CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

[Tempatan] [Sweet Revenge] PRK DUN Rantau Rematch - Tok Mat vs Streram, Tok Mat menang berg

  [Copy link]
Post time 6-3-2019 04:11 PM From the mobile phone | Show all posts
TokMat4Rantau
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-3-2019 06:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Perjuangan yang belum selesai
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-3-2019 06:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim,  mengumumkan Timbalan Ketua Cabang PKR Rembau, Dr S Streram, sebagai calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Rantau, pada 13 April depan.
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2019 06:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Tok mat bakal menang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-3-2019 07:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Menang bergaya barangkali
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2019 10:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Hahaha akr umbi pkr bakalan undi tokmat la cmni
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 12-3-2019 01:28 PM | Show all posts
Tok Mat lebih berpeluang berbanding Streram - Azmin

Oleh Rohaniza Idris; Mohd Nasaruddin Parzi dan Ahmad Suhael Adnan
bhnews@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dilihat memiliki peluang lebih cerah jika bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau berbanding calon Pakatan Harapan (PH), Dr S Streram.

Perkara itu diakui Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang menyifatkan PH berdepan laluan mencabar untuk merampas kerusi DUN Rantau daripada Barisan Nasional (BN).

Bagaimanapun, katanya, PH mungkin boleh memberi saingan dengan kekuatan jentera dan strategi yang tepat.

“Kita akui bahawa perjalanan kita ke Rantau itu mungkin menghadapi satu cabaran besar sekiranya UMNO meletakkan Mohamad sebagai calon.

“Sudah tentu beliau mempunyai kelebihan (berbanding Streram) memandangkan Mohamad adalah bekas Menteri Besar Negeri Sembilan dan juga selaku wakil rakyat di kawasan itu.

“Tetapi saya percaya dengan gabungan tenaga PH, jentera yang kuat dan meletakkan strategi yang betul, kita dapat memberikan saingan kuat di Rantau,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kemampuan Streram untuk menang pada PRK DUN Rantau jika BN meletakkan Mohamad sebagai calon.

Ditanya mengenai strategi PH untuk menentang sentimen perkauman dan agama yang mungkin digunakan BN pada PRK itu, Mohamed Azmin berkata, mereka akan bergantung pada inisiatif dan dasar yang sedang dan akan dilakukan kerajaan.

“UMNO akan terus memainkan isu perkauman dan itu memang survival mereka, tapi PH sentiasa berpegang pada prinsip kita mahu semua rakyat Malaysia menikmati pembangunan dan kemakmuran negara.

“Kita akan memberikan penjelasan beberapa inisiatif kita lakukan dan harap rakyat menerima pandangan dan dasar kerajaan,” katanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-3-2019 01:30 PM | Show all posts
Streram dipilih kerana dinafikan hak bertanding pada PRU-14

Oleh Rohaniza Idris; Mohd Nasaruddin Parzi dan Ahmad Suhael Adnan
bhnews@bh.com.my


KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Cabang PKR Rembau, Dr S Streram, dipilih semula sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, kerana beliau dinafikan hak bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Perdana Menteri yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata itu adalah prinsip yang digunakan PKR dalam memilih semula Streram sebagai calon PH di kerusi itu.

"Kita kena berpegang pada prinsip, iaitu kita dapati yang menjadi calon (DUN Rantau sewaktu Pilihan Raya Umum Ke-14) adalah orang tertentu... kerana penipuan maka dia (Streram) kalah.

"Sekarang, keputusan pilihan raya itu dibatalkan dan diadakan PRK untuk menentukan siapakah sebenarnya patut menjadi wakil rakyat di situ, jadi orang yang sama diletakkan di situ,” katanya pada sidang media di Parlimen, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pemilihan Streram sebagai calon PH bagi PRK DUN Rantau, yang diumumkan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam.

Ditanya mengenai kemungkinan cabaran besar dihadapi Streram jika perlu berdepan penyandang yang juga bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan, Dr Mahathir berkata PH tetap perlu berpegang pada prinsipnya dalam memilih wakilnya tanpa mengira siapakah calon parti lawan.

“Kita pegang pada prinsip, takkanlah kerana lawan bekas Menteri Besar (maka Streram tidak dipilih sebagai calon) kerana dia tak ’besar’ macam Menteri Besar. Kita terpaksa letak orang yang sama,” katanya.

Berhubung isu Streram yang didakwa terpalit hutang dengan Ahli Parlimen Segamat, Dr Edmund Santhara, Dr Mahathir berkata, jika perkara itu membabitkan pelanggaran undang-undang, Streram tidak akan dicalonkan pada PRK DUN Rantau.

“Setakat yang kita tahu, walaupun ada hutang tapi beliau masih boleh jadi calon. Kalau muflis kerana tak bayar hutang, itu tak bolehlah jadi calon,” katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2019 01:47 PM | Show all posts
Syd replied at 4-3-2019 07:20 PM
Abah KJ ni tak pandai berlakon la.

kenapa KJ dah mcm janggut Musa aman???...
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2019 02:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Hanya kerana anney ni sorang tak bawak pas masuk pru lepas.. dah nak kena buat prk.. adoii ph ni nak membazirkan duit rakyat ke ape ni.. sembang hutang negara sampai 1 trillion.. tapi buat prk sbb anney ni sorang bole pulak.. bukan kecik kos.. rm juta2 ni. Adoii membazir laa

Tok mat for rantau.. say no anney aka pkr ph
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2019 05:04 PM | Show all posts
Apa yang tipunya? dia yg tak bawak pas, kata org tipu plak...
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2019 06:32 PM | Show all posts
Insya Allah ..ramai ramai kita mendoakan Tok Mat untuk memang PRU Rantau. Kami bersamamu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2019 06:00 PM | Show all posts
Pemimpin Amanah bertanding calon Bebas PRK Rantau?

ZULKIFLI MANZOR
20 Mac 2019 4:01 PM


SEREMBAN - Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun tidak tahu tentang khabar angin seorang pemimpin Parti Amanah Negara (Amanah) akan bertanding sebagai calon bebas dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau.

Katanya, beliau hanya mengetahui tentang perkara itu daripada petugas media yang bertanyakan kepadanya berhubung hal tersebut pada satu sidang akhbar di Wisma Negeri di sini hari ini.


"Saya tak dapat maklumat lagi. Saya baru tahu hari ini. Jika betul dia akan bertanding atas tiket bebas bukan Amanah. Biasalah. Dia hendak bertanding kita serahkan kepada dia," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Sembilan di sini hari ini.

Terdahulu, pemberita bertanya kepada beliau tentang desas-desus seorang Ahli Jawatankuasa Amanah Kawasan Rasah akan bertanding dalam PRK DUN Rantau pada 13 April nanti.

Aminuddin berkata, beliau bagaimanapun menyerahkan kepada individu itu sama ada akan menawarkan diri sebagai calon Bebas dalam PRK Dun Rantau kerana negara ini mengamalkan sistem demokrasi.

Beliau namun menegaskan calon yang dipilih oleh PH adalah Timbalan Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Rembau, Dr. S. Streram dan adalah sukar untuk memuaskan hati semua pihak berhubung keputusan itu. - K! ONLINE
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2019 08:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Simunggu replied at 12-3-2019 01:47 PM
kenapa KJ dah mcm janggut Musa aman???...

Sama sama geng musang berjanggut memang gitu style janggut dia
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2019 01:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Hahaha...ada gak balaci jd calon pecah undi melayu
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2019 01:42 AM | Show all posts
kalau dia letak Rafizi, nak menang tu ada sikit letak rentung..................kalah lahhhh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2019 11:15 AM | Show all posts
Simunggu replied at 12-3-2019 01:47 PM
kenapa KJ dah mcm janggut Musa aman???...

off topic sat

sejak2 Rafizi / KJ/ Izzah dating hari tu, nampak diorang masing2 slow dgn politik
diorang ada agenda tertentu ka??

kang tak pasal2 keluar balik surat wakanda
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-3-2019 01:18 PM From the mobile phone | Show all posts
PRK DUN Rantau pertandingan empat penjuru
Oleh Mohd Anwar Patho Rohman; Tuty Haryanti Ahmad Rodzi dan Luqman Ariff Abdul Karim
bhnews@bh.com.my


SEREMBAN: Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau pada 13 April ini menyaksikan pertembungan empat penjuru.

Ia membabitkan calon Barisan Nasional (BN) yang juga Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, R Malar (Bebas), Mohd Nor Yassin (Bebas) dan calon Pakatan Harapan (PH) dari PKR, Dr S Streram.

Pengumuman rasmi calon layak bertanding dibuat Pegawai Pengurus PRK DUN Rantau, Mohd Nizam Tajul Arus di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Bandar Sri Sendayan di sini, jam 10.30 pagi tadi, selepas tempoh penamaan calon berakhir jam 10 pagi dan tiada borang pencalonan ditolak.

PRK DUN Rantau diadakan selepas Mahkamah Persekutuan menolak petisyen difailkan Mohamad yang juga Timbalan Presiden UMNO untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Seremban, pada 16 November lalu yang mengisytiharkan kemenangan beliau pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), terbatal dan tidak sah.

Pada PRU-14, Mohamad menang tanpa bertanding kerusi berkenaan selepas Dr Streram dilarang masuk ke pusat penamaan calon kerana tidak memiliki pas dikeluarkan SPR Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Kali ini, Dr Streram, 60, yang juga Timbalan Ketua Cabang PKR Rembau dan pakar bius berusia 60 tahun diberi peluang kedua sebagai calon PH.

Sementara itu, Malar, 51, berasal dari Port Dickson adalah suri rumah dan bekas penyampai radio di Toronto, Kanada menerusi program slot Kampungku, manakala Mohd Nor, 67, ialah bekas pensyarah di Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Negeri Sembilan.

PRK DUN Rantau adalah ketujuh diadakan selepas PRK DUN Sungai Kandis, DUN Balakong, DUN Seri Setia, Parlimen Port Dickson, Parlimen Cameron Highlands dan DUN Semenyih.

Hari mengundi awal bagi PRK DUN Rantau ditetapkan pada 9 April manakala hari mengundi pada 13 April.
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2019 01:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Come on...come on....lets zikir PSL hutang sekarang....negara byk hutang, 1mdb, rosma membazir Beli Cincin..najib jual negara ke China ..najib jual proton, ptptn xpayah byar, pendidikan percuma utk semua, 1 juta peluang kerja....hahahhaah
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2019 04:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Mat Hasan rules...say no to PH...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 05:42 PM GMT+8 , Processed in 0.440575 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list