CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13657|Reply: 120

Kalau tiada rupa menarik, jangan perasan nak jadi retis walaupun berbakat!

  [Copy link]
Post time 11-3-2019 12:19 AM | Show all posts |Read mode
Jangan buang masa kalau tiada rupa!



A.AIDA ketika sesi ujibakat DFKL 2019 di Sri Pentas, Bandar Utama. -Foto Nurul Syazana Rose Razman










“KALAU boleh tak nak beri harapan kepada orang tapi saya perlu berterus terang,” kata penerbit popular Datuk A Aida ketika diminta memberi komen mengenai peserta yang hadir pada sesi ujibakat Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2019, hari ini. “Ada seorang peserta yang datang untuk uji bakat setiap tahun sejak 5 tahun lalu tapi tiada pakej menarik.


“Nak diangkat jadi duta DFKL ini, memang sah-sah kami nak macam Remy Ishak, Syafiq Kyle dan sebab itu saya tidak mahu mereka yang tiada pakej lengkap terus berharap,” katanya. Beliau yang juga juri sesi uji bakat DFKL berkata, bakat boleh digilap tetapi rupa dan pakej penuh adalah perkara paling penting. Katanya, jika peserta berbakat tetapi tiada rupa, mungkin mereka boleh mencuba nasib dengan menyertai program pencarian bakat lain seperti Bintang Mencari Bintang (BMB).


“Nak cakap tak kacak tak sampai hati pula tapi nak beri mereka faham, sudah-sudahlah! Ada yang datang tiada rupa atau penampilan tetapi keyakinan sangat tinggi.“Sehinggakan saya tidak tahu bagaimana nak beritahu mereka supaya jangan buang masa datang ke uji bakat ini,” katanya.Beliau juga menegur peserta yang terlalu yakin dan berasakan sangat berkelayakan sebagai duta DFKL agar melihat rupa sendiri di cermin terlebih dulu.


Katanya, ada peserta yang ketawa apabila ditegur sebegitu dan memberi alasan akan terus berusaha.“Saya sampai sudah tiada jawapan nak diberikan. Bagi saya ‘move on’ sajalah sebab memang mereka ini tidak akan dapat. “Kadang kala saya pun pening nak cakap macam mana lagi waima nak tolak jadi pelakon ekstra pun tak lepas,” kata beliau lagi.


Beliau bagaimana pun tetap percaya DFKL adalah pentas terbaik untuk mencari bakat baru dalam bidang lakonan kerana setakat ini ada beberapa peserta yang hadir dengan pakej lengkap. Pada sesi uji bakat DFKL 2019 yang berlangsung di Sri Pentas, Bandar Utama selama dua hari sejak semalam, seramai 200 orang peserta hadir dari pelbagai latar belakang. Semalam, pengarah dan pelakon Erma Fatima yang turut menjadi juri DFKL 2019 mengakui hanya satu peratus saja yang memenuhi kriteria yang ditetapkan.


Seperti A Aida, Erma juga mahu mencari pelakon yang mampu menjadi pelapis kepada Remy Ishak dan Zul Ariffin namun, kebanyakan yang hadir tidak menepati piawaian.


sumber : hmetro




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-3-2019 12:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Savage sangatt explanation nekda punnn. Haha
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2019 12:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Ala ko pun tak lawa. Terlepas jugak jadi pelakon dulu
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2019 12:49 AM From the mobile phone | Show all posts
alahai.. acik ooooiii.. hang pon idok ler ada rupa pon.. cucuk jer lbih..
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2019 12:51 AM From the mobile phone | Show all posts
majulah industri kayukayan negara!
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2019 12:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Alahai cakap ngalahkan muke die bak bidadari . Malu yeee.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-3-2019 12:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Lahanatnya statement ngko Aida muka gelembung hoiiii. Mcmlah kau helok sgt. Yg penting, bakat. Setan. Danny De Vito tu, kemain hah rupa dia. Dgn pendek nya. Tetap jadi pelakon. Sbb berbakat.
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2019 01:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Alahai dangkalnya la makcik ni. Pastu hujung2 bising kenapa rakyat jelata tak sokong "industri" hiburan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-3-2019 01:08 AM | Show all posts
betul je apa yang dia cakap tu, korang nak butthurt sangat dah kenapa kalau pelakon semua berwajah sedih, korang pon tak nak tengok kan at least dia masih cakap secara berlapik yach. Market Malaysia memang lebih kepada pelakon yang ada rupa khuens...haa gitu!
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2019 01:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada sorang pelakon baru yg berlakon jadi ayah tunggal dalam iklan dutch lady yg baru. Mmm dap2 nyer... a.aida sila recruit pelakon tersebut sebab heols dap2
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2019 01:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Betul la tu. Baru ni tgk drama apa ntah pelakon pembantu kepam gelap gigi berterabur dlm hati aku camana boleh tlepas jd pelakon ni. X selera.
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2019 02:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Betui la dia kata tu.. ummah mlesya kn nk tgk yg lawa2 n sem2 ja.. raysharosros yg bole gagah tu pon org kutuk muka sendu ni plk lg sendu dr sendu
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2019 06:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Patutlah filem Melayu x maju2 sampai peringkat antarabangsa. ..lagu Melayu pun sama. ..

Aku sendiri pun tak.pernah teringin tengok filem atau drama Melayu 90an sampai sekarang. ..

Zaman PRAMLEE dulu tak kisah pun pasal rupa. .mat sentul. .aziz satar. .A samsudin. .Ibrahim pendek. .neng yatimah tu terkenal tanpa pilih rupa. ..
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2019 07:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tomaz at 11-3-2019 07:08 AM

Betul la apa dia ckp tu. Rengsa je tgk citer akasia cerita yg baru2 ni. Lepas tu ganti cerita lain pon sama jgk. Camna la boleh jd pelakon
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2019 07:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Kawan I pegi audition DFKL ni. Sheols lps next stage. Yg penting Ernisha dewi bra tu pun ada ok. Lps jgk wlpun kawan I ckp berlakon sedih xde bakat. Sbb appearance la kot yg lolos tu.
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2019 07:04 AM | Show all posts
Ruhanies please take note
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-3-2019 07:14 AM | Show all posts
sapa tu yang berlakon dengan mira filzah dalam teksi love tu? tu lagi aku xde selera dengan htam kepam..dengan gigi nak kuning ishh awat yang tu terlepas jd pelakon.sumpah geli sebab hitam dia berkerak n kelam
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2019 07:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Carcosa replied at 11-3-2019 12:57 AM
Lahanatnya statement ngko Aida muka gelembung hoiiii. Mcmlah kau helok sgt. Yg penting, bakat. Setan ...

Samuel l jackson muka nan hadoo. Elok ja dpt wtak mavel bgai.
Muka jmban bleh bkin tahu ndak
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2019 07:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau era pajira ...... ke .... sofia jane ke cakap mcm tu
Xdelah ramai rengsa
Ni dia .... paku dulang paku serpih gituuu
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2019 07:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Betul la tu nek cakap..tapi drama dia si raysa rizrose rupa ada rupa je tapi kayu jati..s
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 10:15 AM GMT+8 , Processed in 0.382255 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list