CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Remyda

[Tempatan] [Update] Bencana Kim Kim : Media Diarah Keluar Dari Pusat Kawalan Operasi Bencan

  [Copy link]
Post time 12-3-2019 06:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Remyda replied at 12-3-2019 06:00 PM
Luahan dari seorang guru

Pray for us again...

PPD tak bertanggungjawab langsung.. Hari Ahad haritu kan ada announcement sekolah ditutup, tapi dikerahnya cikgu2 datang bersihkan sekolah.. Apa ingat cikgu2 tu bukan manusia ke? Geram sungguh baca luahan hati cikgu2 ni.. Ada satu post cikgu tu bgtahu.. Taklimat dri bomba kata mereka akan  lepas tangan klau ppd berkeras juga suh buka sekolah sbb keadaan udara belum betul2 clear..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-3-2019 08:38 PM From the mobile phone | Show all posts
SMK Kota Masai pula tercemar

12 Mar 2019

RAZIATUL HANUM A.RAJAK
PASIR GUDANG - Pelajar dan guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kota Masai dipercayai menjadi mangsa terbaharu kes pencemaran bahan kimia di Sungai Kim Kim, dekat sini.

Tinjauan Sinar Harian mendapati kenderaan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dan ambulans keluar masuk sekolah berkenaan.

Difahamkan seorang guru mata pelajaran Sejarah antara mangsa yang menunjukkan simptom seperti mangsa dari empat buah sekolah sebelum ini.

Menurut salah seorang pelajar yang enggan dikenali, sinki tandas pelajar lelaki dipenuhi muntah.

"Baru saja jadi petang ini. Ada cikgu pengsan mungkin dah dihantar ke hospital. Dalam sinki tandas lelaki penuh muntah.

"Ramai juga kawan-kawan kami yang dibawa naik ambulans. Rasanya dihantar ke hospital," katanya kepada Sinar Harian.

SMK Kota Masai terletak lebih 7km dari Sungai Kim Kim yang tercemar dengan bahan kimia berjadual yang dikesan sejak 7 Mac lalu.

Namun setakat ini tiada pengesahan kejadian terbaharu itu daripada pihak berkuasa dan difahamkan kenyataan berkaitan kejadian hari ini akan dikeluarkan segera.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2019 10:14 PM | Show all posts
bayangkan mcm mana kalo senjata kimia digunakan, patut la diharamkan
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2019 10:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga company yg buang bahan toksik ni dapat ditangkap dan dihukum sewajarnya.

Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2019 10:37 PM From the mobile phone | Show all posts
haruslah replied at 12-3-2019 03:26 PM
xkan dpd aritu xde kena tangkap
siap boleh buang lagi lak tu

Kann..siap sempat buang lagi n sbbkan gelombang kedua pulak...isk
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2019 11:34 PM From the mobile phone | Show all posts
pumpkingirl replied at 12-3-2019 10:37 PM
Kann..siap sempat buang lagi n sbbkan gelombang kedua pulak...isk

Kejamnya. Nak kerja sng je masing2. Kenapa la anak bini diorg tak kena sekali
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 12-3-2019 11:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2019 11:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Company ape? Kat mana?
Ramai nk suai kenal.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-3-2019 11:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya Allah..lindungi kami dan anak-anak
Mohd Sabran Md Sani

Solat hajat diadakan di Masjid An-Nur Pasir Gudang, Johor, malam ini, susulan kejadian pencemaran gas metana. FOTO Ihsan PPD Pasir Gudang.
KIRA-kira 300 guru dan ibu bapa 16 sekolah yang terjejas akibat pencemaran gas kimia di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, menyertai Majlis Solat Perdana, Bacaan Yasin dan Doa Selamat di Masjid An-Nur Pasir Gudang, Johor, malam ini.

Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Pra Sekolah/Permata Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pasir Gudang, Hamdan Abdul berkata, program solat hajat diimamkan Alfadhil Imam Mahadhir Abdan bagi memohon pertolongan daripada Allah SWT supaya dijauhkan daripada bencana.

“Tujuan utama solat hajat perdana ini untuk sama-sama memohon kepada Ilahi supaya dihindari daripada perkara-perkara tidak diingini termasuk keselamatan warga sekolah dan orang ramai daripada kejadian itu (keracunan gas metana),” katanya ketika dihubungi hari ini.

Program solat hajat perdana itu anjuran PPD Pasir Gudang, Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).

Hadir sama pada majlis itu, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan negeri, Aminolhuda Hassan, Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Noh Gadut, Kadi Besar Johor, Anuar Sarimin dan Kadi Daerah Johor Bahru, Ustaz Zulkifli Mohamad.

Katanya, 16 sekolah terbabit menghantar 10 wakil termasuk guru, ibu bapa dan masyarakat setempat.

Antara guru yang menyertai solat hajat dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Pasir Putih, SMK Tanjung Puteri Resort, SMK Kota Masai, SMK Kota Masai 2, SMK Pasir Gudang 1, SMK Pasir Gudang 2 dan SMK Pasir Gudang 3.

Turut serta, guru dari Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Pasir Putih, SK Kota Masai, SK Kota Masai 2, SK Taman Cendana, SK Taman Bukit Dahlia, SK Pasir Gudang 1, 2, 3 dan 4.

Menurutnya, di peringkat sekolah juga sudah melaksanakan majlis solat hajat dianjurkan sekolah masing-masing.

“Bagaimanapun pada kali ini, program dianjurkan secara besar-besaran selepas enam hari pencemaran gas kimia di Sungai Kim Kim berlaku,” katanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-3-2019 11:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Solat hajat diadakan di Masjid An-Nur Pasir Gudang, Johor, malam ini, susulan kejadian pencemaran gas metana. FOTO Ihsan PPD Pasir Gudang.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-3-2019 11:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Menurut info, sekarang tinggal operasi pembersihan. Tetapi menghadapi kesulitan akibat tiupan angin & juga toxic sudah mngalir ke merata tempat. Memang jadi makin merebak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-3-2019 12:05 AM From the mobile phone | Show all posts
13 sekolah di tutup


TIDAK mahu memperjudikan nyawa lebih 10,000 pelajar, kerajaan negeri Johor memutuskan 13 sekolah terjejas akibat pembuangan sisa toksik di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, ditutup sementara bermula esok hingga keadaan selamat.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian Johor, Dr Sahruddin Jamal berkata, keputusan itu dibuat menerusi persetujuan dicapai Mesyuarat Pengaktifan Jawatankuasa Kerja, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri.

“Mesyuarat bersetuju supaya Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Johor dan Jabatan Pendidikan Agama Negeri Johor menutup 13 sekolah sehingga tarikh ditetapkan.

“Sekolah akan ditutup mulai 13 Mac 2019 (esok) adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Pasir Putih, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Pasir Putih, SK Pasir Putih, SK Tanjung Puteri Resort, SMK Tanjung Puteri Resort, SK Kota Masai 2, SMK Kota Masai 2 dan SK Kota Masai 3.

“Turut ditutup SMK Kota Masai, SK Kota Masai, SK Perigi Acheh, Sekolah Agama Kampung Pasir Putih dan Sekolah Agama Taman Pasir Putih," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dr Sahruddin berkata, kerajaan negeri melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri mengaktifkan Jawatankuasa Kerja bagi menangani kejadian pembuangan sisa bahan kimia di Sungai Kim Kim.

Beliau berkata, tujuan pengaktifan jawatankuasa kerja itu adalah untuk menyelaras dan memantau kejadian tumpahan bahan kimia terbabit.

“Mesyuarat Pengaktifan Jawatankuasa Kerja bersetuju melantik kontraktor dilesenkan Jabatan Alam Sekitar (JAS) untuk melaksanakan kerja pembersihan Sungai Kim Kim sepanjang 1.5 kilometer yang akan diselaraskan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan JAS negeri.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak memasuki kawasan lokasi kerja pembersihan yang akan dilaksanakan,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan negeri menekankan supaya orang ramai mengikut saranan Jabatan Kesihatan Negeri supaya mendapatkan rawatan segera sekiranya mempunyai gejala pedih mata, sakit dada dan sesak nafas dan disyaki terhidu dan terdedah kepada bahan kimia terbabit.

Beliau berkata, orang ramai diingatkan menggunakan air terawat untuk aktiviti harian, kerap mandi dan pakaian yang digunakan hendaklah dibasuh berasingan setiap kali keluar dari rumah bagi mengelakkan kemungkinan sisa toksik terkena anggota badan.

"Orang ramai diingatkan untuk mengelakkan daripada memasuki dan berada di kawasan kejadian terbabit dan dinasihatkan mengelak melakukan sebarang aktiviti termasuk beriadah berdekatan kawasan Sungai Kim Kim, Pasir Gudang.

“Orang ramai diingatkan mengikuti maklumat terkini kejadian ini daripada sumber maklumat sahih dan mematuhi arahan pihak berkuasa," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-3-2019 12:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni kalau akta alam sekitar ni. Memang muflis habis kilang ni. Lingkup.
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2019 12:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Benda hazard mcm ni pun kenapa semua agensi dan kementerian bertindak lambat?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-3-2019 12:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Udara tercemar tidak merebak seluruh Pasir Gudang
SELASA, 12 MARCH 2019 @ 11:54 PM

SAHRUDDIN (kanan) dan Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor, Datuk Dr Muhammad Ezanni Mat Salleh melihat sisa buangan kimia di kilang memproses barangan lusuh yang disita di Taman Pasir Putih, Pasir Gudang. - Foto Hairul Anuar Rahim
JOHOR BAHRU: Kerajaan Johor menafikan dakwaan viral laman sosial yang mengatakan pencemaran gas metana sudah merebak ke seluruh Pasir Gudang, hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian Johor, Dr Sahruddin Jamal, kerajaan negeri turut menafikan dakwaan viral seorang pelajar sekolah meninggal dunia akibat pencemaran gas metana dan hospital mengeluarkan arahan bersiap sedia (red alert).

“Salah dan tidak betul,” jawabnya ringkas ketika ditanya mengenai dakwaan viral di laman sosial berhubung status pencemaran dan seorang pelajar didakwa meninggal dunia, hari ini.

Sementara itu, sumber Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), memberitahu pihaknya sudah dimaklumkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bahawa kualiti udara di lokasi pembuangan sisa kimia dan Pasir Gudang masih terkawal.

“JAS dan JPS memberitahu kualiti udara masih terkawal dan tidak perlu ‘evacuate’ (melakukan pemindahan penduduk).

“Esok Datuk Azizan (Pengarah Bahagian Pelaksanaan Operasi NADMA, Datuk Azizan Abu Taat) akan membuat kenyataan media.

“Semua perkara ketika ini akan dirujuk ke bilik gerakan NADMA daerah yang dibuka di tingkat tiga Pejabat Majlis Perbandaran Pasir Gudang,” katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-3-2019 12:14 AM From the mobile phone | Show all posts
SAHRUDDIN (kanan) dan Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor, Datuk Dr Muhammad Ezanni Mat Salleh melihat sisa buangan kimia di kilang memproses barangan lusuh yang disita di Taman Pasir Putih, Pasir Gudang. - Foto Hairul Anuar Rahim

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-3-2019 12:20 AM From the mobile phone | Show all posts
'Red alert' pencemaran kimia tidak benar - Exco Johor
Bernama |  Diterbitkan pada Mac 12, 2019 23:53 MYT

JOHOR BAHRU: Kenyataan mengenai pengisytiharan amaran 'Red Alert' yang tular di laman Facebook hari ini dan dikatakan dikeluarkan oleh pihak pengurusan hospital berikutan kes pencemaran kimia di Pasir Gudang adalah tidak benar.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian negeri Dr Sahruddin Jamal dalam satu kenyataan ringkas di sini mengenai perkara itu berkata, "Tidak betul".

Kenyataan tular itu antara lain mendakwa pengarah hospital mengisytiharkan amaran 'Red Alert' kerana pencemaran udara yang tersebar di Pasir Gudang.Ia turut mendakwa angin yang bertiup kencang menyebarkan toksik dan menyebabkan ramai penduduk di Seri Alam dan Plentong dimasukkan ke hospital.

BACA: Pencemaran bahan kimia: 13 sekolah sekitar Pasir Gudang diarah tutup

Kenyataan berkenaan turut menasihatkan orang ramai supaya memakai topeng penutup mulut.

Khamis lepas, pembuangan sisa kimia di sungai berkenaan mengakibatkan tiga insiden di empat sekolah di Pasir Gudang, dengan satu terbaru hari ini, dipercayai kesan pencemaran dari bahan sisa berkenaan.

Terbaru, laporan menyebut Dr Sahruddin sebagai berkata, setakat ini 13 buah sekolah sekitar Pasir Gudang diarah tutup mulai esok sehingga tarikh ditetapkan kemudian.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-3-2019 12:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah beratus ratus masuk hospital. Ramai juga dalam zon kritikal. Apa yang tak red alert nya. Nak tunggu kes kematian baru nak red alert ka

Dasar tahi lembu
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2019 10:17 AM | Show all posts
chippotato replied at 12-3-2019 06:53 PM
PPD tak bertanggungjawab langsung.. Hari Ahad haritu kan ada announcement sekolah ditutup, tapi di ...

PPD pun bodoh buta peghut smpai nk soh cikgu2 gi gadai nyawa semata2 nk bersihkan skola da knapa??pdahal org2 kat PPD tu cuma tau bising je cuba korang pun trun pdang gak sama2 serah tengkuk gi bersihkan skola sana..ade bran??

btw, cancel aku nk gi kota masai sabtu ni..xbrani weyhhh..uhuk3
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2019 10:20 AM | Show all posts
Remyda replied at 13-3-2019 12:20 AM
'Red alert' pencemaran kimia tidak benar - Exco Johor
Bernama |  Diterbitkan pada Mac 12, 2019 23:5 ...

bodo btol la exco PHanceng ni..da 13 skola kena ttup tu kira masih selamat ke??akai letak kat lutut ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:08 AM GMT+8 , Processed in 0.152669 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list