CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2058|Reply: 9

PRK Semenyih: Jangan Susah Hati, Uncle Kentang Memang Dah Sedia Kalah Teruk

[Copy link]
Post time 2-3-2019 10:22 PM | Show all posts |Read mode
Debaran Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih berakhir apabila Pegawai Pengurus PRK Semenyih, Datuk Mohd Sayuthi Bakar mengumumkan calon Barisan Nasional (BN) Zakaria Hanafi meraih 19,780 undian, sekali gus merampas kerusi DUN Semenyih.




Kredit foto: AWANI




Memetik Astro AWANI, Zakaria berjaya menewaskan calon Pakatan Harapan (PH) Muhammad Aiman Zainali dengan 1,914 undian majoriti.


Sementara itu, calon bebas Kuan Chee Heng atau Uncle Kentang yang hanya memperoleh 725 undi, memuat naik status di Facebooknya seolah-olah menggambarkan dirinya sudah bersedia berdepan kekalahan itu.




Kredit foto: MalaysiaKini









Rata-rata netizen memberi kata-kata semangat kepada Uncle Kentang dan memintanya supaya tidak terus menyerah kalah.




Kredit foto: FB Uncle Kentang





Seorang lagi calon iaitu dari Parti Sosialis Malaysia (PSM) Nik Aziz Afiq Abdul menerima 847 undi.


Memetik Astro AWANI, keputusan rasmi itu diumumkan di Dewan Seri Cempaka Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) sebentar tadi.

"Dengan ini saya mengisytiharkan bahawa Zakaria Hanafi dariapda Barisan Nasional telah dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri bagi bahagian negeri N24 Semenyih," kata Datuk Mohd Sayuthi. - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2019 10:27 PM From the mobile phone | Show all posts
#UncleKentang4Puchong pulak la pasni.
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2019 10:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Punching gobind singh kot. Kawasan parlimen aku.. Bukan nak hancurkan semangat uncle, tapi  cuba cari tempat lain dlu la uncle
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2019 11:08 PM | Show all posts
Dare to Fail.. by Billie P.S.Lim
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2019 12:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Lebih kurang 5,562 undi Pakatan Harapan hilang daripada  23,428 undi pada PRU14 lalu.

Mereka yang mengundi PH pada PRU 14 mungkin hari ini sudah malu untuk keluar undi Pakatan Hancing penipu sebab itu peratusan keluar mengundi merosot daripada 87.9% kepada 73.3%.

Betul kemenangan ini adalah hasil gabungan undi penyokong BN dan PAS. Harap kerjasama ini akan terus diperkukuhkan lagi sehingga bila-bila.

Kemenangan BN di PRK Semenyih ni juga satu isyarat jelas rakyat marah terhadap Kerajaan PH.

Bayangkan walaupun BN bukan kerajaan negeri atau kerajaan persekutuan tetapi mampu menumbangkan calon daripada parti kerajaan di Semenyih.

Tahniah!
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2019 12:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Tapi lagi banyak dr azwan ali
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-3-2019 01:32 AM From the mobile phone | Show all posts
takde susah hati la uncle, orang tengah pikir benda lain yang lagi penting. macam air kencing riang2
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2019 08:41 AM | Show all posts
safriehalim replied at 3-3-2019 12:04 AM
Lebih kurang 5,562 undi Pakatan Harapan hilang daripada  23,428 undi pada PRU14 lalu.

Mereka yan ...

tp atok ckp rakyat yg slh fhm dan Bn yg gune isu perkauman..tu psl diorg kalah..masih lg nak slhkan org lain
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2019 12:01 PM | Show all posts
ingatkan uncle kentang ada peluang menang
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2019 04:21 PM | Show all posts
belum rezeki uncle kentang untuk menang boleh cuba di lain tempat.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 05:11 PM GMT+8 , Processed in 0.114426 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list