CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 652|Reply: 0

[Jenayah] Pembantu gerai makan dirogol, dipukul dengan kayu, pemutar skru

[Copy link]
Post time 6-3-2019 05:48 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Detik hitam ditempuh seorang wanita apabila dia bukan sahaja dirogol malah dipukul menggunakan kayu dan pemutar skru oleh lelaki yang dikenalinya dalam kejadian di Jalan Laksamana dekat Teluk Intan, Khamis lalu.


Mangsa berusia 25 tahun itu bagaimanapun berjaya menyelamatkan diri dengan meminta bantuan orang ramai selepas melarikan diri dari sebuah rumah di Jalan Kebun Limau, Teluk Intan, kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Yahya Abdul Rahman berkata, dalam kejadian pada pukul 8 malam itu, mangsa yang sedang menunggang motosikal telah ditahan oleh suspek yang dikenalinya sebagai Nan.

Katanya, suspek kemudiannya meminta wanita itu mengikutnya dan mangsa yang meninggalkan motosikalnya di tepi jalan telah membonceng motosikal lelaki terbabit menuju ke sebuah rumah di Jalan Laksamana, Teluk Intan.

“Sejak dibawa ke rumah itu, mangsa telah dipaksa melakukan hubungan seks dengan suspek sebanyak tiga kali selain dipaksa menghisap kemaluan lelaki tersebut.

“Malah sepanjang berada bersama suspek, mangsa telah dipukul menggunakan tangan, kayu dan pemutar skru di beberapa bahagian badan termasuk di kepala. Mangsa juga diugut akan dicederakan wajahnya dengan pisau dan dibunuh sekiranya cuba melarikan diri,” katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 12:12 PM GMT+8 , Processed in 0.171376 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list