CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234
Return to list New
Author: Remyda

[Dunia] Pesawat Penumpang Terhempas, 157 Dikhuatiri Terkorban

  [Copy link]
Post time 11-3-2019 06:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by awanearisu at 11-3-2019 06:50 PM

Ethiopian Airlines ini dari pembacaan kita memiliki reputasi antara yang terbaik di kalangan syarikat penerbangan benua Afrika dan selalu menjadi pilihan warga-warga asing. Pasti susah sedikit Boeing nak menuding jari kepada pemilik penerbangan.

Sebab itu kalau tengok senarai penumpang, hanya sebahagian kecil sahaja penumpang tempatan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-3-2019 06:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Tiada Boeing 737 MAX digunakan dalam operasi MAS
ISNIN, 11 MARCH 2019 @ 5:36 PM

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines menegaskan ia tidak mempunyai sebarang pesawat Boeing 737 MAX yang digunakan dalam operasinya ketika ini.

Bagaimanapun, syarikat penerbangan nasional itu sudah meminta penjelasan daripada Boeing bagi mendapatkan butiran teknikal lanjut mengenai pesawat berkenaan susulan kejadian terhempas pesawat Boeing 737 MAX 8 milik Ethiopian Airlines semalam.

Malaysia Airlines meminta penjelasan teknikal lanjut itu memandangkan ia sudah membuat tempahan pesawat berkenaan yang dijangka menerimanya pada 2020.

“Malaysia Airlines tidak mempunyai apa-apa pesawat B737 MAX dalam barisan pesawat kami ketika ini. Masih terlalu awal untuk kami membuat sebarang komen kerana sebab kemalangan (pesawat jenis berkenaan terhempas) belum diketahui,” katanya sambil mengucapkan takziah kepada mangsa kejadian malang itu.

Ia berkata demikian bagi mengulas sama ada syarikat penerbangan nasional itu menggunakan pesawat berkenaan ketika ini dalam operasinya.

Pesawat Boeing 737 milik Ethiopian Airlines yang dalam penerbangan ke Nairobi, Kenya terhempas pada Ahad. Kejadian dilapor berlaku pada jam 8.44 pagi waktu tempatan sejurus selepas pesawat itu berlepas dari Addis Ababa dan dikatakan membawa 149 penumpang bersama lapan kru.

Pesawat Boeing 737 MAX 8 itu didakwa baru digunakan sekitar empat bulan lalu.

Pada 2016, Malaysia Airlines mengumumkan janji niaga dengan Boeing bagi membeli 50 pesawat Boeing 737 MAX.
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2019 07:02 PM From the mobile phone | Show all posts
kelana36 replied at 11-3-2019 01:41 PM
Malindo tak guna 737 max, dah pulang balik ke Lion Air.
Pesawat penerbangan tak selalunya stick t ...

Merasa lah naik mas a380 ke seoul n tokyo. Mase beli tiket tgk a330, tetiba tukar a380. Cuma belum kesempatan naik a350 mas.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-3-2019 07:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Habsyah isytihar berkabung untuk tragedi Ethiopian Airlines

ISNIN, 11 MARCH 2019 @ 11:02 AM

Sebahagian dari sisa bangkai pesawat Boeing 737 yang terhempas lalu meragut 157 nyawa berhampiran perkampungan Tulu Fara di luar pekan Bishoftu pada 10 Mac lalu. - Foto EPA
ADDIS ABABA : Upacara berkabung seluruh negara diadakan kerajaan Habsyah hari ini dan pada masa sama, meneruskan siasatan untuk mencari mayat serta petunjuk nahas pesawat Boeing yang meragut 157 nyawa.

Ethiopian Airlines dalam satu kenyataan berkata, mereka akan bekerjasama dengan Boeing, lembaga penerbangan awam dan pakar antarabangsa bagi mengenal pasti punca nahas pesawat berkenaan yang terhempas hanya enam minit selepas memulakan penerbangan.

Kesemua lapan kru dan 149 penumpang dari 35 negara terkorban apabila Penerbangan ET302 itu menjunam ke sebuah padang berhampiran perkampungan Tulu Fara di luar pekan Bishoftu, kira-kira 80 kilometer di tenggara Addis Ababa.

”Pesawat itu sudah terbakar apabila terhempas dan nahas berkenaan menyebabkan satu letupan besar.

“Kapal terbang berkenaan terbakar di bahagian belakang sejurus sebelum terhempas dan terhuyung-hayang,” kata saksi, Tegegn Dechasa sambil mengimbas situasi di lokasi kejadian yang dipenuhi barang milik mangsa, mayat dan serpihan pesawat.

Seorang petani tempatan, Sisay Gemechu berkata, pesawat terbabit dilihat seolah cuba mendarat di padang berdekatan namun terhempas sebelum sempat berbuat demikian.

Antara yang maut termasuk pelancong, ahli perniagaan dan petugas Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) termasuk pekerja Program Makanan Sedunia, Suruhanjaya Pelarian PBB (UNHCR) dan Pertubuhan Migrasi Antarabangsa (IOM).

Terdahulu IOM dalam satu kenyataan berkata, 19 petugas pertubuhan berkaitan PBB itu maut dalam tragedi terbabit.

Sebilangan besar mangsa dijadualkan menghadiri Program Alam Sekitar PBB yang bermula di Nairobi hari ini dan dijangka dihadiri 4,700 ketua negeri, menteri, ketua perniagaan, pegawai kanan PBB dan wakil komuniti awam. - AFP
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2019 12:49 PM From the mobile phone | Show all posts
ashcroft86 replied at 11-3-2019 02:06 PM
B738 tu model lama sikit dari 737 Max 8. Die takde sistem MCAS yg baru letak dlm MAX series.

ic...so tak sama la yeee??...
risau la pulak
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2019 01:20 PM | Show all posts
Singapore dan Australia dah tutup ruang udara depa utk kapal terbang jenis ni..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-3-2019 02:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Malaysia pun dah tutup air space utk 737max ni.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-3-2019 10:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Juruterbang lapor masalah kawalan pesawat - Jurucakap Ethiopian Airlines
Share

Tweet

Share
GORA-BOKKA: Juruterbang pesawat syarikat penerbangan Ethiopian Airlines yang terhempas sehingga mengorbankan 157 orang melaporkan masalah kawalan dalaman, syarikat itu, semalam.

Perkembangan itu berlaku, ketika Habsyah bersiap untuk menghantar kotak hitam pesawat terbabit ke Eropah dalam nahas udara yang menggegarkan industri penerbangan dunia.

Kemalangan yang masih tidak dapat dijelaskan itu berlaku, sebaik pelepasan, susulan nahas lain membabitkan pesawat sama Boeing 737 MAX di Indonesia, lima bulan lalu yang meragut 189 nyawa.


Walaupun tiada bukti kaitan antara dua nahas itu, bencana berkembar itu menakutkan penumpang sehingga banyak negara dunia menyekat penerbangan pesawat Boeing 737 MAX.

Jurucakap Ethiopia Airlines, Asrat Begashaw berkata, pihaknya masih tidak jelas mengenai apa yang berlaku, Ahad lalu, namun juruterbangnya melaporkan beberapa masalah kawasan berbanding faktor luaran seperti burung.

“Juruterbang melaporkan masalah kawalan penerbangan dan meminta kebenaran berpatah balik. Sebenarnya, beliau dibenarkan untuk berpatah balik,” katanya. - Reuters
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:43 AM GMT+8 , Processed in 0.075858 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list