CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20508|Reply: 177

[Jenayah] Mayat Adik Nur Aisyah Aleya Abdullah Telah ditemui #update 107 (2 Suspek tiba Ma

  [Copy link]
Post time 6-3-2019 02:54 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Burong_Hantuk at 7-3-2019 02:06 PM

al fatehah
Berdasarkan siasatan, suspek lelaki telah menyumbat mayat kanak-kanak itu ke dalam beg pakaian lalu membuang di Gunung Raya, namun lama-kelamaan mayat itu dipercayai dimakan binatang liar di kawasan itu dan hanya tinggal tengkorak kepala.

“Malah, bahagian kepala itu ditemukan di kawasan gaung yang berkedalaman kira-kira 10 meter dari lokasi pertama mayat itu dibuang,” katanya dalam sidang akhbar di lokasi kejadian, di sini hari ini.

Utusan Malaysia kelmarin melaporkan, Nur Aisyah Aleya hilang dipercayai dilarikan sepasang suami isteri yang juga kenalan ibu kanak-kanak itu di Langkawi, di sini.

Mengulas lanjut, ujar Mohd. Iqbal, suspek lelaki yang berusia 37 tahun dipercayai berang dengan kanak-kanak itu yang menangis dan kononnya diserang sawan ketika sedang memujuk.

“Suspek dipercayai ada menepuk-nepuk belakang badan kanak-kanak itu sebelum dia muntah serta disedari tidak bernyawa kira-kira dua jam sebelum suspek bertindak sedemikian rupa.

“Isteri suspek berusia 40 tahun yang juga seorang jururawat turut berada di kediaman mereka ketika kejadian dan kedua-dua mereka kini ditahan bagi membantu siasatan,” katanya.

Tambah beliau, polis mengklasifikasikan semula kejadian itu di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan pihaknya akan mendapatkan perintah reman terhadap kedua-dua suspek esok




Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/ ... 54857#ixzz5hNKtHBen
© Utusan Melayu (M) Bhd

LANGKAWI: Mayat Nur Aisyah Aleya Abdullah, kanak-kanak berusia tiga tahun yang dilaporkan hilang dari rumah pengasuhnya di sini pada Ahad lalu, ditemui polis di Gunung Raya, dekat sini pagi tadi, dipercayai menjadi mangsa bunuh.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim, yang mengesahkan penemuan terbabit berkata, Nur Aisyah Aleya dilaporkan hilang ketika dalam jagaan pengasuhnya di Kuarters Hospital Langkawi pada hujung bulan lalu.

Mohd Iqbal dijangka mengadakan sidang media di lokasi kejadian dalam masa terdekat bagi mengulas lanjut penemuan menyedihkan itu.

BH sebelum ini melaporkan polis menerima maklumat daripada ibu kanak-kanak terbabit yang berusia 31 tahun, memaklumkan Nur Aisyah Aleya yang dijaga teman lelakinya, hilang.

Susulan itu, polis menahan sepasang suami isteri 40 dan 37 tahun tahun di Ampang, Selangor semalam, bagi membantu siasatan kes berkenaan.






Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-3-2019 02:58 PM | Show all posts
■UPDATE KEDUA■
Hanya cebisan rambut, tengkorak Nur Aisyah
MENYEDIHKAN. Itu dapat digambarkan apabila hanya cebisan rambut dan tengkorak kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang ditemui di Jalan Gunung Raya di Langkawi, hari ini.

Mangsa, Nur Aisyah Aleya Abdullah, sebelum ini dilaporkan hilang ketika dijaga suami isteri, pertengahan bulan lalu, sebelum dia dipercayai dibunuh sebelum mayatnya dibuang.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim, berkata, mangsa ditemui selepas polis menahan suami isteri berusia 37 dan 40 tahun di Ampang, Selangor, jam 4 petang semalam.

Katanya, berdasarkan siasatan awal, suspek lelaki membawa polis ke lokasi sebelum menunjukkan tempat mayat kanak-kanak itu dibuang jam 11 pagi ini.

“Menerusi bantuan Unit Anjing Pengesan (K9) dan anggota Unit Forensik Polis Diraja Malaysia mayat ditemui hanya tinggal cebisan rambut dan tengkorak.

“Cebisan rambut dan tengkorak ditemui dalam kawasan gaung yang curam iaitu kira-kira 30 meter dari jalan raya yang menghala ke puncak Gunung Raya,” katanya pada sidang media di tempat kejadian.

Mohd Iqbal Ibrahim berkata, kedua-dua suspek akan direman esok pagi dan disiasat mengikut Seksen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Kehilangan Nur Aisyah Aleya disedari ibunya, Rosmaliah Samo, 31, selepas pergi ke kediaman pasangan itu di kuarters Hospital Langkawi untuk mencari anaknya, minggu lalu.

Rosmaliah kemudian membuat laporan polis pada Ahad lalu selepas seorang daripada suspek memberitahu kanak-kanak itu diserahkan kepada pihak ketiga untuk dijaga.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 Mac 2019 @ 2:24 PM
Muhaamad Hafis Nawawi dan Hamzah Osman dan Zuliaty Zulkifli
am@hmetro.com.my
------------------
Mayat Nur Aisyah dah ditemui

MAYAT Nur Aisyah Aleya Abdullah, 3, yang hilang ketika dalam jagaan pengasuhnya di Kuarters Hospital Langkawi, hujung bulan lalu sudah ditemui di Gunung Raya, Langkawi hari ini.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim selepas suami isteri yang ditahan di Ampang, Selangor semalam menunjukkan lokasi kanak-kanak itu ditinggalkan.

Beliau juga akan mengadakan sidang media di lokasi kejadian berhubung penemuan mayat itu.

Isnin lalu, Harian Metro melaporkan kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun dipercayai hilang daripada jagaan pengasuhnya di Kuaters Hospital Langkawi, sejak minggu lalu.

Polis menerima maklumat daripada ibu kanak-kanak terbabit yang berusia 31 tahun, Ahad lalu yang membuat laporan mengatakan anaknya yang dijaga teman lelakinya hilang.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 Mac 2019 @ 12:24 PM
Muhaamad Hafis Nawawi dan Hamzah Osman dan Zuliaty Zulkifli
am@hmetro.com.my

Rujuk post terdahulu











Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2019 02:58 PM | Show all posts
alfatihah....
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2019 02:59 PM | Show all posts
kenapa bunuh.. adoii. tomei2 arwah
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2019 03:00 PM | Show all posts
Ya Allah, kok ye marah kat skandal laki ko pun ko bunuh jela laki ko wahai akak pembunuh ni..anak tu xsalah kot..hmmm..syaiton punya prangai
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2019 03:00 PM | Show all posts
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-3-2019 03:01 PM | Show all posts
kesiannya...eh kenapalah buat budak camtu..
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2019 03:01 PM | Show all posts
adoi le...apa la motif pembunuh ni ye...xkan gaduh rebut anak kot...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2019 03:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillah. Salam takziah
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2019 03:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Al fatihah, kesian ko dek, dahla emak berskandal, tinggal pulak ko dengan orang tak kenal, bapa tah mane.
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2019 03:07 PM From the mobile phone | Show all posts
kat fb cakap arwah kene sawan pastu kene tinggal dalam hutan. whatever it is iols cannot brain langsung... nurse kan selalu baik2 dan berehsan, kenapa tak balun suami dan indon gatal tu je. kenapa anak shomel jadi mangsa,dia tak berdosa!!!
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2019 03:11 PM From the mobile phone | Show all posts
dan dan forumer vongokk mana yg komen kekonon budak kecik ni dah jumpa hari tu???
.
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2019 03:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by awanearisu at 6-3-2019 03:12 PM

Tak boleh hadam tindakan suami isteri ini
Ada banyak kemungkinan sedang bermain di minda kita. Harap pihak polis berjaya mendapatkan fakta sebenar kejadian yang menimpa adik ini.
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2019 03:13 PM From the mobile phone | Show all posts
buapakperut replied at 6-3-2019 03:07 PM
kat fb cakap arwah kene sawan pastu kene tinggal dalam hutan. whatever it is iols cannot brain langs ...

"nurse kan selalu baik2 dan berehsan"
.
tu dlm fantasy je youuuu..baca tak threads psl misi2 especially misi2 govt hospital kat forum ni..mmg mostly teruk perangainya..
.
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2019 03:14 PM | Show all posts
Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2019 03:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Eh..x paham la kronologi kes ni. Emak ada skandal dgn laki org yg berbinikan nurse. So nurse tu adalah pengasuh ke? Kaya betol mak arwah ni (indon) sampai upah nurse tu jd pengasuh. Atau skandal nya itu apak arwah ni?

Boleh tak iols nk sabitkan sekali mak, skandal dan bini skandal semua skali bersalah?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2019 03:19 PM From the mobile phone | Show all posts
esteryen replied at 6-3-2019 03:11 PM
dan dan forumer vongokk mana yg komen kekonon budak kecik ni dah jumpa hari tu???
.

Br nak ckp. Semalam baca kat forum kata dah jumpa. Dah ni cerita mayat pulak. Kalau sampai tinggal tengkorak je maknanya dah lama mati la kan
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2019 03:19 PM | Show all posts
agak2 sapa yang bunuh budak ni ek? si suami ke si isteri? and apa sbb kena bunuh? budak tu lasak sgt ke? kuat melalak ke? atau dendam kesumat? tapi apa2 sebab pun mmg kejam la si pelaku. tak kira si jantan atau si bini .. kalau salah sorang yang buat patutnya salah sorang lagi kena la report. ni sama2 ikut lari bersembunyi. ko ingat polis melaysia bodoh ke tak dpt cari korang? tak kesian ke korang dgn bdk kecik tu .. dah kau bunuh lepas tu ko gi buang kat hutan gunung raya yang tak penah dah dijengah org.
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2019 03:20 PM From the mobile phone | Show all posts
oleh kerana fakta kes belum diumumkan secara rasmi..wa simpan dlu wa pnya komen.
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2019 03:20 PM | Show all posts
1. salahkan mak kandung jugak dulu sbb bg bofren jaga.. orang yg x di kenali, bukan keluarga tuk jaga anak perempuan pula tu, awat x upah pengasuh? nak seip duit? dah tu berskandal ngan laki orang.. cash lah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:49 PM GMT+8 , Processed in 0.130810 second(s), 52 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list