CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Remyda

[Tempatan] [Update] Bencana Kim Kim : Media Diarah Keluar Dari Pusat Kawalan Operasi Bencan

  [Copy link]
 Author| Post time 14-3-2019 02:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Lintas langsung kerja-kerja pembersihan dari lokasi pembuangan sisa kimia di Sungai Kim Kim yang menyebabkan pencemaran udara di Pasir Gudang

Lapor Mojos Sinar Harian : Masturah Suradi


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2019 03:05 PM | Show all posts
ninja boy replied at 14-3-2019 02:19 PM
teruk disaster macam fukusima cernobel gayanya
yg kawasan berdekatan kasi pindah rumah kawan2 sauda ...

Macam minamata disease..pencemaran kimia


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-3-2019 03:29 PM From the mobile phone | Show all posts
namieamuro replied at 13-3-2019 01:11 PM
hanat btl yg buang sisa kimia merate..kau xde sop tersendiri ke mane nk buang..mohon saman tutop kil ...

Cara mudah depa nak cut cost. Nak buat ikut procedure memang costing. Banyak pengilang buat lagu ni ja.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-3-2019 03:33 PM From the mobile phone | Show all posts
chippotato replied at 13-3-2019 03:00 PM
Dengar2 kat pusat bencana tu oksigen tak cukup.. Hari ni banyak sekolah2 di kawasan scientex seri al ...

Ya memang tak cukup. Pihak hospital & bomba memang ulang alik duk angkut tong oksigen

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-3-2019 03:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Pencemaran kimia: Bertungkus lumus bantu mangsa

14 Mar 2019

SHAFIQ TINO
PASIR GUDANG - Disebalik suasana panik ekoran pencemaran kimia yang berlaku di sini sejak Khamis lalu, turut tersemat satu kemanisan iaitu semangat kerjasama antara masyarakat.

Suasana itu dapat disaksikan di pusat gerakan operasi Taman Pasir Putih yang melibatkan pelbagai agensi dan pasukan keselamatan sedang bertungkus lumus membantu mangsa terjejas akibat insiden itu.

Tinjauan Sinar Harian di lokasi berkenaan turut mendapati terdapat sejumlah besar sukarelawan daripada pelbagai persatuan dan badan yang turun padang menaburkan bakti.

Sukarelawan, Adzuan Ahmad, 47, berkata, dia mengambil inisiatif sendiri untuk mengagihkan topeng muka kepada mereka yang berkunjung ke tersebut.

"Saya mendapat maklumat berhubung insiden ini menerusi media sosial, jadi sementara sedang cuti ini saya berfikir mahu bantu dan memberikan khidmat seberapa banyak yang boleh.

"Jadi antara yang saya lakukan adalah membeli empat kotak topeng muka untuk diagih-agihkan kepada sesiapa sahaja yang berada di sini dan tidak mempunyai topeng muka," katanya ketika ditemui.

Sementara itu, seorang aktivis masyarakat, Jamaluddin Abd Malik, 41, memberitahu, dia telah mula membantu mengagihkan makanan dan minuman di dewan berkenaan sejak hari pertama kejadian.

"Sumbangan makanan dan minuman khususnya tidak putus-putus diterima daripada pelbagai pihak, termasuklah agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan, syarikat swasta dan juga individu persendirian.

"Makanan dan minuman ini kesemuanya diagihkan kepada mereka yang berkunjung ke sini, sama ada mangsa, ibu bapa pelajar, petugas dan juga pihak media," katanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-3-2019 03:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Remyda at 14-3-2019 03:50 PM

[VIDEO] :  Respon dari Menteri Besar, Osman Sapian berhubung pembuangan sisa toksik di Sungai Kim Kim.

Wartawan tanya, apakah ini worst case ?

MB jawab, "Worst tak worst sangat, tiada lagi kematian, hanya muntah-muntah tidak kritikal."


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-3-2019 03:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Worst tak worst sgt..omg sampai ada yg masuk icu tu..kalau anak ke cucu ko kena baru ada empati agaknya.
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2019 03:46 PM | Show all posts
Selagi takde kematian ..memang tak pindah laa jawabnya.Pandai2 protect diri sendiri.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2019 03:57 PM | Show all posts
worst x worst lagi? patut ler selow ambik tindakan
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2019 04:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Remyda replied at 14-3-2019 03:41 PM
[VIDEO] :  Respon dari Menteri Besar, Osman Sapian berhubung pembuangan sisa toksik di Sungai Kim Ki ...

blh lg sengih2 puak2 ni. baik ganti dgn babi je puak2 ni. takde la panas hati sgt kalau tengok babi yg kena interview & bg respon mcm tu

Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2019 04:17 PM From the mobile phone | Show all posts
apela nk diharap dgn org fake degree..worst tak worst sgt katenye..knp mesti sume hal nk kene ade kematian, bru nk pandang seserius mungkin
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-3-2019 04:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Pencemaran Pasir Gudang: Syarikat Korea Selatan hulur bantuan

KHAMIS, 14 MARCH 2019 @ 2:54 PM

KUALA LUMPUR: Syarikat bahan kimia Korea Selatan, Lotte Chemical Titan Holding Sdn Bhd menyalurkan bantuan serta kepakaran bagi membantu usaha menangani kejadian pembuangan toksik di Pasir Gudang, Johor.

Presidennya, Lee Dong-woo, berkata sekurang-kurangnya 20 kakitangan syarikat itu telah dihantar bagi membantu usaha terbabit.

“Kami amat sedih dengan kejadian pembuangan bahan kimia di Johor dan telah menghantar bantuan ke sekolah serta kediaman di kawasan itu,” katanya di luar Forum Perniagaan Malaysia-Korea di sini, hari ini.

Beliau berkata, Lotte Chemical Titan yang berpengalaman luas menangani kejadian membabitkan bahan kimia, juga sedia membantu usaha pembersihan selepas jenis bahan kimia terbabit dapat dikenal pasti.

“Pada masa ini, kami telah membantu membersihkan sekolah yang terjejas akibat pencemaran itu. Selain kakitangan, kami turut menghantar kemudahan ambulans dan peralatan ke kawasan terbabit,” katanya. - BERNAMA
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-3-2019 04:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Info tambahan : lotte chemical titan tu di area sana juga. Bukan import dari korea. Pasainya depa pun terkesan. Kalau tiba tiba isytihar darurat, production apa suma tak jalan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-3-2019 04:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Acrylonitrile boleh sebabkan keracunan sianida, risiko kanser paru-paru, prostat

KHAMIS, 14 MARCH 2019 @ 2:48 PM

PENDUDUK di sekitar Taman Pasir Putih mendapatkan rawatan selepas mengalami sesak nafas, pening dan loya di bilik gerakan di Dewan Komuniti Taman Pasir Putih, Pasir Gudang. - NSTP/Mohd Sabran Md Sani
KUALA LUMPUR: Bahan kimia acrylonitrile yang dikesan antara lapan sebatian kimia berbahaya yang disahkan dibuang di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, Johor, boleh menyebabkan keracunan sianida.

Malah, pendedahan berterusan dalam tempoh lama boleh meningkatkan risiko kanser paru-paru dan prostat.

Pensyarah Kanan Fakulti Sains Gunaan, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Dr Che Puteh Osman, berkata penemuan bahan kimia itu merisaukan kerana ia memberi kesan buruk kepada manusia.

Beliau yang juga penyelidik dan banyak menulis untuk mendidik dan menangkis isu mitos kesihatan di Facebook dengan nama Ini Sains Beb, berkata acrylonitrile adalah sejenis sebatian kimia yang mempunyai fungsi nitrile CN dengan ikatan berganda tiga.

Katanya, bahan itu menjadi bahan yang digunakan dalam industri pembuatan plastik seperti getah sintetik.

“Dalam banyak bahan kimia yang disenaraikan, yang paling merisaukan adalah acrylonitrile. Apabila kita terdedah kepada acrylonitrile, badan kita akan menukar sebahagian acrylonitrile kepada sianida.

“Kepekatan yang tinggi menyebabkan keracunan sianida. Sianida merencat beberapa enzim, menyebabkan pengasfiksian (sesak nafas) selular.

“Kesan toksik yang tidak berkaitan pembentukan sianida adalah disebabkan pembentukan kumpulan vinil yang reaktif dan perantara epoksida dan berisiko menyebabkan kerosakan hati,” katanya kepada BH, di sini, hari ini.

Dr Che Puteh berkata, acrylonitrile adalah cecair berwarna jernih dan kekuningan dengan bau sangat kuat seakan-akan bawang atau bawang putih.

Katanya, bahan itu adalah cecair mudah meruap dan mempunyai takat didih pada suhu 77 darjah Celsius.

“Pendedahan melebihi 85 ppm boleh membahayakan nyawa. Antara kesan daripada pendedahan acrylonitrile adalah pening kepala, muntah, hilang keupayaan berfikir, susah bernafas, lemah anggota badan, kulit berubah biru (sianosis), sawan, lepuh pada kulit, mata kemerahan dan pengsan.

“Pendedahan tinggi menyebabkan kesan toksik akut, antaranya kecederaan hati akut, iritasi mukosa saluran pernafasan dan keracunan sianida,” katanya.

Dr Che Puteh berkata, dalam makanan seperti kacang badam, ubi kayu dan biji aprikot mengandungi sebatian kimia dengan fungsi nitrile, badan manusia menukarkannya kepada sianida tetapi tidak menjejaskan kesihatan kerana dos yang rendah tidak akan membahayakan manusia.

“Bahan kimia ini menjadi kawan pada kepekatan rendah dan menjadi lawan pada kepekatan yang tinggi. Bahan kimia adalah kawan kita dan ia selamat kalau kita tahu memanipulasinya mengikut pengetahuan yang betul,” katanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-3-2019 04:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Info Darurat Bencana
Share

Tweet

Share
KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Arif Md Yusof bersetuju dengan usul untuk membahaskan pengisytiharan darurat di Pasir Gudang 4.30 petang ini.

Sejak punca pencemaran dikesan di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang Khamis minggu lalu hingga malam tadi, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata 937 kanak-kanak dan dewasa mendapat rawatan di hospital dan klinik kesihatan.

Berikut maklumat mengenai darurat bencana:


Darurat Bencana berbeza dengan Darurat Keselamatan yang hanya boleh disytiharkan oleh Yang di-Pertuan Agong mengikut peruntukan dalam Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan

Darurat Bencana dibuat secara pentadbiran dan eksekutif mengikut Perkara 25 Arahan No 20 Dasar dan Mekanisme Pengurusan Bencana Negara Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Perdana Menteri sebagai ketua kerajaan, boleh membuat pengumuman Darurat Bencana selepas menerima nasihat MKN.

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bertanggungjawab menyelaras pengurusan bencana negara dan bertanggungjawab membentuk serta memastikan segala dasar dan mekanisme pengurusan dipatuhi dan dilaksanakan pada setiap peringkat.

Jika Darurat Bencana dikuat kuasa, semua premis awam serta swasta termasuk kilang, ladang dan kawasan pembinaan akan ditutup.

Arahan penutupan itu tidak termasuk perkhidmatan air, elektrik, kesihatan, keselamatan, komunikasi, pengangkutan, kewangan serta pembekal bahan bakar.

Pengurusan Bencana hendaklah dikendalikan berasaskan tiga peringkat pengurusan:

* Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat

* Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri

* Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah

Negara ini pernah mengisytiharkan Darurat Bencana:

* Jerebu Sarawak 1997 (Indeks Pencemaran Udara lebih 600)

* Jerebu Pelabuhan Klang 2005 (Indeks Pencemaran Udara lebih 500)

* Jerebu Muar dan Ledang 2013 (Indeks Pencemaran Udara lebih 750)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-3-2019 04:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Mesyuarat Kabinet esok tentukan perintah darurat
KHAMIS, 14 MARCH 2019 @ 2:13 PM

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad ketika sidang media pada Persidangan Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Kabinet esok akan membuat keputusan sama ada pengisytiharan darurat diperlukan atau tidak susulan pencemaran bahan kimia beracun yang dikesan Sungai Kim Kim di Pasir Gudang, Johor.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata apa juga keputusan terkini berkaitan perintah darurat itu akan diketahui esok.

Katanya, mesyuarat Kabinet akan meneliti dari semua aspek termasuk hal berkaitan keselamatan penduduk dan hospitaliti.

"Kita akan membuat satu perbincangan dalam Kabinet... teliti akan usul mengenai pengisytiharan darurat itu.

"Itu tidak payah dibincangkan lagi ketika ini sebab ia akan dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet esok," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2019 04:49 PM | Show all posts
otai_g replied at 14-3-2019 08:09 AM
kete parking x ltk kupon kjp je blh saman. Ni kilang haram skit punya bsr operasi berbulan2 x blh nk ...

setuju!!!setuju!!!setuju!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-3-2019 04:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Kerajaan Johor lambat bertindak
KHAMIS, 14 MARCH 2019 @ 1:46 PM

Presiden iGuru, Mohd Azizee Hasan.

Keadaan Sungai Kim Kim, Pasir Gudang yang dipenuhi tompokan hitam sisa bahan kimia. - NSTP/Mohd Azren Jamaludin
KUALA LUMPUR: Ikatan Guru-Guru Muslim (iGuru) kesal dengan tindakan kerajaan Johor yang lambat bertindak menangani kes pembuangan sisa kimia sehingga memberi kesan buruk kepada lebih 500 murid di 20 sekolah.

Presidennya, Mohd Azizee Hasan, berkata pihaknya menggesa kerajaan negeri mengambil tindakan segera terhadap pesalah yang mendalangi insiden berkenaan.

Beliau berkata, kegagalan mengambil tindakan yang cepat dikhuatiri boleh menjejaskan lagi kesihatan dan keselamatan murid.

“iGuru kesal atas kelawatan tindakan dalam menangani kes ini kerana ia akan memberi kesan kesihatan dan keselamatan nyawa kepada murid-murid.

“Setakat ini, terdapat lebih 500 murid mendapat rawatan di hospital dan 111 sekolah ditutup operasi akibat pembuangan sisa-sisa kimia.

“Justeru, iGuru berharap pihak kerajaan mengambil tindakan segera untuk menghukum pesalah dan mengutamakan keselamatan murid-murid,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, semua pihak memberi kerjasama penuh kepada agensi kerajaan dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dalam usaha mengekang penyebaran maklumat tidak sahih mengenai insiden itu.

Katanya, langkah terbaik ialah merujuk pihak berkuasa untuk mendapatkan berita atau maklumat yang sahih sebelum menularkan di media sosial.

“Semua pihak membabitkan agensi kerajaan, pihak sekolah, PIBG dan ibu bapa perlu bekerjasama untuk menangani isu ini.

“Dapatkan nasihat dan pandangan daripada pihak berkaitan serta tidak menularkan maklumat yang palsu,” katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2019 04:55 PM | Show all posts
TravellingBear replied at 14-3-2019 11:49 AM
Doktor pakar le paling banyak beli rumah kat pasir gudang . Sbb rumah situ value for money berband ...

tau xpe..mostly rmai beli kat area scientex n taman bukit dahlia dpan Darul Hannan tu..tapi rega uma tetap rega yahudi alasan tempat jauh dari kawasan kilang..benyai!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-3-2019 04:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Ikuti Siaran langsung dari Dewan Rakyat yang membahaskan usul tergempar mengenai bencana pembuangan sisa kimia di Sungai Kim Kim


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 05:33 AM GMT+8 , Processed in 0.323757 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list