CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12890|Reply: 110

[Edisi Sendu] Bakal Box Office nih 'Tiada Tajuk' - Filem Mawi

  [Copy link]
Post time 5-3-2019 03:31 PM | Show all posts |Read mode
Edited by laksmanabentan at 5-3-2019 03:34 PM




Mawi pecah rahsia, Tiada Tajuk jadi judul filem



Selepas lebih setahun menyimpan rahsia daripada umum, pengarah dan penerbit Mawi akhirnya mengumumkan dia memilih Tiada Tajuk sebagai judul filem pertama arahannya. Menurut Mawi yang sebelum ini lebih dikenali sebagai penyanyi itu, pada awal perancangannya untuk menghasilkan filem berkenaan, dia sememangnya tidak mempunyai sebarang ilham berhubung tajuk yang ingin digunakan.

“Setelah lebih setahun saya rahsiakan daripada media, hari ini secara rasmi semuanya akan terjawab. "Judul filem ini ialah Tiada Tajuk," katanya.

Mawi ditemui pada majlis pelancaran karyanya itu di depan sebuah kompleks beli-belah di Kuala Lumpur sebentar tadi. Mawi atau nama penuhnya Asmawi Ani sebelum ini didakwa sengaja tidak meletak sebarang tajuk ke atas karya sulungnya itu bertujuan membina publisiti.

Bagaimanapun, Mawi, 37, tampil menafikan ketiadaan tajuk filemnya bukanlah gimik yang sengaja diada-adakan. “Saya cuma mahu tampilkan kelainan apabila muncul dengan sebuah filem,” katanya seperti dilapor media. Mawi menjelaskan pada ketika itu, dia sebenarnya masih mencari-cari tajuk bersesuaian untuk digunakan bagi filem terbitan Mawi World Entertainment, syarikat yang diasaskannya.



Sementara itu, Mawi yang juga bergelar pelakon berkata, peminat juga berpeluang membawa pulang hadiah lumayan melalui pembelian tiket Tiada Tajuk. “Peserta boleh menyertai peraduan tonton dan menang dengan memuat turun aplikasi Mawi World menerusi platform Play Store atau App Store. “Untuk 1 tiket peserta boleh utarakan 1 tajuk berserta 1 tagline,” katanya.



Antara hadiah menanti peserta adalah seperti pakej umrah untuk dua orang, pakej percutian ke Australia, sebuah motosikal jenama Yamaha Y15, atau sebuah kereta jenama Proton Bezza. Bagaimanapun, penyanyi lagu Bukan Propaganda itu tidak meletakkan harapan terlalu tinggi dari segi hasil kutipan filemnya yang bakal menjengah pawagam pada 4 April depan.
“Memang tak nak rugi kalau boleh. Tapi jika dapat balik modal pun alhamdulillah. “Mana tahu duit itu nanti boleh buat modal filem lain pula,”




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-3-2019 03:35 PM | Show all posts
korang nak tengok ker cerita camni?
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2019 03:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Sohai mesti ajk ina gi tgk
Pastu kutuk2 kt fb dia ala2 pengulas filem
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2019 03:51 PM | Show all posts
sekali duit tiket pun tak cukup nak cover duit hadiah peraduan
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2019 03:54 PM | Show all posts
filem pasal apa ni? flat earth? anti vaks? home school? ehh..lari topik da..ahah
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2019 03:58 PM From the mobile phone | Show all posts
citer pasal ape ni?? tiada tajuk tiada jalan cerita??
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-3-2019 04:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Taktik marketing la tuuu....tp kan.cmne org nk trtarik kalau xtau cita psl ape.dgrnye mcm rock sangkut versi movie
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2019 04:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam selekeh mawi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2019 04:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Bakal jugak thread dirogol oleh Aimy.

Calling2 @dinopower
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-3-2019 04:12 PM | Show all posts
aku rasa ini filem budget... filem kawan2..
filem budak2 kampung merempit ler kot tgk gaya pelakon2 tuh...
tak tahu tang mana komersial nya...
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2019 04:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Sorry Mawi dah tak relevan. Dulu2 zaman dia meletop masa I sekolah, jujur tak minat. Don't know why
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2019 04:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Nyampah tengok muka johan asaari tu. Walaupun kata nya alim baca quran selalu tapi entah la. Mungkin hati iols yg hitam kot

Yg penting mawi pandai cari duit dan sentiasa berpijak di bumi yg rata. Eh nyata Tak mcm org itu. Sibuk cabar org itu ini serupa org gila. Suruh kerja betul2 malas. Gigih lagi nak jadi retis.
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2019 04:14 PM From the mobile phone | Show all posts
No expectation at all lah..dgn tajuk cenggitu,mcm malas nk pk tajuk je..xde excitement nk tgk sbb xde bnde y boleh kita expect..
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2019 04:34 PM | Show all posts
hasniey replied at 5-3-2019 04:01 PM
Taktik marketing la tuuu....tp kan.cmne org nk trtarik kalau xtau cita psl ape.dgrnye mcm rock sangk ...

oooo rock sangkut tu bkn filem yea
mati2 meols igt tu filem
btw x nampak kazar dlm gambar tu
patut dia ada br rs ngam kesinambungan rock sangkut


Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2019 04:44 PM | Show all posts
Sorry la Mawi, iols langsung tak teringin nak tengok
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2019 04:49 PM From the mobile phone | Show all posts
takayama replied at 5-3-2019 04:34 PM
oooo rock sangkut tu bkn filem yea
mati2 meols igt tu filem
btw x nampak kazar dlm gambar tu


Telemovie kan ntah..ai pon xsure sbb xtgok.
Yg ada along cham,pastu lakinye watie elite tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2019 04:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Citer ni best..klakar..sbb dia smbg dr citer rock sangkut.... Aku akan tgk...plk tu dia komedi satira...bukan bodoh saja saja
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2019 05:38 PM | Show all posts
gimik2 buat org nak g tgk kaedahnya
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2019 05:42 PM From the mobile phone | Show all posts
sheols kan bff syamsul yusof. berguru dgn dia la tu
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2019 05:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Meols pun rasa filem ni kurang nilai komersial. Meols tak rse nak tgk.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:30 PM GMT+8 , Processed in 0.791558 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list