CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 716|Reply: 1

[Jenayah] 4 Triton dilarikan 4 lelaki bertopeng

[Copy link]
Post time 6-3-2019 06:23 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Sebanyak empat kenderaan jenis Mitsubishi Triton baharu bernilai lebih RM500,000 dilarikan empat lelaki bertopeng dari premis sebuah syarikat menjual kenderaan di Jalan Kuala Krai, dekat Wakaf Che Yeh, di sini, pagi tadi.



Dalam kejadian jam 4 pagi itu, penjenayah mengikat tangan dan kaki pengawal keselamatan yang bertugas di situ, Sukure Hussin, 65, manakala mukanya ditutup dengan kain tuala.

Sukure berkata, sebelum kejadian, dia berada di bilik rehat, sebelum didatangi empat lelaki bertopeng yang terus memegang kedua-dua bahunya dari belakang termasuk seorang antara mereka mengacukan pisau.

“Tangan dan kaki saya diikat, selain muka ditutup kain, sementara seorang daripada mereka mengacukan pisau sambil mengarahkan saya ‘duduk diam’. Jam tangan dan telefon bimbit saya turut diambil mereka.

“Pada mulanya seorang daripada mereka menjaga saya, sementara tiga lagi melakukan kerja mencuri kenderaan. Namun tidak lama kemudian keadaan tiba-tiba sunyi menyebabkan saya cuba memberanikan untuk melepaskan diri.

“Saya berjaya membuka ikatan tangan dan kaki serta kain di muka sebelum menyorok untuk menyelamatkan diri dengan memanjat pagar,” katanya ketika ditemui, di sini, hari ini.

Sukure yang bekerja selama empat tahun di syarikat berkenaan berkata, dia terus ke sebuah stesen minyak berdekatan untuk mendapatkan pertolongan daripada seorang pemuda yang kebetulan berada di tempat berkenaan.

“Saya minta pemuda berkenaan menghubungi polis. Saya cuba melalui hadapan syarikat berkenaan dan kelihatan pagar tepi sudah terbuka.

“Saya kemudian meminta pertolongan dari peniaga berdekatan syarikat untuk meminta hubungi majikan saya sebelum majikan tiba pada jam 8 pagi,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kelantan, Asisten Komisioner Wan Khairuddin Wan Idris, berkata pihaknya sudah menerima laporan polis yang dibuat pengawal keselamatan terbabit pada jam 8 pagi tadi.

“Sebanyak empat Triton baharu dilarikan di mana dua daripadanya berwarna hitam dan masing-masing satu putih serta kelabu oleh empat lelaki bertopeng.

“Buat masa ini kita sedang menjalankan siasatan selain mengkaji rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis berkenaan. Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan,” katanya.

Kredit: Berita Harian Online

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2019 07:00 PM | Show all posts
security guard pon umur 65 tahun....kesian pakcik...tua2 kene keje...baik bersara jela...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 06:02 AM GMT+8 , Processed in 0.073611 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list