CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1617|Reply: 6

Edisi Artis Sendu : Deja tutup pintu hati

[Copy link]
Post time 4-3-2019 10:39 AM | Show all posts |Read mode
  

KUALA LUMPUR: Empat bulan selepas bercerai, penyanyi Deja Moss mengaku sudah pulih daripada trauma yang menghantuinya sejak mahligai dibina runtuh.

Enggan mengenang kedukaan lalu, Deja atau nama penuhnya, Sharifah Hadijah Wan Moss memberitahu, perceraian menjadikan dirinya lebih kuat dan cekal dalam menghadapi cabaran mendatang.

“Tak dinafikan, perceraian memberi kejutan buat saya. Bayangkan, kami tak pernah bergaduh dan tiba-tiba bercerai. Selepas kejadian itu, lama saya menyepi.

“Saya lebih banyak memerap di rumah... Tak nak jumpa orang, tak tengok televisyen (TV).

“Hanya selepas melihat apa yang berlaku ini daripada sudut positif, barulah saya dapat mengumpulkan kekuatan dan bersemangat untuk kembali meneruskan hidup," katanya kepada BH Online.

Akhir Oktober lalu, Deja, 45, mengaku sudah berpisah dengan bekas suami, Azfendy Azzuddin Ahmad.

Bergelar janda, Deja tidak menafikan status itu mengundang lelaki hidung belang untuk menggoda terutama di laman sosial.

“Apabila kita terlalu terbuka dengan kehidupan peribadi, ramai yang mula bertanya pelbagai soalan. Ada yang mencuba nasib untuk menjadi pengganti.

“Walaupun saya sudah bercerai dan masih bersendirian, pintu hati saya masih belum terbuka untuk kembali berpasangan,” katanya.

Semalam, Deja menghadiri majlis pelancaran projek kek lapis amal di Rumah Anak Yatim Teratak Che Dah di Rawang, Selangor. Hadir sama Pengerusi Teratak Che Dah, Datuk Sohaimi Shahadan.

Mengulas projek amal itu, penyanyi berasal dari Sarawak yang popular dengan lagu Asmara Ini memberitahu, acara itu dikendalikan dengan kerjasama rumah kebajikan berkenaan.

“Sebahagian daripada hasil jualan kek akan diserahkan kepada rumah kebajikan terbabit. Inilah yang mampu saya beri untuk membantu penghuni rumah ini,” katanya.

Maklumat lanjut mengenai pembelian kek lapis boleh didapati dengan menghubungi talian 018-2660092 atau emel kepada @keklapisdejamoss@gmail.com.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2019 10:50 AM | Show all posts
Tak baik cakap artis sendu.
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2019 10:51 AM From the mobile phone | Show all posts
deja mos ni ok gak berlakon...tgk dia dlm citer kamal adli ngan ain edruce tu...jadi mak2
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2019 10:55 AM | Show all posts
Deja ni ok jer.  Dulu pun popular gak. Erti  makna sendu ni bagi aku lah, bila lagi masih active in showbiz tapi kurang menonjol.  Deja ni retired artis jer dah tu mula lagi sbb da cerai ni kena lah cari makan.
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2019 11:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Plisss la jgn masuk GegarVaganza....
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2019 11:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku tahu kau terpaksa cintai ku
Kau terpaksa sayangi ku
Dalam pura-pura

Aku sedar kau lebih mengasihinya
Kau lebih memerlukannya dalam di antara
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-3-2019 12:24 PM | Show all posts
dia ni la kan menikah masa bulan pose??
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:31 PM GMT+8 , Processed in 0.337904 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list