CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 600|Reply: 0

[Jenayah] Menyamar Polis dan pegawai Imigresen

[Copy link]
Post time 12-3-2019 12:05 PM | Show all posts |Read mode
POLIS menahan dua lelaki yang dipercayai terbabit kegiatan samun dan peras ugut pekerja asing dengan menyamar sebagai anggota polis atau pegawai Jabatan Imigresen di Jalan Besar Segari - Lumut di Manjung, semalam.

Dalam kejadian 10 pagi itu, dua suspek berusia 23 dan 30 tahun yang menaiki pacuan empat roda ditahan sepasukan anggota Unit Peronda Polis (MPV) dan Balai Polis Segari.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Muhammad Hanif Othman berkata, siasatan awal mendapati dua lelaki yang berkerja sebagai pekerja kilang dan pembantu kedai runcit itu sudah terbabit dalam kegiatan berkenaan sejak Disember tahun lalu.

Menurutnya, suspek bukan sahaja menjalankan kegiatan itu di sekitar Manjung tetapi turut dilakukan di daerah Kuala Kangsar, Kerian dan Taiping.

“Hasil soal siasat awal yang dijalankan, kedua-dua suspek mengaku terbabit kes menyamar sebagai anggota polis dan pegawai imigresen untuk memeras ugut pekerja asing warga Indonesia sejak akhir tahun lalu.

“Kedua-dua suspek dipercayai terbabit 19 kes dengan 15 kes di daerah Manjung membabitkan kawasan Kampung Acheh, Segari, Beruas dan Ayer Tawar selain dua kes di Kuala Kangsar, manakala masing-masing satu kes di Kerian dan Taiping,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Muhammad Hanif berkata, modus operandi suspek adalah mensasarkan rumah kongsi dan sewa pekerja kebun sawit warga Indonesia dengan menyamar sebagai pegawai penguat kuasa.

“Kedua-dua suspek akan ke rumah kongsi atau sewa pekerja warga Indonesia dengan menyamar sebagai polis atau imigresen dan apabila semua pekerja itu melarikan diri, suspek akan masuk ke rumah yang ditinggalkan.

“Mereka menggeledah rumah serta mengambil wang serta barang berharga dalam rumah berkenaan dengan nilai kerugian semua kes dianggarkan antara RM8,000 hingga RM9,000,” katanya.

Menurutnya, polis turut merampas Mitsubishi Pajero, dua telefon bimbit, lima dompet, dua kad sim dan wang tunai RM1,020 selain satu beg pinggang serta beg silang.

“Hasil semakan juga mendapati, seorang daripada suspek mempunyai dua rekod kesalahan lampau dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 170 dan Seksyen 384 Kanun Keseksaan,” katanya.




Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:06 AM GMT+8 , Processed in 0.056744 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list