CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Remyda

[Tempatan] [Update] Bencana Kim Kim : Media Diarah Keluar Dari Pusat Kawalan Operasi Bencan

  [Copy link]
Post time 17-3-2019 04:09 PM | Show all posts
dah tangkap belum yg buang benda haram ni, atau sengap je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2019 06:56 PM | Show all posts


Tujuh mangsa pencemaran kimia masih di ICU


SERAMAI 143 orang yang terjejas akibat pencemaran sisa kimia di Pasir Gudang masih menerima rawatan di wad hospital, setakat tengah malam Sabtu.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian Johor Dr Sahruddin Jamal berkata kesemua mereka termasuk 36 orang yang dirujuk di hospital luar daerah ini dan 29 orang di hospital luar negeri Johor.

"Setakat 12 malam tadi, tujuh pesakit masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan dilaporkan stabil.

"Jumlah pesakit yang dibenarkan pulang setelah mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Hospital Sultan Ismail (HSI) dan Hospital Permai pula adalah seramai 108 orang," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

Dr Sahruddin, dalam pada itu, berkata seluas 1.3 kilometer (km) daripada 1.5 km kawasan tercemar di Sungai Kim Kim sudah dibersihkan setakat 4 petang semalam.

Beliau berkata kerja pembersihan berjalan lancar setakat ini dengan kerja dilakukan tanpa henti sejak dimulakan Rabu lepas.

"Baki 200 meter lagi akan diselesaikan dalam tempoh selewat-lewatnya satu hingga dua hari akan datang," katanya.

Beliau berkata sebanyak 550 metrik tan tanah dan enap cemar serta 700 metrik tan air tercemar sudah dikumpulkan setakat 4 petang semalam.Katanya, orang ramai terus dinasihati supaya tidak menghampiri kawasan kejadian selain dalam masa sama mengambil langkah pencegahan dengan mengurangkan aktiviti luar.

Sehingga kini, institusi pendidikan di Pasir Gudang masih lagi tidak beroperasi dan hanya akan memulakan sesi pembelajaran setelah diisytiharkan selamat oleh pihak berkuasa, katanya.- Bernama




Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2019 07:17 PM From the mobile phone | Show all posts
blastoff replied at 17-3-2019 12:48 PM
menteri kesihatan kata tarak long term health effects jumpa pi lah apa pun selagi tak mati tak ada ...

Semalam punya pc minister ni tk habaq pun tkdak long term.. Dia habaq.. Yg diberikan rawatan kali ni database nya dh ada n cohort ni akan dinilai long term effectnya few more years.. Lebih kurang gitulah ayatnya.. Dia pun tk berani jamin takda ling term uol.. Yg dirawat ini adalah simptom2 mcm sesak napas.. Batuk.. Sakit mata.sakit kepala. Dh beri ubat baiklah depa.. Tapi kat yg kat dalam tu? Organ2 yg berpotensi utk cancer? Kena tunggu lagi beberapa thun lah gamaknya kaau nak saman pengilang2 durjana tu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-3-2019 12:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Sebuah Pondok Keselamatan Akan Didirikan - MB Johor  [METROTV]
Izlaily Nurul Ain Hussein

OSMAN (empat dari kanan) diiringi anggota Hazmat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bagi meninjau keadaan kualiti udara menggunakan alat pengesan gas di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, hari ini. FOTO Adi Safri.

Semua sisa bahan kimia dikumpulkan sepanjang proses pembersihan Sungai Kim Kim, Taman Pasir Putih, Pasir Gudang akan dihantar untuk dilupuskan di kilang pembakaran dekat Jalan Tembaga, Pasir Gudang serta Bukit Pelanduk, Seremban, Negeri Sembilan.
SEMUA sisa bahan kimia dikumpulkan sepanjang proses pembersihan Sungai Kim Kim, Taman Pasir Putih, Pasir Gudang akan dihantar untuk dilupuskan di kilang pembakaran dekat Jalan Tembaga, Pasir Gudang serta Bukit Pelanduk, Seremban, Negeri Sembilan.

Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian berkata, semua sisa bahan kimia itu akan dilupuskan kilang berkenaan dengan suhu kepanasan antara 800 hingga 1,200 darjah Selsius.

“Kita sudah buang 150 tan metrik air bercampur bahan kimia dan 300 tan metrik tanah yang dikenal pasti terdapat bahan kimia.

“Kita hantar ke kilang pembakaran di Jalan Tembaga dan ke Bukit Pelanduk, Seremban untuk dilupuskan. Kita akan pastikan benda itu (bahan kimia) habis.

“Kita percaya bahan kimia ini sudah tiada (bahaya), tetapi kita tetap hantar untuk pelupusan lebih selamat,” katanya ketika ditemui selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana di Menara Aqabah, Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) hari ini.

Beliau berkata, keseluruhan 1.5 kilometer (km) sungai yang tercemar sudah dibersihkan, namun kontraktor dilantik akan berada di lokasi untuk tiga hari lagi bagi pemantauan susulan.

Pada masa sama, beliau berkata, kerajaan negeri akan memantau kawasan berpotensi menjadi lokasi pembuangan sisa bahan kimia secara haram di seluruh negeri ini.

“Kita ada kenal pasti beberapa tempat yang tidaklah bahaya, tetapi dipercayai ada berlaku pembuangan sisa bahan kimia di situ,” katanya.

Dalam perkembangan jangka masa panjang pula, Osman berkata, sebuah pondok keselamatan akan didirikan di lokasi pembuangan sisa bahan kimia di Sungai Kim Kim dengan menempatkan dua anggota daripada pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Untuk jangka masa panjang, dalam mesyuarat, kita bincang untuk dirikan pondok keselamatan tetap di situ.

“Ini kerana selepas selesai operasi pembersihan nanti, tiada orang berada di lokasi, jadi ia akan dipantau dua anggota dari PBT secara bergilir-gilir bagi mengelak perkara ini berulang,” katanya.

Bagi pembukaan semula 111 sekolah diarahkan tutup, Osman berkata, ia akan diputuskan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik yang berkunjung ke Johor, esok.

“Sebenarnya kita hanya ada empat hari lagi sebelum cuti sekolah yang panjang.

“Jadi, saya percaya Menteri Pendidikan yang akan datang ke sini esok akan melihat dan memantau laporan jawatan kuasa sebelum membuat sebarang keputusan tentang pembukaan sekolah,” katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2019 12:30 AM | Show all posts
chippotato replied at 17-3-2019 07:17 PM
Semalam punya pc minister ni tk habaq pun tkdak long term.. Dia habaq.. Yg diberikan rawatan kali  ...

ni dia sebut jelas tarak long term effect langsung.... errr yg 8 kat ICU tu teruk berhari2 takkan tarak long term effect kot .


]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]

NEWS

Health minister: Pasir Gudang pollution won't have long-term health effects


Bernama  | Published: 16 Mar 2019, 8:31 pm




Victims of the Sungai Kim Kim chemical waste pollution suffered a one-off acute exposure and it’s not expected to have any long-term chronic effect on their health, said Health Minister Dzulkefly Ahmad.

He also said that the toxic level of the chemical waste was not high enough to result in fatalities.
“I wish to stress here that this is acute exposure. The dosage is not too serious, totally not a fatal dosage.
“This is acute toxicity, not something that is chronic in nature and where long-term exposure can cause cancer,” he told a press conference after visiting the Medic Base at the Pasir Gudang Municipal Council Indoor Stadium today.
He was commenting on the victims’ concerns about the long-term effect the Sungai Kim Kim chemical waste pollution would have on their health.
Dzulkefly said that as an initiative to monitor the health status of all the victims, the ministry would conduct a cohort study based on the patients’ collated data system.
- Bernama


https://www.malaysiakini.com/news/468257




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-3-2019 12:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Wujudkan pondok keselamatan. Hang biaq betui MB. Tu ja ka idea hang paling bernas

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-3-2019 12:45 AM | Show all posts
Edited by blastoff at 18-3-2019 12:47 AM
Remyda replied at 18-3-2019 12:33 AM
Wujudkan pondok keselamatan. Hang biaq betui MB. Tu ja ka idea hang paling bernas

pondok keselamatan utk apa tu ....kalau nak halang pembuang sisa toxic , bukan sepanjang sungai boleh ada pondok plak  ....culprit akan buang kat tempat yg jauh dari pondok laa kang bukan payah pung

banyak lagi sungai lain kat johor yg depa boleh pi buang paaa pehal kat kim kim je buat pondok


Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2019 10:01 AM | Show all posts
aku tatau nak kata diorg ni bodoh,jahil,bengap,atau yahudi..they dont event care less...poket tebal masing2..tak pk rakyat jelata lgsg..serius aku doa2 sgt menteri2 yahudi ni yg kene long term effect toxic ni..
solat hajat lah rakayt rakyat pasir gudang ..doa2 org yg teraniaya ni takde hijab..smoga yg menzalimi ni dpt pembalasan yg plg setimpal termasuk la pemimpin yg x berkesah psl masa depan anak2 hgpa suma
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-3-2019 01:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Semua 111 sekolah di Pasir Gudang, Johor terus ditutup sehingga akhir cuti penggal pada Sabtu minggu depan, sebagai langkah berjaga-jaga. – Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2019 01:32 PM | Show all posts
Kenapa tak ada Malaysian Scientists bagi nasihat. Pakai gas mask tak mencukupi. Yang ada activated carbon sekali pun, kalau prolonged exposure. Kenalah evacuate rakyat. Pakai mask boleh nafas tak? Kalau boleh, oxygen boleh masuk. Kalau oxygen boleh masuk, gas lain pun boleh lah. Besar mana ingat molecules gases ni?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-3-2019 03:15 PM From the mobile phone | Show all posts
[UPDATE] Sungai Kim Kim : Sembilan individu ditahan polis

Izlaily Nurul Ain Hussein

Sukarelawan membantu penduduk di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang. FOTO Hairul Anuar Rahim
SEMBILAN individu ditahan polis semalam dipercayai terbabit dalam insiden pembuangan sisa bahan kimia di Sungai Kim Kim, Taman Pasir Putih, Pasir Gudang.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, sembilan lelaki itu ditahan bagi membantu siasatan berhubung insiden berkenaan.

“Semalam, kita sudah menahan dua orang di Johor dan tujuh lagi ditahan di luar Johor.

“Operasi memburu suspek lain masih diteruskan, saya tidak boleh beri terlalu banyak maklumat terperinci kerana ia akan mengganggu siasatan dan operasi polis,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara Kontinjen Johor di Dewan Dato’ Onn, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor hari ini.

Turut hadir Pengarah Pengurusan Bukit Aman, Datuk Abd Rahim Jaafar; Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd dan Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Kamarudin Md Din.

Mohamad Fuzi berkata, semua suspek kini ditahan reman enam hari bermula hari ini sehingga Sabtu ini.

Katanya, siasatan dibuat mengikut Seksyen 278 Kanun Keseksaan (menjadikan udara merbahaya kepada kesihatan), Seksyen 284 (kelakuan cuai berkenaan benda beracun) dan Seksyen 326 kanun sama (menyebabkan cedera parah).

Semalam, Mohamad Fuzi memaklumkan polis sudah memperoleh petunjuk yang menjurus kepada identiti suspek bertanggungjawab membuang sisa bahan kimia secara haram di sungai itu dan operasi memburu serta menjejak suspek giat dijalankan untuk membuat tangkapan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2019 03:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Remyda replied at 18-3-2019 03:15 PM
Sungai Kim Kim : Sembilan individu ditahan polis

Izlaily Nurul Ain Hussein

Ini wayang saja.  Untuk rakyat sejuk sedikit hati tu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2019 03:30 PM From the mobile phone | Show all posts
kenapa Sultan Johor ckp ada org fitnah dia ada kaitan ngan pembuangan toksid tu ek..  sbb tu liat sgt nk tangkap dalang dalang2nya
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2019 03:57 PM | Show all posts
blastoff replied at 18-3-2019 12:45 AM
pondok keselamatan utk apa tu ....kalau nak halang pembuang sisa toxic , bukan sepanjang sungai bo ...

kalu kepala hotak kaki penipu kaki spin bagi cadangan pun srupa budak xskola..eh, lupa lak dia ni yg ade fake degree..dasar bangang xboleh simpan dah si mb pakaton ni..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-3-2019 04:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Pihak pentadbiran sekolah kini berkuasa  untuk menutup sekolah sekiranya kualiti udara di kawasan masing-masing terjejas akibat jerebu. - Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching


Apa ke benda hang punya kenyataan dengan maszlee ni saling bercanggah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-3-2019 04:28 PM From the mobile phone | Show all posts
NGO dan sukarelawan masih lagi aktif mengedarkan face mask di sekitar Pasir Gudang .

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-3-2019 04:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Orang Johor yang pemurah, Bantuan ikhlas anda diperlukan segera .Hubungi 0127595227 untuk maklumat lanjut .




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-3-2019 04:56 PM From the mobile phone | Show all posts
[LANGSUNG] Perkembangan di belakang SMK Tanjung Puteri Resort berikutan penemuan tong-tong biru mencurigakan di bawah jambatan dipercayai mengandungi bahan berbau seperti cuka.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-3-2019 05:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Penduduk gempar jumpa tong biru dikhuatiri berisi sisa kimia

ISNIN, 18 MARCH 2019 @ 5:08 PM

TONG biru yang ditemui di Sungai Sembilang. - Foto Hairul Anuar Rahim

PASIR GUDANG: Penduduk Taman Tanjung Puteri Resort di sini gempar dengan penemuan beberapa tong biru dipercayai berisi sisa bahan kimia, di Sungai Sembilang, kira-kira dua kilometer dari Sungai Kim Kim.

Tong terbabit ditemui kira-kira 500 meter dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Puteri Resort, salah satu daripada 111 sekolah di sini yang diarah ditutup sementara sejak Rabu lalu.

Tinjauan media di kawasan berkenaan sebaik dimaklumkan penduduk mendapati ada beberapa tong biru dipercayai berisi sisa kimia dibuang di bawah jambatan yang menghubungkan Taman Tanjung Puteri ke Taman Pasir Putih.

Seorang penduduk, Ahmad Roh Ariffin, mendakwa kandungan tong yang dipercayai sisa toksik itu sudah mengalir ke dalam Sungai Sembilang, menyebabkan bau tidak menyenangkan.

“Kemunculan tong biru itu disedari penduduk sejak Khamis lalu dan sudah dilaporkan kepada pihak berkuasa, namun tiada tindakan diambil.

“Penduduk bimbang kerana boleh menghidu bau busuk seperti cuka, apatah lagi ada yang mengadu sesak nafas dan mual.

“Kami berharap pihak berkuasa menyiasat kemunculan tong biru ini kerana isu pencemaran Sungai Kim Kim pun belum selesai, ” katanya kepada media.

Dua anggota polis dilihat sudah menutup kawasan berkenaan dengan garisan kuning polis dan tidak membenarkan media dan orang ramai mendekati kawasan itu.
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2019 05:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Pembuang sisa kimia x reti pergi lari oversea menghilang spt jlow miamiahmiah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 11:00 PM GMT+8 , Processed in 0.295532 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list