CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 29037|Reply: 85

Ini Biodata Octavia Manrose, Pelakon Yang Dikaitkan Dengan Aliff Aziz...

  [Copy link]
Post time 28-2-2019 12:19 PM | Show all posts |Read mode
Semalam dunia hiburan sekali lagi dikejutkan dengan skandal pelakon kelahiran Singapura, Aliff Aziz. Sebelum ini Aliff mengakui kesalahannya dan berjanji untuk tidak mengulanginya lagi. Namun nampaknya janji tinggal janji apabila dia sekali lagi dikatakan menjalin hubungan mesra dengan heroin telefilem lakonannya iaitu, Octavia Manrose.






Ramai yang tertanya-tanya siapakah gerangan Octavia Manrose ini? Adakah dia berkaitan dengan adik-beradik cantik, Senrose?


Di sini, kami mahu berkongsi sedikit sebanyak maklumat mengenai pelakon yang jelita ini.


Merupakan anak kepada Iwan Raja Dangdut..



Iwan Raja Dangdut Era 90-an. (Kredit Foto : Carian Google)




Oktavia atau nama sebenarnya Wan Syamira Putri Octavia Binti Wan Syahman ini sebenarnya merupakan anak kepada penyanyi dangdut terkenal era 90-an iaitu Iwan dan juga pelakon Allahyarhamah Rosnah Mohd Noor. Dia juga mempunyai seorang adik yang juga merupakan pelakon iaitu Aprena Manrose.


Baru berusia 28 tahun pada tahun ini, Oktavia merupakan anak kedua daripada tiga orang adik-beradik.


Saudara kepada adik-beradik Senrose dan Maembong..



Kredit foto : Carian Google




Mungkin ramai yang dah dapat menjangkakan yang Oktavia mempunyai hubungan saudara dengan adik beradik Senrose;Nelydia, Uqasha dan Nellissa. Sememangnya mereka adalah sepupu dimana arwah ibu Oktavia beradik dengan ibu Senrose. Bapa kepada adik beradik Maembong pula merupakan sepupu kepada arwah ibu Oktavia.



Mula berlakon sejak tahun 2015 lagi..


Mungkin ada yang menganggap Octavia sebagai pendatang baru dunia seni, tetapi hakikatnya dia sudah mula terjun ke dunia lakonan pada tahun 2015 dalam drama TV berjudul Cinta Si Wedding Planner.


Pernah berkahwin dan mempunyai seorang anak..



Foto : Instagram Oktavia Manrose




Octavia pernah berkahwin dengan jejaka pilihan hatinya pada tahun 2011, namun perkahwinan yang dibina retak di pertengahan jalan dan mereka bercerai pada tahun 2015. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dengan seorang putera yang diberi nama Muhammad Rayyan Zulkarnain yang kini telah pun menginjak ke usia 8 tahun. Walaupun berstatus ibu tunggal, Octavia tidak pernah menyembunyikan malah bangga kerana mampu membesarkan anak seorang diri.


Minat menyanyi..



Kredit Foto : Instagram Oktavia Manrose




Octavia mempunyai minat yang mendalam dalam bidang nyanyian kerana ianya merupakan antara cita-cita awalnya dalam bidang seni. Malah, dia sudah mempunyai 'single' yang dihasilkan beberapa tahun yang lalu dan pernah menyatakan harapan untuk berkongsi bakat nyanyiannya semasa menjayakan sesi fotografi Berita Harian beberapa tahun yang lepas. -CARI


Sumber: Berita Harian, Wikipedia, Celotehsaje.com
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-2-2019 12:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Muka dia ni redup je
Kalau nyanyi memori daun pisang pon sure reduo.je di hari yang panas ni..
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2019 12:40 PM | Show all posts
suara dia bila bercakap sexy.. mengoda gitew
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2019 12:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku 1st time tgk dia berlakon jd kwn baik janna nick dlm biar aku jd penunggu
Suka dgr suara besar dia
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2019 12:46 PM | Show all posts
oh inilah yang berlakon dalam drama Setelah Cinta Itu Pergi ..
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2019 12:52 PM | Show all posts
dia ni ikut muka ayahnya.. hrp gossip panas bertebaran tu tak betullah.. carilah jantan semenggah sikit dik..laki orang sila jauhkan diri..jgn malukan ibu tunggal/janda..  
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-2-2019 12:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Ini iwan -memori daun pisang tuh ker?
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2019 01:05 PM | Show all posts
gambar last tu cantik.. gambar yg lain semua muka mcm hantu tak cukup zat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-2-2019 01:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg gmbr dgn pengantin tu semua cantik kecuali raysha  bibik jadian je
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2019 01:36 PM From the mobile phone | Show all posts
AmandaRollins: Yg gmbr dgn pengantin tu semua cantik kecuali raysha  bibik jadian je


Kesian aku tgk dia dlm cerita menantu rahsia tu.. awat teruk benar memek muka dia berlakon.. lakonan dia buat aku gelak jerrr.. lastly x sggup aku hadap cerita tu{:hooray
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2019 01:40 PM | Show all posts
trus glamer ..
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2019 01:45 PM | Show all posts
muka dia tak sama dgn adik dia aprena...

dia nie lawo laa jugak... aprena pun lawo..

lagi lawooo si nely... hehe

Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2019 02:18 PM | Show all posts
Dia ni yg berlakon jd adik UIA dlm Dendam Aurora tu kah?
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2019 02:21 PM From the mobile phone | Show all posts
baru ku tahu manrose tu nama glamer jaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2019 02:32 PM | Show all posts
dulu2 masa majalah mangga tgh laku...manjang muka 3 beradik ni kuar. masa tu kecoh psl kes iwan dgn arwah rosnah...
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2019 02:41 PM | Show all posts
tak lawa langsung muka macam orang asal
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-2-2019 03:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Miss.Rara replied at 28-2-2019 01:45 PM
muka dia tak sama dgn adik dia aprena...

dia nie lawo laa jugak... aprena pun lawo..

Aku tgk Aprena tu paling lawa....Octopus ni lawa biasa2 tp suara hisky dia tu agak menggoda,hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2019 03:40 PM | Show all posts
Muka dia dlm instagram jauh beza dgn dalam drama. Especially masa dia mula2 berlakon. Paling obvious beza masa dia berlakon jadi adik Lufya. Apentah nama drama tu
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2019 03:43 PM | Show all posts
kemain panjang namo kauu
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2019 04:32 PM | Show all posts
axl_bach replied at 28-2-2019 03:01 PM
Aku tgk Aprena tu paling lawa....Octopus ni lawa biasa2 tp suara hisky dia tu agak menggoda,hahaha ...

aprena dlm IG cantik dlm drama leftenan zana jd bff janna nikmuka sheol x lawa mana pun

muka dlm LZ



gambar IG sheol


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:29 AM GMT+8 , Processed in 0.072289 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list