View: 4492|Reply: 23
|
Konsert 'reunion' Exist satukan Mamat, Ezad
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR: Impian peminat untuk melihat kehebatan dua vokalis Exist, Mamat dan Ezad Lazim berentap di pentas bakal menjadi kenyataan, tidak lama lagi.
Pemain keyboard kumpulan itu yang juga komposer dan penyanyi, Ajai, 43, berkata pertemuan dengan anggota asal Exist, bulan lalu membuahkan hasil positif apabila mereka bersedia untuk bergabung semula dalam konsert.
Ajai berkata, idea menggabungkan dua vokalis itu tercetus selepas mengambil kira pandangan peminat yang mahukan semua anggota Exist, termasuk Mamat dan Ezad beraksi bersama di pentas yang sama.
“Alhamdulillah, atas perbincangan bersama, konsert ini akan direalisasikan selepas hampir 25 tahun kami tidak bergabung.
“Tidak mudah untuk menyatukan semua, terutama Mamat yang sudah menyepikan diri. Alhamdulillah, selepas berbincang, dia sudi kembali untuk konsert ini,” katanya.
Ajai yang ditemui pada majlis santai bersama media sempena pelancaran single dan muzik video, Buku Putih SR feat Ajai, baru-baru ini berkata, mereka akan terlebih dulu beraksi dalam sebuah majlis anugerah, bulan depan.
Kumpulan yang ditubuhkan pada 1989 itu seterusnya akan membuat persembahan sempena konsert reunion di Angkasapuri, RTM, disusuli Esplanade, Singapura.
Ajai berkata, dia turut menghasilkan sebuah lagu duet yang menampilkan Mamat dan Ezad, khusus untuk menghangatkan lagi konsert itu.
“Kami masih menunggu Shah selesai dengan projek Slam untuk memulakan sesi latihan. Saya pujuk Mamat, tahun lalu dan ingatkan dia sudah tidak berminat menyertai projek ini.
“Ini bukan konsert Exist kembali semula dalam industri muzik, sebaliknya lebih kepada projek khas bagi mengembalikan kenangan bersama peminat.
“Selepas lebih dua dekad, lagu Exist masih relevan dan ramai mengharapkan untuk melihat kami kembali bersatu dalam sebuah persembahan.
“Ramai yang menjangkakan sesuatu yang menarik akan berlaku dalam konsert ini, terutama dari segi pemilihan lagu, muzik dan paduan suara dua vokalis ini,” katanya.
Exist yang turut dianggotai Ujang, Along, Musa dan Shah popular dengan lagu seperti Rahsia Pohon Cemara, Untukmu Ibu, Alasanmu, Jesnita dan Mengintai Dari Tirai Kamar.
|
|
|
|
|
|
|
|
harap ade gak wat kat jb ni..aku minat kat si ezad lazim ni..huhu |
|
|
|
|
|
|
|
waa kena pi tengok ni..exists kot |
|
|
|
|
|
|
|
The only concert by malaysian artist yang iols ada keinginan nak pergi setakat ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
yang kiri sekali tu kan muka dia macam syah slam
|
|
|
|
|
|
|
|
memang shah slam... sebelum slam kan dia ahli exists... xsilap dia main solo masa lagu oh ibu...
|
|
|
|
|
|
|
|
yer..shah slam..album pertama jer dia ada..lepas recording album pertama exist terus dia keluar,so takde nampak muka dia kat mana2 persembahan exist sejak album pertama
|
|
|
|
|
|
|
|
OMG! Exist banyak gila lagu2 best.. senang nak sing along.. |
|
|
|
|
|
|
|
lagu JESNITA legend sgtttttttttttttt |
|
|
|
|
|
|
|
“Kami masih menunggu Shah selesai dengan projek Slam untuk memulakan sesi latihan.
apa projek shah dengan slam? takda dengar bunyi pun.
btw lagu2 exist iols pun suka, memang popular kat indo & sg juga. org indo suka betul lagu alasanmu |
|
|
|
|
|
|
|
suara ezad ,suara kaset....
suara mamat skrg ni biashe biashe je...tak selunak sblom akil baligh..
joey xjoin skali? |
|
|
|
|
|
|
|
yeay tak sabar
|
|
|
|
|
|
|
|
lagu ALASAN MU...best
menggamit memori
|
|
|
|
|
|
|
|
joey husband watie elite ke, mcm mencemarkan je klu join
|
|
|
|
|
|
|
|
yup...kata reunion..
ataupun heshe taraf penyanyi jemputan exist je sblom ni..
|
|
|
|
|
|
|
|
sama! rasa nak sangat2 pergi sebab mengenang zaman muda yang tak muda sangat pun. Tp mmg excited sangat bila tahu diorg buat konsert
Tapi tak suka Joey.
|
|
|
|
|
|
|
|
bestnya la hai...dulu ms zaman exist ni..lagu mamat mmg menyengat...wakakak pasang mini kompo..menjerit2 hahahahah lawak tul |
|
|
|
|
|
|
|
hahahah mini kompo ya.. nmpk nau uols ni bebaya iols zmn dolu-dolu.
|
|
|
|
|
|
|
|
hahahah dah tentu kita sebaya mamat exist tu..bestnya lagu pohon cemara...dulu ms ada mak dgr lagu oh ibu tak de sedih sngt..sekali bila mak dah tak de..langsung tak leh dgr lagu tu
|
|
|
|
|
|
|
| |
|