bella juga mendakwa, dia agak terkejut kerana Oktovia pada awalnya menafikan ada sesuatu antara mereka.

“Kira-kira seminggu lalu, dia dan Aliff terbabit sebagai teraju utama telefilem, Dosa Itu Bukan Miliknya, di Perak. Awalnya, saya tak syak ada apa-apa antara mereka. Tak sangka, mereka sempat bermain perasaan dalam tempoh yang pendek ketika menjayakan telefilem berkenaan.

“Cuma, saya yang menemani Aliff di sana mula syak apabila melihat perubahan sikapnya pada hari terakhir penggambaran. Aliff seperti tak fokus, emosi tidak stabil dan banyak berdiam diri.

“Pada 16 Februari lalu yang juga hari lahirnya, sewaktu kami bergerak pulang ke ibu kota pun, dia melayan lagu ‘rentan’. Saya yang memandu kereta dengan ditemani anak, Ayden, juga perasan seperti ada yang tak kena dengannya. Situasi itu mengingatkan saya ketika dia dikaitkan dengan Afifah. Saat itu, dia gemar mendengar lagu ‘jiwang’,” dakwa Bella.

Bella bagaimanapun menafikan cerita konon dia menghalau Aliff keluar, sejak 17 Februari lalu.

“Selepas syak sesuatu berlaku, saya memberikannya pilihan, sama ada untuk memperbaiki hubungan atau keluar rumah. Dia memilih untuk keluar rumah.

“Tak sangka pula, ada pihak yang menunjukkan kebenaran mereka keluar bersama ke kelab malam, awal pagi tadi, di Bukit Bintang,” katanya.

Sementara itu, menerusi bantuan Bella, BH Online turut berjaya menghubungi Aliff yang bagaimanapun bagai hilang kata-kata.

“Saya tak boleh cakap atau komen apa-apa. Saya tak boleh fikir,” kata Aliff ringkas.

Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Ayden Adrean, pada 8 Julai 2017.

Berita Harian Online

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2019 05:04 PM From the mobile phone | Show all posts
So.....dah bukak tudung balik ke?
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2019 05:12 PM From the mobile phone | Show all posts
drivethru replied at 27-2-2019 05:04 PM
So.....dah bukak tudung balik ke?

mabuk ketum ke sis
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2019 05:14 PM From the mobile phone | Show all posts
drivethru replied at 27-2-2019 05:04 PM
So.....dah bukak tudung balik ke?

Mana ado doa pakai tudung sis
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2019 05:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Acikgomen replied at 27-2-2019 05:12 PM
mabuk ketum ke sis

ahahaha
dah knp bila wat pangai je dgr lagu jiwang??
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2019 05:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada juga nak ambik alif ni berlakon. Berlakon je renyam
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-2-2019 05:33 PM From the mobile phone | Show all posts
meteorspeed replied at 27-2-2019 05:14 PM
Mana ado doa pakai tudung sis

Aritu macam dia dah bertudung jer. Siap ade forumer bukak benang lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2019 05:33 PM | Show all posts
kau berbaik siap kau ya bella
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2019 05:40 PM From the mobile phone | Show all posts
i tak faham knp org tergamak jemput bella dgn alep ni utk ceramah psl perkahwinan..i tak igt tajuk ceramah tu..tp berkaitan alam kawen..

pttnye uols ni sume setel dendiam je la dlu..ape2 mesti luah kt socmed ke? nti berbaik semule x psl2 org hentam kiri kanan sbb ckp putar belit

dlm hal ni erra gk bagus dok kunci mulot dendiam psl aib rumahtangge dlu
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2019 05:43 PM | Show all posts
kalu berbaik semula maksudnya we can expect drama gaduh2 pastu keluar statement 'saya sudah tawar hati...' ini akan jadi acara tahunan for this couple. kemungkinan akan berterusan sampai bang jamil mampos
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2019 05:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Asal x boikot laki ni mcm jering kena?
Boikot sungguh2.sikit.
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2019 05:56 PM | Show all posts
move on je la... nanti famous bole la buat ig review
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2019 05:59 PM From the mobile phone | Show all posts
esok lusa klu ko dah lembut hati, jgn ko tersengjh2 ikut laki ko naik pentas ye Bella...
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2019 06:00 PM | Show all posts
tapi Bella ni tak malu ke canang perihal umahtangga merata. Walaupun laki dia agak miang. malu lah.

Just do your thing quietly lah. Then bentang kan divorce paper.  Haih... artis batak social media dia ni.
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2019 06:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Dok dediam sudeyh
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2019 06:19 PM | Show all posts
mcm best plak oktober manrose
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2019 06:42 PM From the mobile phone | Show all posts
sonatalady replied at 27-2-2019 05:52 PM
Asal x boikot laki ni mcm jering kena?
Boikot sungguh2.sikit.

Sbb sang isteri memaafkan.so netizen pon memaafkan jua
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2019 06:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Mesti nak cerita kat ig. Pegi lah bersemuka dulu. Agak2 dah geram sangat baru lah start tarik rambut. Macam tu baru puas hati kalau cerai pun.
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2019 06:59 PM From the mobile phone | Show all posts
so, dh brp view mv sheols
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2019 07:04 PM From the mobile phone | Show all posts
What tp expect from cheater..move on jela bella
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:43 PM GMT+8 , Processed in 0.101452 second(s), 52 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list