CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1149|Reply: 2

[Jenayah] Lelaki Ditahan Kerana Komen Menghina Agama Hindu Di FB

 Close [Copy link]
Post time 12-3-2019 12:17 PM | Show all posts |Read mode
UALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama ‘Zamri Bin Abd Razak’ atas tindakannya memuat naik komen jelik terhadap agama Hindu di sini semalam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, suspek yang berusia 52 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan, iaitu atas alasan agama, menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan, benci-membenci atau niat jahat atau memudaratkan pemeliharaan keadaan harmoni atau perpaduan.

“Siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian dan lain-lain.

“Permohonan reman terhadap suspek akan dibuat pada 12 Mac (hari ini),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Mohamad Fuzi turut mengingatkan orang ramai agar tidak menyalahgunakan media sosial atau sebarang rangkaian komunikasi dengan memuat naik ataupun berkongsi kenyataan berbentuk provokasi yang menyentuh sensitiviti agama dan kaum di negara ini. - K! ONLINE




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-3-2019 12:19 PM | Show all posts



Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2019 02:30 PM | Show all posts
Thread dah ada..
https://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1150652

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 04:21 AM GMT+8 , Processed in 0.049190 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list