CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Sang_Pencinta

'Kerja 25 Tahun Sebagai Pengawal Keselamatan Gaji RM900 Besarkan 8 Anak' - Alif

  [Copy link]
Post time 28-2-2019 04:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedih tgk nukilan hati anak anak family bercerai..toklip org yg baik utk org yg baik..gituu
Tapi iols rasa x patut bonda sibuk bgtau kt org arwah x bahagia diakhir usia...tersinggung famili or isteri arwah yg ada..kot ko ikhlas takyah lah buat video bagai msg msg dh ada famili..fake tetapppp..promo diri sendiri..baideway org yg hati baik ni..org jahat buat jahat ttp dia maafkan dan kata org tu baik..tapi dosa ko dgn dia lom tentu ...aku tgk toklup n yati ku sedih simpati..tgk komen bonda..meluat. pdhal ko penyebabnye drama ini kannn ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-2-2019 04:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga Arwah dikalangan org beriman.. takziak tok lip dan acik yati.
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2019 04:19 PM From the mobile phone | Show all posts
meols bace caption yatie si kakak alip ni sedeh ok
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2019 05:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Caption yati, alip, bini dia ngn mak dia semua sedih. Adoi patut la si alip tu mcm ape je dgn kekayaan, dh mmg susah sungguh masa zaman dedulu ye. Iols suka azam baru alip nak jaga solat semua tu. Harap berkekalan lah ye
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2019 05:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedihnya... .. ya kehilangan org tersayang apatah lg tulang belakang keluarga..
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2019 05:40 PM | Show all posts
sapa x sedih bila pagi ni seronok dgn abah tetiba ptg tu abah dh xde. mmg kejutan besar buat alip & family.
takziah alip
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-2-2019 05:57 PM From the mobile phone | Show all posts
me12345 replied at 28-2-2019 04:09 PM
Sedih tgk nukilan hati anak anak family bercerai..toklip org yg baik utk org yg baik..gituu
Tapi io ...

Ya. Iolss pun tak setuju bonda cakap mcm tu. kalau ya pun tak bahagia tak perlu canang kat socmed mcm tu. ntah pape ntah. Kat ig yatie dgn aliff tak ada langsung buruk keluarga arwah ayah diorang. Yg baik2 je psl arwah ayah dia. Bonda pulak sebaliknya.
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2019 06:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Sorry lah alif
Aku x mampu nak sedih
Sbb aku tak bulih nak unseen bideo yg pernah ko upload sebelum ni
Bapak ko datang bertandang, baru kluar keta belum sempat masuk umah lagi dan dan tu ko on bideo, seluk poket, hulur duit ko yg berkepuk2 dlm poket ko tu, persis hulur duit kat org yg mari mintak sedekah kat depan tangga rumah kau,
sambil ko membebel mcm2, sayang ayah sesangat la hapa la, bapakk ko pulak terus mencium2 penuh terharu duit yg banyak tu, persis pemintak sedekah yg baru dapat sedekah dr orang kaya.
Dia ayah ko. Bukan pemintak sedekah. Sampai hati ko potray ayah ko gitu. UNTUK TONTONAN SELURUH ALAM.
Adakah otak ko terlalu lembam tak mampu utk berpikir?
  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-2-2019 06:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by inspektoremos21 at 28-2-2019 06:57 PM

Demi Allah iols ckp, iols bergenang air mata & rasa hiba sangat baca caption anak beranak Alif syukri tu semua. Iols kalau bab2 kematian & pengorbanan org tua ni agk emo sikit. Masa arwah nenek iols (belah mak) meninggal 5 tahun lepas iols menangis tak henti2. Iols terlalu sedih sbb arwah nenek iols tu dah jaga iols drpd kecik lagi. Ni tengah type pun air mata dah bergenang sbb teringat huaaa

*tapi iols tak setuju bila bonda tu dok kata arwah tak bahagia la, bonda tu pengasas org senang pastu arwah pulak hanya pengawal bla bla.. tak payah la nak cerita benda2 gitu. Nak jugak ckp diri tu yg terbaik terbagus terhebat gitu
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2019 06:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Bonda bercerita takde filter.. mungkin dia rasa terkilan sangat.. melalui apa dia cerita dia cerai sbb dia nak berjaya , make more money keluar dr kesusahan.. sbb tu dia rasa bersalah.. tinggal anak2 dgn laki dia yg susah.. ni dah mcm cerita keluarga 69 yg scene dia minta cerai kat laki dia nak kerja...
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2019 07:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Yatie tu btl2 terkesan ngn kematian bapak dia .. Sedih bc caption dia
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-2-2019 07:08 PM | Show all posts
Masa cerai dulu bonda R belum berjaya ke?
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2019 07:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Peliknya Toklip tulis panjang2 caption sedih jarang pulak tgk typo, selalu manjang typo
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2019 07:17 PM From the mobile phone | Show all posts
baru nk rasa kesian tapi sempat pulak promote bisnes
btl2 ambik kesempatan org tgh sebut2 nama dia
koser lah nk simpati
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2019 07:18 PM From the mobile phone | Show all posts
inspektoremos21 replied at 28-2-2019 06:50 PM
Demi Allah iols ckp, iols bergenang air mata & rasa hiba sangat baca caption anak beranak Alif syukr ...

Iolss pun tak setuju dengan kata-kata bonda.
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2019 07:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedihnya...iol dr dulu mengikuti kisah bonda ni...iol rs dia bukan nk kutuk arwah...tp dia ni sejenis org yg ckp lepas...xdek lindung2...tgk la dgn laki skrg pun selamba jek dia bercerita kta bukan seorang suami yg ronantik...
Tp iol lebih nk tau psl ex hb kedua dia....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-2-2019 08:02 PM | Show all posts
Pengasas Sendayu Tinggi Pernah Hidup Melarat Sebelum Berjaya Dalam Bisnes


http://www.majalahniaga.com/peng ... a-dalam-bisnes.html


Satu ketika dahulu, kita sering mendengar tentang produk Sendayu Tinggi, baik melalui iklan mahupun melalui mulut orang.

Produk ini sememangnya terkenal dan menjadi pilihan ramai orang sehinggalah sekarang.

Kini, Puan Rozita bergerak selangkah lagi, daripada Sendayu Tinggi dia melebarkan perniagaan dengan jenama baru iaitu Jamu Ratu Malaya.

#1-Latar Belakang Pengasas.


Puan Rozita berasal dari Sg.Besar, Selangor. Ayahnya seorang guru sekolah agama manakala ibunya seorang suri rumah.

Dia seorang pelajar yang pintar semasa dibangku sekolah namun tidak dapat menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi kerana ibu dan ayahnya berpendapat yang wanita tidak perlu mendapat pendidikan yang tinggi.

Lantaran itu, dia dikahwinkan dengan lelaki pilihan ibu dan ayahnya sejurus tamat SRP.

#2-Kesusahan Hidup Bermula.

Image result for rumah buruk

Dipaksa berkahwin pada usia 16 tahun bukanlah satu perkara yang menggembirakan buatnya. Menurut Puan Rozita, dia mengalami penderaan mental sejak kecil hinggalah setelah berkahwin.

Walaupun tidak rela untuk berkahwin namun dia terpaksa akur setelah mengalami pelbagai jenis tekanan. Dia pernah dikurung dan pernah diugut untuk ditetakkan parang.

Sudut pandang dan prinsip hidup yang berbeza dengan ibu bapa menyebabkan keinginannya sering tidak dipenuhi. Dia menjadi seorang yang penyedih sejak dari kecil.

Baginya hidupnya tidak pernah menyeronokkan dan dia sentiasa dikelilingi oleh orang yang bersifat negatif.

Perkahwinan paksa menyebabkan dirinya diselubungi dengan rasa benci. Benci dengan diri sendiri, bekas suami, dan ibu bapa yang memaksa dia berkahwin.

Walaupun itu satu perbuatan yang berdosa, tetapi hakikatnya dia sangat sedih kerana terpaksa hidup susah kerana keputusan orang dan tidak dapat mengubah nasib hidup sendiri.

Selalunya, menjadi seorang ibu adalah satu pengalaman yang menggembirakan namun sebaliknya bagi Rozita kerana dia tidak mempunyai wang untuk memberi makanan, tempat tinggal dan makanan yang elok kepada anak-anaknya.

Bahkan untuk membeli aiskrim juga dia mampu dan sekali sekala apabila dia berjaya membelinya, anak-anak berasa amat gembira ibarat mereka mendapat sesuatu yang amat mahal.

Ini adalah antara momen yang membuatkan hatinya berasa luluh.

Hal ini membuatkan dia berasa sangat sakit hati kerana tidak dapat menyediakan kehidupan yang baik untuk anak-anaknya.

Dia melahirkan anak sulungnya ketika berusia 17 tahun. Sepanjang perkahwinan, dia dikurniakan 5 orang anak.

Dia pernah melahirkan anak tanpa bidan, pernah meminta kain buruk daripada jiran untuk membalut bayinya, pernah memberi sirap kepada anaknya menggantikan susu dan tidak pernah balik ke rumahnya kerana tidak mahu menunjukkan dirinya hidup susah kepada ibu bapanya.

Malahan semasa hari raya, Rozita hanya mampu membeli baju raya lelong untuk anak-anaknya yang bernilai RM 0.50 sehelai.

Rozita sudah mencuba sedaya upaya untuk menambah baik kehidupan mereka. Dia turut bertindak sebagai ketua keluarga dimana dia adalah sumber utama dan satu-satunya punca pendapatan keluarga.

Dia membuat banyak pekerjaan pada satu masa seperti menoreh di dalam hutan dan berniaga secara kecil-kecilan.

Menyifatkan perkahwinannya ibarat penjara dimana tiada siapa yang mahu peduli dengan pendapatnya.

Dia mengambil keputusan untuk bercerai dan sekali lagi dia dilanda dugaan apabila terpaksa menerima hukuman daripada Mahkamah Syariah dan menanggung segala kos guaman.

Selepas penceraian, Rozita terpaksa bermula dari bawah. Bergelar janda pada usia yang muda tanpa kelulusan akademik yang tinggi menyukarkan dia untuk mancari pendapatan. Dia terpaksa mengikat perut dan berkira-kira untuk belanja makan.

Namun beliau tidak putus asa. Dia mengambil masa yang agak lama untuk mengubah ‘mindset’  daripada seorang yang penyedih kepada seorang yang sentiasa positif.

Daripada situ, dia mula memaafkan orang-orang yang pernah berlaku kejam terhadapnya. Dia mengubah pemikiran dan melihat yang sebaik-baik perancang dan tempat bergantung adalah kepada Allah SWT.

Dia akui yang jika bukan kerana rasa sakit hati dan kemeleretan hidup yang dia alami, sudah pasti dia tiada keazaman untuk berjaya hingga ke tahap ini.

Justeru, penceraian adalah jalan untuk dia keluar daripada kesusahan hidup dan peluang untuk memastikan yang anak-anaknya tidak mengalami nasib yang sama hanya kerana taraf pendidikan yang rendah.

#3-Lakaran Sejarah Sendayu Tinggi Bermula.
Image result for sendayu tinggi

Memilih untuk menceburkan diri dalam bidang bisnes bukanlah satu perkara yang mudah.

Dia melakukan pelbagai kerja seperti bekerja di sebuah kilang pada waktu siang disamping menjadi kerani dan membuat jualan di syarikat beliau bekerja.

Hasilnya, berbekalkan wang modal RM400, Puan Rozita berjaya mengasaskan Sendayu Tinggi.

Semasa bekerja sebagai pegawai penilai harta, dia berjumpa dengan ramai orang dan mengambil kesempatan ini untuk mempromosikan produk buatannya.

Rata-rata pelanggan memberikan respon yang bagus dan ini membuatkannya yakin untuk menceburi bidang perniagaan sepenuh masa.

Dia membuat keputusan untuk menceburi bidang perniagaan kosmetik kerana dia sendiri suka melihat orang yang cantik dan suka jika dapat membantu orang lain untuk cantik.

Perkara yang paling sukar ketika awal penubuhan Sendayu Tinggi adalah modal. Namun beliau mengatakan yang dia bukan jenis yang meminta-minta.

Untuk betul-betul meyakinkan pelanggan, dia rela menggemukkan badan dan kemudian makan sendiri produk yang dijual  bagi membuktikan kepada orang ramai yang hasilnya memuaskan.

Dengan sambutan yang menggalakkan, dia menubuhkan Sendayu Tinggi Enterprise pada tahun 2000  di Plaza Majlis Perbandaran Klang.

Prinsipnya dalam perniagaan adalah menggunakan pendekatan modal insan dan mengamalkan seperti sikap peramah dan jujur.

Beliau sendiri tidak suka menipu apatah lagi ditipu. Justeru, saya percaya dan yakin orang sekeliling terutamanya pelanggan Sendayu Tinggi tidak mahu rasa tertipu dan ini adalah sebahagian daripada tanggungjawabnya untuk memastikan pelanggan dilayan dengan baik dan betul.

Yang penting kita ada keyakinan diri, apa yang kita buat bagus dan jangan tipu. Dia percaya yang sebagai usahawan kita kena buat sesuatu secara ikhlas kerana Allah terutamanya dalam perniagaan.

#4-Cabaran Yang Dialami Oleh Sendayu Tinggi.

Related image

Saya sering dikelililingi oleh orang-orang yang bersikap negatif dari kecil bahkan hingga sekarang.

Jika sewaktu bekerja di Kuala Lumpur dahulu, salah seorang anaknya meninggal dunia kerana lemas, ramai orang menyalahkannya dan mengatakan itu adalah balasan kerana dia meninggalkan suami dan anak-anak walhal dia berusaha mencari rezeki yang lebih baik untuk anak-anaknya.

Sewaktu dia sudah berjaya dengan bisnesnya, ada pihak yang cuba mensabotaj perniagaannya dengan mendakwa produk yang mengandungi bahan yang berbahaya.

Itulah asas yang menjadikan Sendayu Tinggi bertahan dan berjaya ketika itu. Walaupun ada segelintir pihak mensabotaj untuk menjatuhkan saya dengan mengatakan bahan dan kandungan di dalam produk saya berbahaya.

Setelah selesai dugaan tersebut, saya sedar saya banyak lagi berdepan dengan ujian yang lain.

Jika dahulu saya tidak dipandang kerana hidup melarat akan tetapi apabila saya hidup senang, ramai orang menghampiri namun hanya kerana saya mempunyai wang semata-mata. Sukar nak mencari orang yang betul-betul berniat baik.

Saya percaya di sebalik ujian besar yang di lalui sepanjang zaman kegemilangan Sendayu Tinggi, Allah mengetahui segalanya.

Bagi saya, lebih besar perniagaan maka semakin banyaklah masalah dan ujian yang perlu saya harungi.

Namun indahnya di sebalik semua itu, Allah pulangkan kesabaran kala menempuh pelbagai ujian dan tohmahan itu dengan sesuatu yang sukar saya gambarkan.

Janji Allah itu benar dalam membantu hamba-Nya. Saya tetap bersyukur walaupun ditimpa musibah, susah atau senang.

Nama Sendayu Tinggi itu sendiri bermaksud seni dayung tinggi. Puan Rozita menggambarkan seni itu adalah satu usaha mencari lubuk emas mengunakan kuasa minda separuh sedar.

Dia mengibaratkan dirinya seperti orang yang berada dalam sebuah sampan yang berusaha keras untuk mencari rezeki dan sampai ke destinasi kejayaan.

Saya berpegang kepada kejujuran dan keikhlasan yang menjadi santapan rohani dalam urusan perniagaan dan kehidupan.

#5-Sendayu Tinggi Menempa Kejayaan.

Image result for sendayu tinggi

Sendayu Tinggi yang bermula dari sebuah kedai sewa kini telah mempunyai kilang pemprosesan herba di Klang. Kilang ini telah memperoleh lesan Amalan Perkilangan Baik (GMP).

Jumlah pengedar Sendayu Tinggi lebih kurang 2,000 orang di seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan terbaru di Jepun, China, Taiwan dan Korea.

Di bawah Sendayu Tinggi Enterprise, dia telah menubuhkan Sendayu Tinggi Holdings Sdn. Bhd. dan mempunyai sembilan anak syarikat termasuk Sendayu Tinggi Corporation (M) Sdn. Bhd., Sendayu Tinggi Body & Skincare (M) Sdn. Bhd. dan Sendayu Tinggi Cosmetics & Fragrances (M) Sdn. Bhd.

Puan Rozita telah memenangi pelbagai anugerah sepanjang penglibatannya dalam bisnes sehingga kini.
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2019 08:12 PM | Show all posts
Sang_Pencinta replied at 28-2-2019 08:02 PM
Pengasas Sendayu Tinggi Pernah Hidup Melarat Sebelum Berjaya Dalam Bisnes

hebatnya ibu Datuk Alif nih...really bangkit untuk mengubah masa depan yg lebih baik...boleh dijadikan filem ni..
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2019 08:26 PM From the mobile phone | Show all posts
zuriey replied at 28-2-2019 07:17 PM
baru nk rasa kesian tapi sempat pulak promote bisnes
btl2 ambik kesempatan org tgh sebut2 nama dia ...

Biarlah dia.hidup perlu diteruskan.ramai org bergantung rezeki pada dia
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2019 08:29 PM From the mobile phone | Show all posts
suatumasa replied at 28-2-2019 07:49 PM
Sedihnya...iol dr dulu mengikuti kisah bonda ni...iol rs dia bukan nk kutuk arwah...tp dia ni sejeni ...

Me too. Tulisan dia di blog terenti bila sampai bab suami kedua.yg ni yg pijak perut dia kan..dan memikat dia guna sihir.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 09:16 PM GMT+8 , Processed in 0.064602 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list