CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2892|Reply: 16

Kos bedah anak RM35,000, Yazit bekas drummer Search mahu jual kereta

  [Copy link]
Post time 7-3-2019 05:24 PM | Show all posts |Read mode



Yazit menunggu individu yang sanggup membeli keretanya dalam usaha mengumpul wang bagi kos pembedahan anak. Foto NSTP Luqman Hakim Zubir


KUALA LUMPUR: Pemain dram popular, Yazit Ahmad buntu mencukupkan dana bagi menyegerakan pembedahan jantung anak keduanya hingga sanggup menjual kereta.

Yazit, 57, memberitahu, Shahmirnuri, 34, atau dipanggil Boy yang dimasukkan ke hospital sejak seminggu lalu, masih lemah berikutan masalah jantung membengkak.

“Sampai hari ini, kereta milik saya dan Boy belum terjual. Tidak mengapalah ‘lepaskan’ kereta yang saya guna untuk dia menjalani dialisis setiap minggu demi kesihatan.

“Biarpun berapa sen sangat yang dapat dengan jualan kereta itu, harap ada yang sanggup beli. Ada rakan memberi sumbangan sejak berita mengenai penyakit anak tular.

“Kami sekeluarga masih berikhtiar selain memohon Unit Kebajikan Hospital menimbang diskaun daripada kos pembedahan yang dianggarkan RM35,000.

“Doakan semoga wang sebanyak itu dapat dikumpul. Boy perlu segera menjalani pembedahan memasukkan bateri pada jantungnya,” katanya kepada BH Online.

Dua minggu lalu, anak kedua daripada tiga bersaudara itu ditempatkan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas sesak nafas.

Aras saranan doktor, Boy yang sebelum ini bekerja sebagai jurujual telefon, dipindahkan ke Hospital Serdang yang mempunyai pakar jantung.

Sebelum ini, Yazit yang menghidap penyakit buah pinggang sejak 10 tahun lalu, memerlukan bantuan kewangan berikutan tidak mampu melakukan kerja berat.

Selain Boy, Yazit dan isterinya, Ramlah Ahmad, 59, mempunyai dua anak perempuan iaitu Razilah, 38, dan Shafiqa Nurlis, 29.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2019 05:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Kumpulan Search tak mau buat konsert utk kumpul dana utk Yazit dan anaknya kah??
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2019 05:46 PM From the mobile phone | Show all posts
kesiannya.. nmpk uzur betul dia skrg ni.. dia pun x sihat, anak pun xsihat. semoga anak dia dpt cpt2 buat operation tu
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2019 06:59 PM | Show all posts
semoga dipermudahkan..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-3-2019 06:59 PM | Show all posts
Orgkgdukobesi replied at 7-3-2019 05:31 PM
Kumpulan Search tak mau buat konsert utk kumpul dana utk Yazit dan anaknya kah??



tak silap aku dorang gaduh kan?


Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2019 07:36 PM From the mobile phone | Show all posts
chacon replied at 7-3-2019 06:59 PM
tak silap aku dorang gaduh kan?

Dulu diorang gaduh .....sekarang tak tau ler plak . Harap dah berbaik2 semua pihak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-3-2019 07:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Search ni yg nampak sng si bpk nabila tu (nmpk je. Hakikat xtau). Xkn pak haji xleh hulur seringgit dua buat amal jariah?
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2019 07:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Dugaannya. Dugaan kesihatan sgt mencabar.
Semoga diberi jalan mudah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2019 08:54 PM From the mobile phone | Show all posts
disinilah penting insuran...
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2019 09:39 PM From the mobile phone | Show all posts
semoga dipermudahkan segala urusan beliau sekeluarga.. aminn
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2019 10:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya.. bekas ahli kumpulan tersohor tapi menderita masalah kewangan. Anak2 pun semua dah cukup dewasa, patutnya boleh ambil tanggungjawab bapak tu, bapak pun dah tua, tak sihat pulak tu, tapi masih pening pasal anak yg dah tua.
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2019 10:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Yazit kan dah ex search...kuar pun sebab disingkirkan atas alasan masalah kesihatan...sekarang dia dengan band rampage...takkan amy nak tolong lak...kan amy kan?
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2019 11:44 AM | Show all posts
dan cerita ini buat modal ejen2 insurans cari prospek....
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2019 12:13 PM | Show all posts
Ada no akaun yazit
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2019 12:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Nampak uzur sangat, kesian, dia sendiri pun uzur, anak pulak sakit. Takda nombor akaun ke? Boleh buat crowd funding
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2019 12:20 PM | Show all posts
ade : Maybank 014271219687 - Yazit Ahmad
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-3-2019 12:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Mohon adelah yg dpt menolong
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:51 AM GMT+8 , Processed in 0.067544 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list