CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5459|Reply: 48

[Jenayah] Ayea Yea dipenjara 
10 tahun 10 bulan Kerana Menghina Nabi & Agama Isl

[Copy link]
Post time 10-3-2019 11:41 AM | Show all posts |Read mode





KUALA LUMPUR 9 Mac - Seorang lelaki dikenakan hukuman dipercayai pa-ling berat dan pertuduhan paling banyak atas kesalahan menghina agama Islam dan Nabi Muhammad SAW setakat ini apabila Mahkamah Sesyen Kuching, Sarawak memutuskan dia dipenjara 10 tahun 10 bulan semalam.

Pemilik akaun Facebook Ayea Yea, Alister Cogia, 22, dijatuhi hukuman tersebut selepas mengaku bersalah terhadap 10 pertuduhan masing-masing lima pertuduhan mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM) 1998.

Bagi pertuduhan di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan, Alister dijatuhi hukuman penjara dua tahun bagi setiap pertuduhan atau jumlah keseluruhannya 10 tahun manakala untuk pertuduhan mengikut Seksyen 233 AKMM 1998, dia didenda RM10,000 bagi setiap pertuduhan atau nilai ke-seluruhannya RM50,000.


Bagaimanapun individu yang berasal dari Singai, Bau itu gagal membayar denda RM50,000 tersebut dan dikenakan tambahan 10 bulan penjara.

Mahkamah juga mengarahkan hukuman penjara itu dijalankan secara berasingan.

Terdahulu, individu itu yang telah memuat naik komen berunsur menghina agama Islam dan Nabi Muhammad SAW di Facebook pada pukul 7.11 petang pada 9 Februari, 10 Februari (12.56 pagi), 14 Februari (1.28 pagi) 24 Februari (10 malam dan 10.05 malam sebelum) ditahan di sebuah rumah di Singai pada 3 Mac lalu kira-kira pukul 12.15 pagi.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, pihaknya turut memfailkan pertuduhan terhadap tiga lagi pemilik akaun media sosial semalam atas kesalahan sama.

Menurut beliau, kesemua tertuduh menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 298A dan 505(c) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 AKMM 1998.

“Bagi pemilik akaun Twitter ‘Alvin Chow’ dan pemilik akaun Facebook, Danny A’antonio Jr. yang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Jenayah Kuala Lumpur, tiada jaminan ditawarkan dan sebutan semula kes ditetapkan pada 5 April 2019,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

“Pemilik akaun Facebook ‘Yazid Kong’ pula, dia dituduh di Mahkamah Sesyen Jenayah Kuala Lumpur mengikut Seksyen 233 AKMM, tertuduh mengaku salah dan pendengaran fakta kes serta hukuman akan ditentukan pada 11 Mac 2019,” katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu, menurut Mohamad Fuzi, butiran peruntukan yang diguna pakai adalah Seksyen 298A Kanun Keseksaan atas alasan agama, menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan, benci-membenci atau niat jahat atau memudaratkan pemeliharaan keadaan harmoni atau perpaduan.

Ujarnya, Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan pula merujuk kepada kenyataan yang mendatangkan khianat awam dengan niat hendak mengapikan atau mungkin mengapikan mana-mana golo-ngan atau kaum melakukan sesuatu kesalahan terhadap mana-mana golongan atau kaum lain.

“Seksyen 233 AKMM 1998 pula berkait penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian dan lain-lain.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak menyalahgunakan media sosial atau rangkaian komunikasi dengan memuat naik atau berkongsi sebarang provokasi ke-rana tindakan itu mampu menyentuh sensitiviti agama dan perkauman sehingga membangkitkan ketegangan kaum di negara ini,” katanya.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/ ... 57353#ixzz5hjkKG1x9
© Utusan Melayu (M) Bhd


Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-3-2019 11:43 AM | Show all posts
rasakan kao dekk,mereput dalam penjara








Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2019 11:44 AM | Show all posts
masa depan dia musnah gara2 suarakan pendapat peribadi dia.
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2019 11:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Yang dalam forum ni, bila pula nak kena? Dulu bukan ka ada yg giat screenshot kononnya nak report polis.. apa cer?
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2019 12:24 PM | Show all posts
najib888 replied at 10-3-2019 11:51 AM
Yang dalam forum ni, bila pula nak kena? Dulu bukan ka ada yg giat screenshot kononnya nak report po ...

yang screenshot tu aku harap dah kat dalam kubur sekarang.

Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2019 01:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Harap warden penjara kasinsumbat keropok lekor tu sampai kembung perut dia.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-3-2019 01:55 PM From the mobile phone | Show all posts
edee_91 replied at 10-3-2019 11:44 AM
masa depan dia musnah gara2 suarakan pendapat peribadi dia.

Dia yang musnahkan masa depan sendiri dik.. Isu sensitif dah kenapa nak suarakan lagi malah menghina pulak tu.. Berani buat berani tanggung dik
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2019 01:57 PM From the mobile phone | Show all posts
najib888 replied at 10-3-2019 11:51 AM
Yang dalam forum ni, bila pula nak kena? Dulu bukan ka ada yg giat screenshot kononnya nak report po ...

Akak perasan geng2 ni senyap je sekarang.. Takut lettew, menghina tak ingat dunia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-3-2019 02:44 PM | Show all posts
nak sangat pergi penjara.. penjara best
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2019 02:54 PM | Show all posts
bagus. biar budak ni jadi example.
sendiri yang tunjuk bodoh, sendiri yang tanggung.

nak hidup aman dalam negara berbilang bangsa,
cuba belajar hormat orang lain.
jangan nak kurang ajar.

aku yg asal tak racist pun, dah jadi racist sekarang nih.
tahniah pada Pakatan Hanceng,
yang mempopularkan budaya insulting other people race and religions.

tahniah pada menteri perpaduan.
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2019 02:58 PM | Show all posts
tahniah kpd hakim mahkamah seksyen kuching, sarawak krn bg hukuman yg setimpal..
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2019 03:16 PM | Show all posts
VioletsAre_Blue replied at 10-3-2019 01:55 PM
Dia yang musnahkan masa depan sendiri dik.. Isu sensitif dah kenapa nak suarakan lagi malah menghi ...

i know dick. tapi kan dick, it feels like macam tak kena pulak kan dick? sedangkan orang buat jenayah curi samun pun dapat hukuman ala2 macam tu jugak kan dick? nak hukum pun bagi la setahun penjara cukup, kan dick?

Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2019 03:26 PM | Show all posts
sapa yg rasa ringan ke hukuman dia. tu jenis tak sayang mak pak jugakla

cuba mak pak dia kene hina camtu depan muka ko, pstu dia buat bodoh, tak report, tak amik tindakan bagai
apa punya anakla camni. mgkin otak OKU agknya.. tiada harga diri, tiada maruah nama keluarga bagai..tu yg  rasa bdk2 tk jaga mulut ni kene ringankn hukuman dia, psl diri sendiri bodoh psl maruah.
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2019 03:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Padan muka ko anjing...mereput la dlm penjara tu
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2019 04:08 PM From the mobile phone | Show all posts
edee_91 replied at 10-3-2019 03:16 PM
i know dick. tapi kan dick, it feels like macam tak kena pulak kan dick? sedangkan orang buat jena ...

Setahun? Kau buat lawak ke dik? Akak sokong bagi 10 tahun terus buat pengajaran supaya sedar diri kau duduk kat malaysia berbilang bangsa dan agama.. Kenapa dik edee terhina dengan keputusan mahkamah? Adik pernah hina mana2 agama ke? Akak tanya je.. Hihi
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2019 04:19 PM | Show all posts
VioletsAre_Blue replied at 10-3-2019 04:08 PM
Setahun? Kau buat lawak ke dik? Akak sokong bagi 10 tahun terus buat pengajaran supaya sedar diri  ...

alah kau macam tak tahu je kononnya. akulah syaitan di mata mu..... jom nyanyi lagu sufian sat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-3-2019 04:20 PM | Show all posts
seriously 10 thn ???

awat sikit sangat, kalau negara moslem lain mau kena pancong kepala.
akak harap banduan2 lain akan menjalankan tugas masing2 supaya 10 tahun itu dirasai cam 100 tahun ....selayaknyalah khenn
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2019 04:23 PM | Show all posts
kalaulah budak ni tahu boleh kena 10 tahun, entah2 dia akan kata baik aku sula pepek bini orang je. at least puas.
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2019 05:54 PM From the mobile phone | Show all posts
La ni dah canggih.. bukan ka hari tu PDRM beli software utk trace ip cyber crime ka apa.. katanya FBI pun guna ..
tak tau la, tor browser, lapis onion tu, software tu bleh penetrate ka dak.

Baguih gak la apek ni kena.. sejenis penduboq etis gak kot bak kata Charles Dera/Johhny Sins.. naik serabut perut dengan penghina agama ni..
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2019 07:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Padan muka.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:04 PM GMT+8 , Processed in 0.090868 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list