CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2986|Reply: 14

Sekarang rokok pun saya tak pandang - AR Badol

[Copy link]
Post time 10-3-2019 11:47 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengarah filem, AR Badul, mengakui serangan jantung yang dialaminya seakan-akan peringatan supaya tidak terlalu kuat bekerja hingga mampu menjejaskan kesihatan.

Kata Badul atau nama sebenarnya Armaya Aman Ramlie, 70, cinta mendalam terhadap bidang produksi sejak zaman muda ada kala membuatkannya leka bekerja hingga berbelas jam sehari.

“Walaupun agak jarang berlakon, saya masih aktif di belakang tabir, terutama mengarahkan animasi bersiri Mac & Ted yang kini memasuki musim ketiga.

“Bidang ini sudah sebati dengan diri, sampaikan saya tidak kisah menghabiskan masa di studio berjam-jam lamanya. Saya teruja untuk menyiapkan produk dan menunggu hasilnya.

“Apa pun, pada usia sekarang dan ditambah pula serangan penyakit jantung, ia menjadi peringatan untuk memperlahankan rentak serta menumpukan lebih perhatian kepada keluarga selain mempertingkatkan amalan,” katanya.

Badul yang ditemui di Institut Jantung Negara (IJN), baru-baru ini, menjalani prosedur kedua pemasangan stent, kali ini pada bahagian jantung kirinya.

Katanya, kedua-dua prosedur berjalan lancar, sekali gus membolehkannya kembali sihat dengan menjaga pemakanan dan mengamalkan gaya hidup lebih baik.

“Sebenarnya, sakit juga adalah amaran supaya kita berubah. Kalau sebelum ini, jika ditegur agar mengurangkan aktiviti merokok, memang saya abaikan sahaja.

“Sekarang, rokok pun saya tak pandang. Begitu juga dalam soal pemakanan, isteri sentiasa memantau dari semua sudut, termasuk jenis hidangan. Selain itu, saya juga kena buat senaman ringan.

“Paling penting adalah kesedaran sendiri. Alhamdulillah, saya seperti diberi peluang kedua untuk terus hidup di muka bumi Allah ini,” kata bapa kepada tujuh cahaya mata itu lagi.

Pada pertengahan bulan lalu, bintang veteran itu dimasukkan Unit Rawatan Koronori (CCU) IJN akibat serangan jantung, namun keadaannya semakin baik selepas pembedahan pemasangan stent.

Dua minggu kemudian, industri seni gempar apabila ada pihak menyebarkan berita palsu mengenai kematian Pengarah dan Pelakon Lelaki Terbaik, Festival Filem Malaysia Ke-8 itu




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-3-2019 12:19 PM | Show all posts
Badul ni boleh dikatakan mengalahkan pelawak2 zaman sekarang. lewat 70 dan awal 80an, dia banyak membintangi filem2 melayu antaranya, Pertunangan, Tuan Badul, Da Di Du, Panglima Badul, Si Badul, Penyamun Tarbus, Manis2 Sayang, Darah Staria, Pagar pagar Cinta dan macam lagi. Semua pelakon wanita yang berlakon dengan dia adalah kategori pelakon wanita tercantik pada waktu itu. Lejen betul lah badul.
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2019 01:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalaulah semua prokok kena.begini..
Mesti kedai makan dalam jarak 3m dah tak dak asap asap ni...aman aman saja jenjalan gi parkinh
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2019 04:43 PM | Show all posts
espri6006 replied at 10-3-2019 12:19 PM
Badul ni boleh dikatakan mengalahkan pelawak2 zaman sekarang. lewat 70 dan awal 80an, dia banyak mem ...

hero filem melayu..
i lep bang badul..
suka lakonan bang badul..


Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2019 04:44 PM | Show all posts
shernazz replied at 10-3-2019 01:18 PM
Kalaulah semua prokok kena.begini..
Mesti kedai makan dalam jarak 3m dah tak dak asap asap ni...ama ...

kann...ini bila buat peraturan camtu, dok troll macam2..

Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2019 05:31 PM From the mobile phone | Show all posts
kucingitam replied at 11-3-2019 04:44 PM
kann...ini bila buat peraturan camtu, dok troll macam2..

Tu la..kengkonon hak semua..
Ada merokok sambil pegang anak kecik..
Erm....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-3-2019 09:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Janji perokok nak brenti rokok ni susah nak percaya kecuali dah kena pasang spring dalam jantung ..baru la boleh percaya..ha ha
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2019 10:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Oklah umur sampai 70...tp the damage is done
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2019 10:17 AM | Show all posts
espri6006 replied at 10-3-2019 12:19 PM
Badul ni boleh dikatakan mengalahkan pelawak2 zaman sekarang. lewat 70 dan awal 80an, dia banyak mem ...

paling suka prebet lapok
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2019 10:23 AM | Show all posts
Moga baik2 aje Abg Badul
aku suka beliau ni sbb beliau jenis serius dgn kerja
bukan mcm pelawak skrg yg syok sndr
sndr buat lawak sndr gelak
pdhal haram tak lawak
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2019 10:29 AM | Show all posts

aku suka je dengan kebanyakkan filem2 yg beliau jadi hero@pelakon utama. Kalau jadi sekadar pelakon undangan atau pelakon pembantu tak berapa gemar sangat. Filem pertunangan dengan Maria Arshad - best. Filem prebet Lapok..bukan ada selingan seram ke..yg dia masuk rumah dalam hutan tu...he he..sorri dh lama tak tengok.
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2019 11:29 AM | Show all posts
espri6006 replied at 10-3-2019 12:19 PM
Badul ni boleh dikatakan mengalahkan pelawak2 zaman sekarang. lewat 70 dan awal 80an, dia banyak mem ...

so, walaupun rupa dia tidkalah hensem tp bakat lakonan sgt dipandang kan?

ape kata A.Aida si muke renovate?
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2019 11:38 AM From the mobile phone | Show all posts
espri6006 replied at 10-3-2019 12:19 PM
Badul ni boleh dikatakan mengalahkan pelawak2 zaman sekarang. lewat 70 dan awal 80an, dia banyak mem ...

Zaman 70an dia memang letupss.. Artis wanita berebut nak berlakon ngan dia leh dpt limelight
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2019 12:55 PM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 10-3-2019 01:18 PM
Kalaulah semua prokok kena.begini..
Mesti kedai makan dalam jarak 3m dah tak dak asap asap ni...ama ...

Hehehe...
Kalau setakat cakap memang senang la. Yang susahnya walk the talk. In short, susah nak caya kalau perokok tegar cakap dia berenti isap..

Yang keduanya, through my own experience, kebanyakan kawan2 perokok tegar ni umur sampai 70an masih segar bugar isap rokok. Kawan2 yg tak isap lak pendek umur atau sakit macam2. (Of course la, being a muslim, kita yakin ini semua sudah tertulis dalam suratannya).
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2019 02:37 PM From the mobile phone | Show all posts
bro_kr replied at 12-3-2019 12:55 PM
Hehehe...
Kalau setakat cakap memang senang la. Yang susahnya walk the talk. In short, susah nak ...

Maybe masa sakit depan kata insoff
Lepas sehat xjadi nak brenti..hehehee..

Ubat lain xmau..ubat nya yang jadi penyebab sakit tu yang mau...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 05:25 AM GMT+8 , Processed in 0.530275 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list