CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 9272|Reply: 55

Noraniza Idris Bakal Adakan Showcase Sowo Matang & Tgh Gigih Kumpul Stamina

  [Copy link]
Post time 6-3-2019 03:35 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Demi stamina dan memastikan penampilannya lebih menarik, penyanyi lagu Irama Malaysia, Noraniza Idris yang bakal menjayakan Showcase Istimewa Sawo Matang, bulan depan berusaha mengurangkan berat badan.

Noraniza yang mesra disapa Kak Ani berharap dapat menurunkan 10 kilogram menjelang persembahan yang akan berlangsung di Dewan Tuanku Abdul Rahman, Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC), Jalan Ampang itu bermula 12 hingga 14 April ini.

“Kak Ani memang mahu kuruskan badan dan dalam tempoh sebulan ini, Kak Ani berdoa dikuatkan semangat supaya apa yang dihajatkan tercapai.

“Kak Ani juga berusaha memastikan diri tidak dibelenggu tekanan. Bukan apa, kalau tertekan, Kak Ani akan makan banyak dan ia membuatkan berat badan mudah naik,” katanya.

Memandangkan sudah tidak punya banyak masa, Noraniza berkata, latihan intensif dan penjagaan makanan yang ketat terpaksa dilaksanakan untuk memastikan dia mendapat berat badan ideal.

“Kak Ani berharap dapat mencapai berat disasarkan iaitu 60 kilogram (kg). Tiga kali seminggu, Kak Ani akan ke gimnasium untuk bersenam selama sejam setiap sesi di bawah seliaan jurulatih kecergasan bertauliah.

“Dari segi vokal, Kak Ani berlatih sendiri, manakala untuk tarian, Kak Ani mendapatkan khidmat tiga koreografer berbeza. Banyak gerak tari yang perlu dikuasai dan Kak Ani memilih tiga pereka tari berbeza kerana mahukan kelainan dalam sentuhan mereka,” kata penyanyi berusia 50 tahun itu.

Noraniza ditemui pada sidang media Siri Jelajah Noraniza Idris Malai Solo Tour 2019/2020 yang diadakan di Laman Wau, Kompleks Kraf, di sini.

Siri jelajah itu dianjurkan bersama Persatuan Tatih Seni Malaysia, Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd (NIPVSB) dan Harithmai Production (HMP).

Showcase Istimewa Sawo Matang adalah antara persembahan yang tersenarai dalam siri jelajah itu, selain dua konsert mega iaitu Iktiraf - Noraniza Idris In Concert yang bakal diadakan di Singapura pada November depan dan Malai Solo - Noraniza Idris In Concert yang dijadualkan berlangsung dari 2 hingga 4 April tahun depan di Panggung Sari, Istana Budaya.

Tiket untuk menyaksikan showcase Istimewa Sawo Matang sudah mula dijual pada harga antara RM99 dan RM188. Maklumat lanjut, hubungi Harithmai Production di talian 0193991445 dan 0188714305 atau menerusi aplikasi WhatsApp: 0113770884 dan 0183981810.






Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2019 03:39 PM | Show all posts
nampak macam shila amazah plak
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2019 11:57 AM | Show all posts
Showcase Istimewa Sawo Matang adalah antara persembahan yang tersenarai dalam siri jelajah itu, selain dua konsert mega iaitu Iktiraf - Noraniza Idris In Concert yang bakal diadakan di Singapura pada November depan dan Malai Solo - Noraniza Idris In Concert yang dijadualkan berlangsung dari 2 hingga 4 April tahun depan di Panggung Sari, Istana Budaya.

Wah ramai penyanyi buat konsert, meriah!
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2019 12:04 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2019 12:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Wah.. Ratu irama tradisional buat comeback.. Dulu setiap kali AJL, mmg dok tunggu2 persembahan kak ani. Persembahan  dan lagu kak ani lagi best dari "sorang" tu tapi asyik kena rampas jer..
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2019 12:35 PM From the mobile phone | Show all posts
just_fighter replied at 9-3-2019 12:04 PM

Iconic persembahan ni..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-3-2019 02:43 PM | Show all posts
Istana Budaya tu April tahun depan tapi dah umum awal2... planning setahun kau...
since sheols mostly lagu tradisional nak kena menari, adakah sheols bakalan semput? AJL tu stakat 5 minit jah
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2019 02:48 PM From the mobile phone | Show all posts
sleepandream replied at 9-3-2019 02:43 PM
Istana Budaya tu April tahun depan tapi dah umum awal2... planning setahun kau...
since sheols mos ...

Kalau tgk dr Konsert Mashyur kat RTM tiga tahun lepas..dia pandai adjust lagu...x nampak semput pun walaupun nyanyi 1 jam setengah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2019 02:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Jgn pakai baju sarung nangka lagi yek
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2019 03:06 PM From the mobile phone | Show all posts
taji2906 replied at 6-3-2019 03:39 PM
nampak macam shila amazah plak

Akaq pulak nampak mcm mak shila amzah  tapi eloklah beliau buat show konsert mcm ni. Hrp ada lagu irama malaysia baru. Budak2 la ni tahu dok hip hop manjang sbb lagu2 tradisional kurang.
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2019 06:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Sudah tiba masanya ratu irama malaysia jadi tenaga mengajar mencari bakat2 baru dlm irama malaysia. Mencari, mengajar & mempush kan new talents ke industri muzik.
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2019 06:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Sudah tiba masanya ratu irama malaysia jadi tenaga mengajar mencari bakat2 baru dlm irama malaysia. Mencari, mengajar & mempush kan new talents ke industri muzik.

Rindulah dgn kegemilangan muzik irama malaysia. Papa irama malaysia, pak ngah pun dah takda. Mampukah irama malaysia naik semula?
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2019 07:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Heshe memang legend..dulu setiap kali ajl slalu jah tertunggu2 persembahan heshe...antara yang ada stage presence/usage yang terbaik di pertiwi..vocal heshe so so jah.
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2019 07:04 PM From the mobile phone | Show all posts
AJL ratu persembahan
Sekampung dia bawak
Suara dia khas walaupun so so
Tapi dia xdelah nak mengilai
Sesedap rasa jer

Nak pegilahh
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2019 07:06 PM | Show all posts
wah. Kak Ani dan Ratu Lipis sedang bersaing buat konsert utk peminat masing2 yach!
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2019 07:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Rhyno replied at 9-3-2019 07:06 PM
wah. Kak Ani dan Ratu Lipis sedang bersaing buat konsert utk peminat masing2 yach!

Yg jelas peminat ratu lipis hy akan support konsert ratu lipis shj....peminat kak ani tentu2 ada yg support konsert retis lain jgk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2019 07:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Maknanya skrg berat kak ani 70 kg lh ye
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2019 09:34 PM | Show all posts
moga beliau berjaya kurus
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2019 09:45 PM | Show all posts
tak zabanyaa
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2019 12:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Nk turun 10kg dlm masa sebulan...hhmm...nk tgk blh tak noraniza capai target tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 08:24 PM GMT+8 , Processed in 0.081637 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list