CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3940|Reply: 0

Liverpool Mempunyai Peluang Untuk Menjuarai Liga Perdana Inggeris EPL...

[Copy link]
Post time 12-3-2019 11:24 AM | Show all posts |Read mode

Foto: Carian internet


Liverpool mempunyai peluang untuk menjuarai Liga Perdana Inggeris EPL setelah menewaskan Burnley 4-2 di stadium keramat Liverpool Anfield dan sekali gus membawa 3 mata untuk mengejar pendahulu liga Manchester City.

Pada minit ke-6 pemain tengah Burnley Ashley Wood menjaringkan gol pertama hasil sepakan penjuru.


Pada minit ke-7 penjaga gol Liverpool Alisson Becker dilayangkan kad kuning kerana tidak puas hati dengan keputusan pengadil tidak memberi foul kepada pemain-pemain Burnley yang mengasak beliau.


Pada minit ke-19 penyerang Liverpool Roberto Firmino menjaringkan gol 1-1 apabila penjaga gol Burnley Tom Heaton dan pertahanan Burnley James Tarkowski melakukan kesilapan.


Pada minit ke-29 Liverpool membuat kemunculan semula apabila penyerang kiri Liverpool Sadio Mane manjaringkan gol ke 2 Liverpool dengan keputusan 2-1.


Pada minit ke-67 Firmino menjaringkan gol ke 3 Liverpool apabila Heaton membuat kesilapan menghantar bola terus kepada penyerang kanan Liverpool Mohamed Salah dan malangnya Salah terjatuh tetapi penyerang Brazil itu menyelamatkan keadaan dan menjaringkan ke 2 beliau.


Pada minit ke-71 pemain tengah Liverpool Fabinho dilayangkan kad kuning apabila menangani slaid cuai.


Pada minit ke-90+1 pemain gantian Burnley Johann Berg Guemundsson menjaringkan gol ke 2 Burnley dengan bantuan gol Matej Vydra.


Pada minit ke-90+3 Mane menjaringkan gol ke 2 dengan bantuan gol Daniel Sturridge dengan keputusan 4-2.


Liverpool masih belum tewas di Anfield dalam pertandingan EPL sejak musim 2017/18.- CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 05:46 PM GMT+8 , Processed in 0.469919 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list