CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1074|Reply: 8

[Jenayah] Kanak-kanak Perempuan Dikurung Seorang Diri Sejak Rabu Lepas

[Copy link]
Post time 4-3-2019 07:03 PM | Show all posts |Read mode
Polis selamatkan kanak-kanak tujuh tahun dikurung dalam rumah
KANGAR: Polis menyelamatkan seorang kanak-kanak perempuan dipercayai dikurung ibunya sejak Rabu lalu di sebuah rumah di Taman Hijrah, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Perlis, Datuk Noor Mushar Mohd, berkata kanak-kanak berusia tujuh tahun itu diselamatkan kira-kira jam 9 malam selepas pihaknya memperoleh maklumat daripada penduduk sekitar.

Dalam kejadian itu, beliau berkata, polis terpaksa memecahkan pintu jeriji rumah terbabit yang dikunci dengan mangga.

“Difahamkan, ibu bapa kanak-kanak terbabit sudah bercerai dan ibunya meninggalkan mangsa seorang diri dengan mengunci pintu rumah tanpa meninggalkan makanan untuknya.

“Jiran yang terdengar suara kanak-kanak itu menangis cuba memujuknya sejak Rabu lalu, dan memberi mangsa makan setiap hari melalui tingkap rumah berkenaan.

“Bimbang berlaku sesuatu tidak diingini, penduduk kemudian melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa, semalam, sebelum kanak-kanak berkenaan diselamatkan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Noor Mushar berkata, kanak-kanak itu kemudian dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF), di sini, untuk menerima rawatan dan hasil pemeriksaan ke atas mangsa mendapati tiada sebarang kecederaan dialami.

“Kanak-kanak itu kini diletak bawah pengawasan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.

Susulan itu, polis menahan seorang wanita berusia 31 tahun dipercayai ibu kanak-kanak terbabit di rumah berkenaan bagi membantu siasatan, pagi tadi.








Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2019 07:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Jahatnya bapak budak tu
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2019 07:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah kenapa.. mujur jiran dgr.. kalau tak ape nasib budak tu
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2019 07:43 PM From the mobile phone | Show all posts

Terbayang anak iols..mcmana la budak tu kan
Sure trauma x habis wei..
Maknya dh kenapa?
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2019 03:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah ada thread ni..
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2019 04:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Nie yg kat berita ckp.. Ibunya keluar berjalan dgn bf. Tinggal ank di rumah sendirian berkunci. Kalau betul gitu, sampai nya hati ibu budak itu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-3-2019 07:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia harap anak dia mati kebulur ke waktu dia balik umah tu?
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2019 07:17 AM From the mobile phone | Show all posts
glump replied at 5-3-2019 04:20 AM
Nie yg kat berita ckp.. Ibunya keluar berjalan dgn bf. Tinggal ank di rumah sendirian berkunci. Kala ...

takda otak. klau rumah tu berlaku litar pintas x ke mati budak tu tbakar sorang2 dlm rumah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2019 01:27 PM | Show all posts
baca thread lagi satu, ingatkan jiran baru tau budak tu kena tinggal malam isnin tu. rupanya dari rabu lepas dia dah dengar budak tu nangis, isnin baru panggil polis. jiran pun laaaa........ kesian budak tu, dapat mak terlebih jalang, jiran pulak hmmmm
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 12:12 AM GMT+8 , Processed in 0.079282 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list