CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Remyda

[Dunia] Pesawat Penumpang Terhempas, 157 Dikhuatiri Terkorban

  [Copy link]
Post time 11-3-2019 01:37 PM From the mobile phone | Show all posts
anisania replied at 11-3-2019 01:28 PM
okay.. rasa lega sket bila baca komen ni. kat atas atas tu siap cakap MAS dah beli 15 buah..

Senang je nk kenal 738..
Kat hujung wingtip dia ade lentik..

Aku takde pic 738, tapi boleh tak gmbr ni jd penganti ...

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-3-2019 01:41 PM | Show all posts
drivethru replied at 11-3-2019 07:53 AM
Malindo B737 max, xde business class kan.

Malindo tak guna 737 max, dah pulang balik ke Lion Air.
Pesawat penerbangan tak selalunya stick to the type as per scheduled. Kadang tukar ikut keperluan atau availability.
Naik MAB pegi KCH misalnya, sepatutnya guna B737, tapi kadang kadang guna A330.




Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2019 02:02 PM From the mobile phone | Show all posts
737 max tu how? suami ku drive b738....beza ke?
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2019 02:06 PM | Show all posts
limesherbet replied at 11-3-2019 02:02 PM
737 max tu how? suami ku drive b738....beza ke?

B738 tu model lama sikit dari 737 Max 8. Die takde sistem MCAS yg baru letak dlm MAX series.
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2019 02:07 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 11-3-2019 11:43 AM
Sendu je kan tered bila ummah kulit hitam dunia ketiga yang mengalami musibah.

Kannn..  ce yg kena tuu us ka uk laa rusia.. harus sekor sekor ngrlupor
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2019 02:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Ngerinya baca news macam ni pagi hari
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-3-2019 02:16 PM | Show all posts
system_failure replied at 11-3-2019 09:22 AM
737 baru ni sbnrnya bagus sbb dia akan junamkan pesawat bila dia detect slow acceleration time takeo ...

That MCAS is designed to auto trim the nose down, ie to pitch down when the angle of attack high approaching stall, bukan pasal speed slow.
The Angle of Attack sensor yang commanded benda tu.


[size=14.399999618530273px]To counter the MAX’s lower stability margins at high AOA, Boeing introduced MCAS. Dependent on AOA value and rate, altitude (air density) and Mach (changed flow conditions) the MCAS, which is a software loop in the Flight Control computer, initiates a nose down trim above a threshold AOA.
[size=14.399999618530273px]It can be stopped by the Pilot counter-trimming on the Yoke or by him hitting the CUTOUT switches on the center pedestal. It’s not stopped by the Pilot pulling the Yoke, which for normal trim from the autopilot or runaway manual trim triggers trim hold sensors. This would negate why MCAS was implemented, the Pilot pulling so hard on the Yoke that the aircraft is flying close to stall.

Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2019 02:17 PM | Show all posts
takziah kepada family terlibat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-3-2019 02:22 PM | Show all posts
sedih bila dpt berita2 mcm ni.
takziah buat keluarga mangsa.
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2019 02:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Hahahahahaha, 911 all boeing, mh370, mh17 pun boeing...so steer clear from boeing...the same military Contractor that does the gps auto pilot for drones can easily dock the system on any boeing...this one is an accident perhaps...
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2019 03:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Buritan replied at 11-3-2019 02:07 PM
Kannn..  ce yg kena tuu us ka uk laa rusia.. harus sekor sekor ngrlupor

Sebab ummah depa pon takda viralkan gamba family mangsa meratap hiba, kat socmed pon seperti sendu jah takda komen2 pray for this pray for that. If ummah kokesen yang kena harus meratib hiba mintak simpati tayang sedeh kat ummah dunia di socmed terutamanya.
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2019 04:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziah.. aku sememangnye takut Naik flight Dr dlu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-3-2019 05:47 PM From the mobile phone | Show all posts
China gantung operasi pesawat Boeing 737-8
ISNIN, 11 MARCH 2019 @ 10:53 AM

Majlis penyerahan pesawat Boeing 737 Max 8 kepada Air China di Zhoushan, wilayah Zhejiang, China pada Disember tahun lalu. Foto Reuters
BEIJING: Pengawal selia penerbangan awam China mengarahkan syarikat penerbangan tempatan negara itu, supaya menggantung operasi komersial semua pesawat Boeing 737-8 mulai jam 6 petang (waktu tempatan) hari ini.

Arahan itu dikeluarkan sehari selepas insiden membabitkan pesawat 737 MAX 8 milik Ethiopian Airlines, yang mengorbankan semua penumpang dan anak kapalnya.

Pesawat milik Ethiopian Airlines itu adalah model sama yang terhempas ke dalam Laut Jawa, sebaik sahaja berlepas dari Jakarta pada 29 Oktober lalu.

Insiden membabitkan pesawat milik Lion Air itu mengorbankan kesemua 189 penumpang dan anak kapalnya.

“Memandangkan kedua-dua kemalangan membabitkan pesawat baru Boeing 737-8 dan ia berlaku ketika ia berlepas, mereka mungkin mempunyai beberapa persamaan,” kata Pentadbiran Penerbangan Awam China.

Katanya, langkah itu adalah sejajar dengan prinsip toleransi sifar yang menjadi amalan badan pengawal selia itu terhadap aspek keselamatan. - Reuters
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-3-2019 06:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Tragedi pesawat Ethiopian Arlines: Hilang sebutir permata...

11 Mar 2019

ADDIS ABABA - ETHIOPIA. "Kini kelibat Joanna tidak ada lagi di pusat-pusat kebajikan dan pusat haiwan".

Demikian kata-kata bapa buat anaknya juga mangsa tragis pesawat Boeing 737 milik penerbangan Ethiopian yang terhempas di Bishoftu, dari Addis Ababa ke Nairobi pagi semalam.

Joanna Toole, 36 tahun antara 19 kakitangan agensi berkaitan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang terkorban melibatkan jumlah keseluruhan seramai 157 penumpang.


Bapa Joanna, Adrian Toole berkata, anaknya itu aktif menyertai organisasi kebajikan haiwan antarabangsa selama 15 tahun kemudian kini bertugas di Pertubuhan Makanan dan Pertanian PBB.

Kehilangan anaknya cukup dirasai dan masih terkejut mendengar berita yang cukup mengemparkan itu.
"Dia seorang anak yang baik, lemah lembut, penyayang dan sering membantu orang dalam kesusahan.

"Tidak pernah dengan keburukan dia dari kenalan malah ketika kecil dia seorang anak mendengar kata," katanya.
Dalam pada itu dia cukup terkilan diatas pemergian anak kesayanganya itu kerana hasrat Joanna untuk berbakti kepada masyarakat dan haiwan tidak dapat diteruskan.

"Berita ini cukup pedih, 'perginya' secara mengejut. Tetapi saya bangga dengan pencapaiannya sepanjang dia hidup dapat membantu masyarakat," katanya.
Dalam pada itu, katanya, Joanna pergi ke Nairobi untuk bercuti bukan bertugas.

Sementara itu, Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres menzahirkan rasa simpati terhadap kehilangan nyawa susulan nahas terbabit. - The Guardian

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-3-2019 06:05 PM From the mobile phone | Show all posts
19 kakitangan PBB antara mangsa nahas Ethiopian Airlines

ISNIN, 11 MARCH 2019 @ 7:14 AM

Seorang lelaki membawa serpihan pesawat Boeing 737 milik Ethiopian Airlines yang terhempas berhampiran Bishoftu, iaitu bandar yang terletak kira-kira 60 kilometer di tenggara Addis Ababa, semalam. Foto AFP
NEW YORK (PBB): Sekurang-kurangnya 19 kakitangan agensi bersekutu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) disahkan antara mangsa nahas pesawat Ethiopian Airlines, berhampiran Addis Ababa, semalam.

Perkara itu diumumkan oleh ketua agensi penghijrahan PBB, semalam.

Terdahulu, pihak berkuasa berkata, kesemua 157 penumpang dan anak kapal pesawat Boeing 737 terkorban selepas berlepas dari Addis Ababa ketika dalam perjalanan ke Nairobi, iaitu lokasi persidangan anjuran PBB.

“Maklumat awal yang diperoleh menunjukkan 19 anggota pertubuhan berkaitan PBB terkorban dalam nahas itu.

“Selain itu, beberapa lagi kakitangan daripada sekurang-kurangnya lima pertubuhan PBB dan sekutunya juga dilaporkan turut terbunuh,” kata ketua Pertubuhan Antarabangsa bagi Penghijrahan (IOM), Antonio Vitorino.

Vitorino berkata, selain IOM, agensi terbabit adalah Program Makanan Dunia, Agensi Pelarian PBB, Bank Dunia dan Agensi Alam Sekitar PBB. - AFP
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-3-2019 06:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Seorang lelaki membawa serpihan pesawat Boeing 737 milik Ethiopian Airlines yang terhempas berhampiran Bishoftu, iaitu bandar yang terletak kira-kira 60 kilometer di tenggara Addis Ababa, semalam. Foto AFP

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-3-2019 06:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Pasukan penyelamat mengalihkan mayat dari lokasi pesawat Ethiopia Airlines terhempas berhampiran Bishoftu kira-kira 60km tenggara Addis Ababa, Ethiopia, semalam. (Gambar AFP)

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-3-2019 06:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Terselamat daripada maut gara-gara terlewat menaiki pesawat

11 Mar 2019

ATHENS - GREECE. Gara-gara tiba lewat dua minit untuk menaiki penerbangannya, seorang lelaki warga Greece terselamat daripada menjadi penumpang ke-150 yang maut susulan nahas pesawat Ethiopian Airlines, semalam.

Antonis Mavropoulos, Presiden Persatuan Sisa Pepejal Antarabangsa dijadual pergi ke Nairobi untuk menghadiri Perhimpunan Tahunan Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang bermula hari ini.

"Saya berasa marah kerana tiada sesiapa menolong saya untuk tiba di pintu berlepas tepat pada waktunya," tulis Mavropoulos di Facebook beserta kapsyen 'Hari Bertuah Saya' beserta gambar tiket penerbangannya.

Mavropoulos kemudian menempah tiket baharu namun dihalang daripada menaiki pesawat, sebaliknya dia dibawa ke balai polis di lapangan terbang terbabit dan diberitahu harus bersyukur kerana terselamat daripada maut.

Pihak berkuasa lapangan terbang menyoal siasatnya dan membuat pemeriksaan latar belakang kerana dia merupakan satu-satunya penumpang penerbangan ET 302 yang tidak menaiki pesawat malang itu.

Pesawat Boeing 737 dari Addis Ababa ke Nairobo yang membawa lapan anak kapal dan 149 penumpang daripada lebih 30 negara terhempas sejurus berlepas dari Lapangan Terbang Bole pada kira-kira jam 8:38 pagi waktu tempatan, kelmarin. - AFP
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-3-2019 06:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Ethiopian Airlines berkerjasama dengan Boeing siasat punca nahas

11 Mar 2019

ADDIS ABABA - ETHIOPIA. Parlimen Ethiopia hari ini mengisytiharkan Hari Berkabung Kebangsaan susulan nahas pesawat Boeing 737 milik Ethiopian Airlines yang mengorbankan nyawa kesemua 157 penumpangnya.

Menurut Ethiopian Airlines, ia akan bekerjasama dengan Boeing, pihak berkuasa penerbangan awam kebangsaan dan pakar antarabangsa bagi merungkai punca yang menyebabkan pesawat baharu terbabit terhempas sejurus berlepas.

"Sebuah jawatankuasa terdiri daripada Ethiopian Airlines, pihak berkuasa Penerbangan Awam Ethiopia dan pihak berkuasa Pengangkutan Ethiopia ditubuhkan bagi menjalankan siasatan.

"Setelah identiti mayat dikenal pasti, ia akan dihantar pulang ke pangkuan keluarga dan orang tersayang," menurut kenyataan Ethiopian Airlines.

Lembaga Keselamatan Pengangkutan Amerika Syarikat (AS) berkata ia akan menghantar penyiasat untuk membantu, manakala Kanada menghantar pegawai konsulat ke Addis Ababa bagi mengikuti perkembangan selanjutnya.




Petugas membuka kaunter khas untuk maklumat nahas pesawat Ethiopian Airlines di Lapangan Terbang Antarabangsa Jomo Kenyatta, semalam. - Foto AFP


Dalam kejadian awal pagi semalam, penerbangan ET 302 dari Addis Ababa menuju ke Nairobi, terjunam ke sebuah kawasan lapang berhampiran Kampung Tulu Fara, di bandar Bishoftu, kira-kira 60 kilometer, tenggara Addis Ababa, hanya selepas enam minit berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Bole, pada kira-kira jam 8:38 pagi waktu tempatan.
Beberapa saksi kejadian berkata, pesawat terbabit terbakar ketika ia terhempas.
"Pesawat berkenaan telah terbakar apabila ketika ia jatuh menjunam lalu meletup," kata Tegegn Dechasa sambil menambah lokasi nahas dipenuhi mayat, barangan penumpang serta beberapa bahagian pesawat yang berkecai.
Kesemua lapan anak kapal dan 149 penumpang dari 35 negara disahkan meninggal dunia. Antara mangsa yang terkorban terdiri daripada pelancong, ahli perniagaan dan juga petugas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) termasuk mereka yang terlibat dengan agensi berkaitan PBB seperti Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR) dan Program Makanan Sedunia serta Organisasi Migrasi Antarabangsa (IOM).
Kenyataan IOM menyebut, terdapat 19 petugas agensi berkaitan PBB yang turut menjadi korban nahas terbabit.Kebanyakkan mereka dijadual menghadiri perhimpunan tahunan Program Alam Sekitar PBB, yang bermula hari ini di Nairobi.
Di laman Twitter, Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres turut meluahkan rasa sedih di atas kehilangan nyawa susulan nahas terbabit.
Antara insan yang kehilangan orang tersayang dalam nahas pesawat Ethiopian Airlines itu termasuklah ahli Parlimen Slovak, Anton Hrnko.
"Dengan penuh rasa sedih saya mengumumkan kematian isteri tercinta, Blanka, anak lelaki saya, Martin dan anak perempuan, Michala dalam nahas Ethiopian Airlines," tulis Hrnko di laman Facebook.
Menurut syarikat penerbangan terbabit, Kenya mendahului senarai mangsa paling ramai terkorban dengan 32 orang, diikuti Kanada 18 orang, Ethiopia sembilan, manakala Itali, China dan AS masing-masing dengan lapan mangsa.
Britain dan Perancis dengan tujuh orang mangsa, Mesir, enam dan Jerman dengan lima mangsa, bagaimanapun jumlah pecahan tersebut belum dapat dimuktamadkan.
Tragedi yang berlaku mengundang simpati dan ucapan takziah daripada seluruh pelusuk dunia, antaranya Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau dan rakan sejawatnya dari Britain, Theresa May yang menyifatkan insiden tersebut sebagai amat dahsyat.
Ucapan takziah turut diterima daripada wakil Ethiopia, Kenya, Uganda, Jerman, Perancis dan AS.
Pesawat Boeing 737-800MAX yang terbabit dalam nahas awal pagi semalam, merupakan pesawat baharu yang dihantar kepada Ethiopian Airways pada 15 November lalu.
Ia juga merupakan model sama yang terhempas ketika tragedi Lion Air pada Oktober tahun lalu yang mengorbankan kesemua 189 penumpangnya.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Ethiopian Airlines,Tewolde GebreMariam berkata, pesawat berkenaan tiba dari Johannesburg awal pagi Ahad, berada selama tiga jam di Addis Ababa dan akhirnya dibenarkan berlepas tanpa sebarang masalah.
Ditanya jika juruterbang pesawat malang tersebut membuat panggilan kecemasan, GebreMariam berkata, juruterbang ada memaklumkan menghadapi masalah dan dia telah diberi kebenaran untuk berpatah balik. - AFP
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2019 06:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by awanearisu at 11-3-2019 06:50 PM

Ethiopian Airlines ini dari pembacaan kita memiliki reputasi antara yang terbaik di kalangan syarikat penerbangan benua Afrika dan selalu menjadi pilihan warga-warga asing. Pasti susah sedikit Boeing nak menuding jari kepada pemilik penerbangan.

Sebab itu kalau tengok senarai penumpang, hanya sebahagian kecil sahaja penumpang tempatan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 04:11 AM GMT+8 , Processed in 0.303845 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list