CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5713|Reply: 37

[Tempatan] Warga Ireland ditemukan maut dipercayai dibunuh

[Copy link]
Post time 5-3-2019 12:46 AM | Show all posts |Read mode

Warga Ireland ditemukan maut dipercayai dibunuh
http://m.utusan.com.my/berita/jenayah/warga-ireland-ditemukan-maut-dipercayai-dibunuh-1.853713
SAFINA RAMLI 04 Mac 2019 10:02 PM


NOTA yang ditinggalkan suspek yang ditemukan bersama mayat lelaki warga Ireland yang dipercayai dibunuh di sebuah kondominium di Georgetown, Pulau Pinang, petang tadi. - GAMBAR IHSAN PDRM

PULAU PINANG 4 Mac - Seorang pengaturcara komputer warga Ireland ditemukan maut dipercayai dibunuh di rumahnya di Jalan Sultan Ahmad Shah, di sini petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu, mayat mangsa, Brian Patrick O' Reilly, 51, ditemukan dalam keadaan tangan dan kakinya terikat oleh pihak pengurusan kondominum tersebut.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata, hasil pemeriksaan di lokasi kejadian, polis mendapati suspek telah meninggalkan sekeping nota.
"Suspek menyatakan dia tidak berpuas hati dengan mangsa kerana terbabit dalam sindiket penipuan 'scammer' yang telah menipu wang adik perempuannya.
"Dipercayai berlaku pergelutan di antara suspek dan mangsa sebelum mangsa dibunuh serta kepala mangsa juga didapati dipukul dengan objek keras dipercayai kuali," katanya, di sini hari ini.
Menurut Che Zaimani, pemeriksaan di dalam rumah mangsa mendapati peti besi di dalam bilik mangsa juga telah diselongkar.
"Pihak polis masih menjalankan siasatan untuk mengesan suspek dan kita telah meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian.
"Mangsa dipercayai baru membuka pejabatnya di negeri ini dua minggu lalu," katanya.
Tambah beliau, mayat mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk bedah siasat. - UTUSAN ONLINE





Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2019 02:17 AM | Show all posts
minggu lepas kan ada kes Ireland hilang sampai family buat GoFundMe untuk cari kat Malaysia. alih2 jumpa kat masjid KL tak ingat apa2. ada kaitan ke? sebab yang sorang tu kerja online business, yang si mati ni programmer
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2019 02:34 AM From the mobile phone | Show all posts
hanakikan replied at 5-3-2019 02:17 AM
minggu lepas kan ada kes Ireland hilang sampai family buat GoFundMe untuk cari kat Malaysia. alih2 j ...

Sama2 scammer ke apa...
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2019 07:29 AM | Show all posts
sebab tu  akak xpercaya orang putih sebab mereka penjajah, akak lagi percaya du du du kpop
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2019 07:39 AM | Show all posts
Nota tu macam bukan tulisan ummah local, macam tulisan mat salleh, style campur2 huruf kecil huruf besar...berani ya pembunuh tinggal nota pulak...
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2019 08:25 AM | Show all posts
siap nota lagik
apa pun membunuh ttp salah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-3-2019 08:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Pixie902 replied at 5-3-2019 07:39 AM
Nota tu macam bukan tulisan ummah local, macam tulisan mat salleh, style campur2 huruf kecil huruf b ...

Mana nota tu nak tengokkkk
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2019 08:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Jauh jauh datang ke Malaysia nak jadi scammer mendapatla ye
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2019 08:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Jauh jauh datang ke Malaysia nak jadi scammer mendapatla ye
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2019 08:41 AM | Show all posts
konfem kah mangsa yang tulis nota tu?
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2019 08:46 AM | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 5-3-2019 07:29 AM
sebab tu  akak xpercaya orang putih sebab mereka penjajah, akak lagi percaya du du du kpop

Irish bukan bangsa penjajah.... English tu betul.... tapi bukan semua English tu perangai penjajah... rakyat biasa ok ja, yang politician tu yg ada minda penjajah


Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2019 08:55 AM | Show all posts
EvieWanKenobi replied at 5-3-2019 08:41 AM
konfem kah mangsa yang tulis nota tu?

suspek la yang dipercayai tulis nota tu.
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2019 08:56 AM | Show all posts
Pixie902 replied at 5-3-2019 07:39 AM
Nota tu macam bukan tulisan ummah local, macam tulisan mat salleh, style campur2 huruf kecil huruf b ...

eh writing aku pun style macam ni tau. campur2 huruf besar & huruf kecik. tapi iols bukan suspek tauuu.
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2019 09:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Acikgomen replied at 5-3-2019 08:31 AM
Mana nota tu nak tengokkkk

Aku cekik kau kangggg.....
Dah sah sah kat atas  terpampang nota tu....
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2019 09:02 AM From the mobile phone | Show all posts
MissCarcosa9753 replied at 5-3-2019 08:32 AM
Jauh jauh datang ke Malaysia nak jadi scammer mendapatla ye

Kat sini ramai pompuan bingai.....

Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2019 09:02 AM From the mobile phone | Show all posts
EvieWanKenobi replied at 5-3-2019 08:41 AM
konfem kah mangsa yang tulis nota tu?

Bkn mangsa dikkk.....

Yg membunuh tu yg tulis
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2019 09:04 AM From the mobile phone | Show all posts
nota tu bOle di buat utk mengeliru kn siasatan polis tp suspek ni mungkin foreigner gk
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2019 09:14 AM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 5-3-2019 09:01 AM
Aku cekik kau kangggg.....
Dah sah sah kat atas  terpampang nota tu....

Biar screenshot berbicara katanye

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2019 09:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Pixie902 replied at 5-3-2019 07:39 AM
Nota tu macam bukan tulisan ummah local, macam tulisan mat salleh, style campur2 huruf kecil huruf b ...

Ya aku pun pikir yg sama
Tulisan mat salleh ni lebih kurang je
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2019 09:31 AM From the mobile phone | Show all posts
EvieWanKenobi replied at 5-3-2019 08:41 AM
konfem kah mangsa yang tulis nota tu?

Mangsa?bukan saspek ke yg tulis
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 02:04 PM GMT+8 , Processed in 0.076652 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list