Kecantikan adik beradik Senrose ini memang tidak dapat dinafikan lagi. Setelah mengumumkan keputusan untuk mendirikan rumah tangga bersama lelaki pilihan, Nelydia Senrose bakal melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi. Tidak habis dengan isu bridal shower yang dikatakan tidak mengikut adat dan budaya melayu, timbul pula isu bachelorette party.
Mana tidaknya, antara yang memberi kejutan untuk Nely adalah di kalangan rakan rakan artis yang tidak kurang cantiknya. Namun, ianya menjadi buah mulut netizen kerana dikatakan pemakaian yang agak menjolok mata. Sesi tayang-menayang bak kata netizen.
Awas, yang tak kuat iman disarankan tutup thread ini sekarang. Gurau!
Seksi betul ya!
Mengulas lanjut, Nelydia telah memberi komen mengenai isu bridal shower yang katanya hanya suka suka untuk menghargai sahabat karib. Gambar sepanjang majlis tersebut telah dimuat naik oleh Oktovia Manrose namun telah dibuang tidak lama kemudian. Mungkin sebab majlis itu sepatutnya dijalankan secara tertutup dan hanya untuk sahabat handai. Mungkin juga untuk mengelakkan hencapan makcik - makcik bawang.
Nampaknya Bachelorette party nelydia kali ini bukan 'biashe-biashe' ya! -CARI
|