CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4081|Reply: 7

Hati-Hati, Jangan Main Tanam Je Di Rumah. Kenali Bunga Dan Tumbuhan Beracun Ini

[Copy link]
Post time 28-2-2019 12:37 PM | Show all posts |Read mode
Pasti ramai yang di luar sana suka menanam bunga dan menghias kawasan rumah mereka dengan pelbagai jenis bunga dan tumbuhan. Malah menanam bunga merupakan salah satu hobi kaum hawa jika ada waktu terluang. Namun begitu, ramai yang tidak tahu bunga dan tumbuhan itu berbahaya atau tidak.


Bahagian-bahagian tumbuhan seperti bunga, daun dan batangnya mempunyai toksin dan racun tertentu yang kita tidak tahu. Kenali bunga dan tumbuhan yang paling beracun di dunia.


Pokok Oleander (Nerium Oleander)




Pokok Oleander selalunya digunakan dalam landskap hiasan taman. Ia merupakan bunga asli dari Afrika Utara, Asia dan Mediterian. Bunga yang berwarna merah jambu dan daun yang runcing mengandungi getah yang beracun. Keracunannya boleh menyebabkan muntah, cirit-birit, masalah pada system saraf dan juga sakit jantung.


Pokok Ipoh (Antiaris Toxicaria Lesch)

Foto:Google


Pokok Ipoh mungkin pernah kita dengar kerana ia terdapat di hutan Malaysia dan Negara Asean yang lain. Getah pokok ini sangat beracun yang dijadikan bahan untuk membunuh haiwan buruan bagi orang asli. Ia dijadikan pelali dalam sumpit semasa pemburuan.


Pokok White Snake Root (Ageratina Altisima)

Foto:Google


Tumbuhan ini berasal dari Amerika Utara. Bunganya berwarna putih dan berambut halus mudah untuk dikenali. Selalunya tumbuhan seperti ini tumbuh liar dan pendebungaan dilakukan oleh haiwan. Ia mengandungi tremetol toksin yang sangat tinggi dan membunuh secara tidak langsung. Jika tumbuhan ini dimakan oleh lembu atau haiwan lain, toksin dalam tumbuhan ini akan meresap ke dalam daging haiwan tersebut. Kemudiannya, daging haiwan tersebut dimakan oleh manusia boleh menyebabkan kematian.


Pokok Bunga Trumpet Malaikat (Angel's Trumpet/Brugmansia)



Foto:Google


Pokok Bunga Trumpet mempunyai bentuk yang unik kerana mempunyai batang bercabang dan bunga putih yang berjuntai serta berbentuk trumpet. Ia berasal dari Kawasan tropika Amerika Selatan. Semua bahagian tumbuhan ini mengandungi toksin seperti alkaloid tropane, scopolamine dan atropine yang boleh memabukkan dan mengkhayalkan. Tumbuhan ini diproses untuk dijadikan teh dan juga dadah. Jika terlebih makan boleh membawa maut.


Pokok Akar Saga (Abrus precatorius/Rosery pea)



Foto:Google



Tumbuhan ini merupakan tanaman hiasan yang biasanya ditanam di hadapan rumah. Bijinya yang berwarna merah bernyala itu dikatakan sangat beracun. Jika tertelan atau dikunyah, ia boleh menyebabkan kematian kerana bijinya itu mengandungi racun yang disebut Abrin. Keracunannya boleh mengakibatkan muntah yang teruk, demam, organ dalaman gagal berfungsi dan pendarahan dari mata.


Namun, biji buah ini banyak kegunaannya. Ia dijadikan manik dan juga digunakan dalam pembuatan alat muzik. Biji saga ini dianggap simbol cinta di Negara China.


Pokok Jarak Merah (Ricinus Communis)




Foto:Google


Pokok Jarak Merah berasal dari Mediterranean, Afrika Timur dan India. Di Negara kita, tidak pernah kita melihat pokok ini. Ia ditanam sebagai tanaman hiasan. Tempurung bijinya sangat beracun dan digunakan Dalam pembuatan minyak pelincir. Toksin yang disebut ricin meliputi seluruh tumbuhan dan biji benihnya yang mentah boleh membunuh manusia Dalam masa 2 hari. Gejala keracunan tumbuhan ini seperti tekak dan mulut terasa terbakar, sakit perut, cirit-birit berdarah dan muntah. Kematian boleh berlaku akibat dehidrasi.


Pokok Jarak ini telah tercatat dalam Book of Guinness sebagai tumbuhan paling beracun di dunia. Sebiji buah jarak mampu membunuh seorang kanak-kanak. Satu milligram ricin boleh membunuh seorang dewasa.


Dengan mengenali beberapa tumbuhan ini, maka berhati-hatilah jika mengendalikan tanaman di rumah kita. Kita tidak tahu jika tumbuhan itu boleh mencelakakan kita.


Selain daripada itu, pemilihan bunga dan tumbuhan juga harus dititikberatkan. Kenali jenis bunga itu dan pastikan bunga tersebut selamat untuk ditanam di halaman rumah. -CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-2-2019 01:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Fakta yang sangat bermanfaat.. Baru tau pokok bunga trumpet tu beracun.. Berbisa disebalik kecantikan..
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2019 01:46 PM From the mobile phone | Show all posts
meols teringin nak makan buah keluak.. rase ape eak?? katenye biji keluak tu klu salah handle n masak pon blh jd racun to our body..
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2019 02:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Lawa2 pokoknya.. kalau tanah luas cantik gak rimbun je
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2019 02:45 PM | Show all posts
good info TT
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2019 02:51 PM | Show all posts
Menarik infonya, yang cantik tu belum tentu tak merbahayakan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-3-2019 09:24 PM | Show all posts
wow banyak info yang diperolehi, sangat berguna info yang telah di beri terima kasih.
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2019 04:03 PM | Show all posts
info yang bagus baru tahu bukan semua bunga selamat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 05:13 PM GMT+8 , Processed in 0.089094 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list