CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Remyda

[Tempatan] [Update] Bencana Kim Kim : Media Diarah Keluar Dari Pusat Kawalan Operasi Bencan

  [Copy link]
Post time 14-3-2019 07:20 PM From the mobile phone | Show all posts
kesiannya tgk anak2 sekolah ni
rasa nk amik diorg sume dan bawa duk dgn iols kat KL ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2019 07:24 PM | Show all posts
Remyda replied at 14-3-2019 06:29 PM
Murid, pelajar terjejas dapat pampasan
KHAMIS, 14 MARCH 2019 @ 6:05 PM

penduduk yg kena ? Bayi2 dan kanak2 yg tak sekolah lagi ? Yg di jamin cuma yg bersekolah je tapi para penduduk yg kena yg bekerja , yg tua , yg pregnant ?

Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2019 07:30 PM | Show all posts
blastoff replied at 14-3-2019 07:24 PM
penduduk yg kena ? Bayi2 dan kanak2 yg tak sekolah lagi ? Yg di jamin cuma yg bersekolah je tapi p ...

bayi2 dan kanak2 camner??
soalan tu patutnya dilemparkan pada antivac.
gigih dok pertikai kkm, pakar2 dan doktor mcm la
antivac tu cerdik sgt.

setakat dok ulang2 tepek artikel sama, diri dah terasa cerdik.

Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2019 07:39 PM | Show all posts
bangcak replied at 14-3-2019 07:30 PM
bayi2 dan kanak2 camner??
soalan tu patutnya dilemparkan pada antivac.
gigih dok pertikai kk ...

kerajaan fake degreee hanya mampu bagi vaksin fake dan nak cuci sungai tu pun guna kaedah fake la jugak berlakon je lebeyyy  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-3-2019 08:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Bilangan mangsa pencemaran Pasir Gudang meningkat
KHAMIS, 14 MARCH 2019 @ 8:07 PM

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (tengah) diiringi Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin (kiri) diberi penerangan oleh Dr Sahruddin berkenaan statistik dan keadaan semasa sisa bahan toksik yang berlaku di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang ketika melawat Bilik Gerakan Bencana Aqabah di Majlis Perbandaran Pasir Gudang. - NSTP/Adi Safri
PASIR GUDANG: Jumlah mangsa yang mendapatkan rawatan berikutan pencemaran udara akibat pembuangan sisa bahan kimia di Sungai Kim Kim, di sini meningkat lebih 742 orang sehingga jam 12 tengah hari tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian negeri, Dr Sahruddin Jamal, berkata secara keseluruhan seramai 1,164 mangsa dirawat di dua medic base di Taman Pasir Putih dan Taman Desa Mawar di sini, sejak Isnin lalu, dengan 217 dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) sehingga jam 8 malam semalam.

Beliau berkata, jumlah itu meningkat kepada 1,906 sehingga tengah hari tadi dengan 276 orang dihantar ke HSI.

Katanya, selain itu, seramai 869 mangsa pula mendapatkan rawatan sendiri di pusat perubatan swasta, menjadikan jumlah keseluruhan mangsa sebanyak 2,775 orang.

“Sebanyak 92 tadika dan taska di kawasan terjejas juga sudah diarahkan tutup bagi mengelakkan peningkatan jumlah mangsa,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, seramai 426 petugas daripada 19 jabatan dan agensi kerajaan bertugas bagi memastikan kawalan insiden berada pada tahap terbaik.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-3-2019 08:31 PM From the mobile phone | Show all posts
blastoff replied at 14-3-2019 07:24 PM
penduduk yg kena ? Bayi2 dan kanak2 yg tak sekolah lagi ? Yg di jamin cuma yg bersekolah je tapi p ...

Ya. Banyak lagi mangsa terlibat selain pelajar sekolah. Dari masa ke semasa bilangan mangsa pula makin bertambah. Tapi sampai la ni tarak lagi  kerajaan Johor isytihar darurat bencana sedangkan mengikut Akta Majlis Keselamatan Dalam Negeri 2016, permintaan mesti datang daripada kerajaan negeri
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 14-3-2019 08:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Jumlah mangsa terkini yang mendapatkan rawatan berikutan pencemaran udara akibat pembuangan bahan kimia di Pasir Gudang sehingga jam 12 tengah hari tadi adalah seramai 2,775 orang - Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian negeri, Dr Sahruddin Jamal

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-3-2019 08:36 PM From the mobile phone | Show all posts
25 Tentera Darat `pakar' kimia dan nuklear hulur bantuan
Mohd Azam Shah Yaacob

Anggota Unit Peninjau Chemical Biological, Radilogical and Nuclear (CBRN) dari 12 Skuadron Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memulakan tugas dibantu HAZMAT di Pasir Gudang, Johor. FOTO Ihsan ATM
EMPAT pegawai dan 21 anggota Unit Peninjau Chemical Biological, Radilogical and Nuclear (CBRN) dari 12 Skuadron Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang dilengkapi peralatan khusus serta pakar dalam mengendalikan sisa bahan kimia beracun digerakkan ke Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, Johor, hari ini.

Pasukan itu yang dilengkapi peralatan khas seperti ChemPro, Lightweight Chemical Detector (LCD), Sampling Equipment, CBRN Protective Suit (Complete), Tyvek Suit, Breathing Apparatus (BA), Nitrile Glove dan N95 Mask akan membantu pasukan Hazardous Materials Management (HAZMAT) dalam melaksanakan operasi pembersihan di tempat kejadian.

Tentera Darat (TD) dalam satu kenyataan hari ini berkata, selain pasukan, TD juga akan menghantar pasukan Nyah Cemar CBRN bagi melaksanakan tugas pembersihan di situ.

“Buat masa ini, pasukan peninjau CBRN itu sudah melapor di Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) di Dewan Serbaguna Taman Pasir Putih, Pasir Gudang.

“Jadi, kini kita menunggu pelepasan pasukan Nyah Cemar CBRN bagi membantu kerja pembersihan di kawasan berkenaan,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, TD juga turut menghantar pasukan Casualty Evacuation Unit (CEU) dari 2 Batalion Ubat.

Katanya, pasukan itu terdiri daripada seorang pegawai perubatan serta tiga paramedik bersama sebuah unit ambulans yang akan bergabung dgn pasukan Peninjaun dan pasukan Nyah Cemar CBRN.

“Kesemua pegawai dan anggota yang terbabit dalam operasi itu ditempatkan di Rejimen 501 Askar Wataniah, Kem Tebrau, Johor Bahru,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 Mac 2019 @ 6:49 PM
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-3-2019 08:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Penduduk Taman Pasir Putih khuatir keselamatan keluarga masing-masing.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-3-2019 08:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Pencemaran kimia: MKN perlu ambil alih tanggungjawab

14 Mar 2019

IZYAN LIYANA MOHD DARIF

SHAH ALAM - Majlis Keselamatan Negara (MKN) digesa mengambil alih tanggungjawab dalam menangani krisis pencemaran bahan toksik di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, Johor yang berlaku sejak Khamis lalu.

Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, insiden tersebut memerlukan mobilisasi segala sumber oleh Kerajaan Pusat kerana tindakan yang lewat akan mengeruhkan keadaan.

"Justeru, saya menyeru pihak MKN mengambil alih tanggungjawab bagi menangani masalah ini.
"Langkah ini bukan sahaja membendung kesan pencemaran sisa toksik daripada merebak ke radius yang lebih luas tetapi, menangani tahap kesihatan dan kelestarian alam sekitar di Pasir Gudang dan kawasan sekitarnya untuk jangka panjang," katanya dalam satu kenyataan.

Selain itu, Mohamad yang juga Timbalan Presiden UMNO turut mendesak satu Kertas Putih disediakan dan dibentang di Parlimen pada kadar segera.

"Kertas Putih terbabit adalah untuk menjelaskan bagaimana krisis ini bermula, punca di sebalik kelewatan tindakan kerajaan negeri dan langkah menangani isu itu khususnya di Pasir Gudang dan kawasan sekitar dalam tempoh jangka masa panjang.

"Menerusi penyediaan Kertas Putih, segala ketelusan diperlukan dapat dipersembahkan kepada umum termasuk mengenalpasti kelemahan yang perlu diperbaiki selain mencari individu yang bertanggungjawab dalam menangani krisis ini secara pantas dan berkesan," jelasnya.

Selain itu, katanya, pihak kerajaan juga harus melantik seorang jurucakap khusus bagi menyalurkan segala maklumat yang sahih, tepat dan pantas.

"Sejak gelombang pertama krisis ini berlaku, kerajaan negeri sepatutnya bertindak menyediakan sumber maklumat utama secara konsisten untuk mengelakkan kecelaruan. Didapati pelbagai maklumat tidak tepat telah mendominasi persada media sosial negara," tegasnya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-3-2019 08:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Pencemaran kimia: Pusat saringan pindah ke stadium

14 Mar 2019

RAZIATUL HANUM A.RAJAK
PASIR GUDANG - Pusat Saringan di Dewan Komuniti Taman Pasir Putih dipindahkan ke Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG), malam ini.

Setiausaha Pasukan Bantuan Kecemasan bersama Pasir Gudang (Pagema), Sharif Idrus berkata, perpindahan itu syor Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia atas faktor keselamatan.

"Ya, dewan akan tutup dan dipindah ke stadium. Di stadium akan mula operasi jam 8 malam ini.

"Pindah operasi sebab arahan bomba kerana kerja pembersihan Sungai Kim Kim sedang berjalan lagipun berlaku pertambahan katil dan petugas," katanya kepada pemberita di Dewan Komuniti Taman Pasir Putih, hari ini.

Dewan ini telah dibuka sebagai pusat saringan sejak Ahad lalu selepas tiga hari pencemaran kimia di Sungai Kim Kim menjejaskan beberapa buah sekolah.

Tinjauan Sinar Harian mendapati kedudukan dewan agak hampir dengan Sungai Kim Kim yang kini sedang berjalan kerja-kerja pembersihan.
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2019 09:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga semuanya selamat. Iols dh warning dah fmily in law kt PG tu jgn kua rumah sgt.., duk diam2 kt rumah je.,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-3-2019 09:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Sazida replied at 14-3-2019 09:10 PM
Semoga semuanya selamat. Iols dh warning dah fmily in law kt PG tu jgn kua rumah sgt.., duk diam2 kt ...

Semoga dilindungi Allah
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2019 09:29 PM | Show all posts
tak guna punya manusia bedebah
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2019 09:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau darurat kilang2 pon tutup
Rugi
So, on je semua cam biase kannnn
Nyawa manusia murah
Kos pembersihan mahal
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-3-2019 09:44 PM From the mobile phone | Show all posts
haruslah replied at 14-3-2019 09:39 PM
Kalau darurat kilang2 pon tutup
Rugi
So, on je semua cam biase kannnn

Ya. Premis awam & swasta termasuk kilang, ladang dan kawasan pembinaan perlu ditutup
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-3-2019 11:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Hari ini depa menerima mangsa paling kecil berusia 3 bulan. Sebak tengok

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-3-2019 11:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Tiada keperluan isytihar darurat, pindah penduduk - PM
KHAMIS, 14 MARCH 2019 @ 8:40 PM

Dr Mahathir ketika hadir melawat mangsa terjejas akibat pembuangan sisa bahan kimia di Sungai Kim Kim yang menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru. - NSTP/Hairul Anuar Rahim

PASIR GUDANG: Perdana Menteri menegaskan tiada keperluan untuk mengisytiharkan darurat di Pasir Gudang susulan pencemaran bahan kimia dan kerajaan tiada rancangan untuk memindahkan penduduk kawasan itu.

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau berpuas hati dengan cara pengendalian bencana itu dan mendapati semua pihak terbabit menjalankan tugas dengan baik.

Bercakap kepada pemberita selepas meninjau situasi di Pasir Gudang sebentar tadi, beliau berkata kerajaan juga akan menimbang keperluan memperuntukkan hukuman lebih berat terhadap kesalahan berkaitan alam sekitar.

Berita lanjut menyusul.
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2019 11:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols nak tau sesangat. Apa yg buat derang buang kat situ. Desperet? Kurangkan perbelanjaan? Deyols ada terfikir ke efek dispose bende tu just like that di tempat terbuka?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-3-2019 12:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa pasal belum sampai tahap darurat ? Pasainya bila dah darurat, segala pengurusan bencana serta bantuan & pemulihan kepada mangsa mangsa bencana akan dikendali & DIBIAYAI oleh kerajaan persekutuan.

Pendek kata dibiayai oleh jabatan / kementerian yang berkaitan. Harap harap bukan pasal ni la na

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 12:12 AM GMT+8 , Processed in 0.521055 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list