View: 4583|Reply: 47
|
[Tempatan]
Sekali lagi. Hanya di Malaysia. 10 juta tontotan. Khatam 10 episod Leftenan Zana
[Copy link]
|
|
Janna puas 10 juta tonton Leftenan Zana
KUALA LUMPUR: Di sebalik kemelut hubungan antara Janna Nick dengan Sheila Rusly, drama bersiri Leftenan Zana meraih sambutan luar biasa apabila mencatat 10 juta tontonan sepanjang 10 episod bersiaran di TV3.
Janna yang juga bintang utama drama rantaian berkenaan mengakui, isu dalaman membabitkannya dengan penerbit JS Pictures itu bukan alasan untuk tidak mempromosikan naskhah terbabit setiap hari di Instagramnya.
“Hanya syukur yang mampu saya ucapkan sebaik sahaja dimaklumkan mengenai sambutan penonton. Sebagai pelakon utama saya tetap menjalankan tanggungjawab untuk mempromosikan drama bersiri itu di laman sosial seperti dikehendaki penerbit.
“Berkat sokongan ramai, drama ini mendapat sambutan hangat penonton dan mencatat rating paling tinggi di Slot Lestary TV3, setakat ini. Saya juga puas kerana kerja keras untuk merealisasikan Leftenan Zana nyata berbaloi,” katanya.
Janna berkata demikian ketika mempromosikan Drama Festival Kuala Lumpur 2019 (DFKL) bersama seorang lagi duta DFKL 2019, pelakon Izzue Islam di Balai Berita, Bangsar, di sini.
Sementara itu, selain Janna, drama bersiri 16 episod arahan Jinggo itu turut membariskan Sheila, Tunku Hanis, Hairie Othman, Zarul Husin, Ameerul Asyraf dan Redza Rosli.
Ditanya mengenai isu bersama Sheila, akuinya, dia rasa sudah selesai menjadi anak murid yang menimba ilmu daripada seseorang yang dianggap sebagai guru dan berharap tiada pihak lain bertanyakan lagi soalan berkenaan, selepas ini.
“Saya sudah selesai menjadi anak murid yang menuntut ilmu. Sudah tiada apa yang perlu diperkatakan lagi. Inilah kata-kata saya yang terakhir dan menjadi noktah (kepada isu terbabit),” katanya yang enggan memanjangkan perkara berkenaan.
Terdahulu, selain sambutan hebat tontonan di kaca TV, sumber Nielsen Audience Measurement menyatakan, laman Youtube @TV3Malaysia dan Drama Sangat turut memperoleh angka 6 juta tontonan untuk drama terbabit. |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Yang tgk tu mgkin bbnu yg bercita2 nk jd askar. End up menangiss sbb tak serupa seperti yang ditayangkan.,, |
|
|
|
|
|
|
|
akak rasa leftenan zana (janna nick) lg sesuai ganti mat sabu sbg menteri pertahanan sbb zana sgt tahan lasak dan cabaran |
|
|
|
|
|
|
|
cite ni pukul berapa?
5.00 petang ka? |
|
|
|
|
|
|
|
Tolong jelaskn leftenan zana ni kor apa.
Kadang aku tgk baju dia tulis
atd
Rsd ( rejimen semboyan diraja)
Kang ada huruf lain lg. Knp xtetap je kor semboyan tu
|
|
|
|
|
|
|
|
cmf_premierleag replied at 12-3-2019 05:28 PM
akak rasa leftenan zana (janna nick) lg sesuai ganti mat sabu sbg menteri pertahanan sbb zana sgt ta ...
Ni aku setuju...
|
|
|
|
|
|
|
|
minggu ni last..
nak kata best sangat, tak lah..
at least lain dari drama kawen
senyap2 pas tu isteri jadi orang gaji.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau dah drama JS picture ni memang xda orang lain dia ambik sebagai teraju utama. Pusing sana pusing sini muka yang sama jugekkk. Kat tv1 pun tengah tayang drama isteri yang tak diiktiraf. Drama paling wtf bosannn . |
|
|
|
|
|
|
|
cmf_premierleag replied at 12-3-2019 05:28 PM
akak rasa leftenan zana (janna nick) lg sesuai ganti mat sabu sbg menteri pertahanan sbb zana sgt ta ...
Sy rasa dia lagi maskulin DRP semua menteri termasuk menteri belia sukan
Ganteng gitu |
|
|
|
|
|
|
|
Jadah sampai 10 juta
Makcik syak yang tengok ni kaum kerabat pelakon extra kadet dalam tu
Eksaited uolsss anak masuk tv yihhh |
|
|
|
|
|
|
|
Eh seronok LA
Anak anak suka |
|
|
|
|
|
|
|
kalu nak compare dengan citer lain, citer ni lagi logik.
boleh tengok macam mana strugglenya nak jadi askar tu (walaupun tak cover semua)
cinta tu ada juga sebagai rencahnya..
sebab seblm ni kalu tgk citer keja pilot, asyik pakai baju putih tu n tarik beg jer. lepas tu memerap je kat rumah
kalu jadi doktor pulak, makeupnya 3 kilo. kasut semendang guna high hill. Hello! pi tgk doktor kat spital tu, ada yg nak mandi pun tak sempat ok!.
huh sungguh lah tak berpijak dibumi nyata!
|
|
|
|
|
|
|
|
ok la citer cenggini... jauh beza dari tengok citer yang melambak kat tv sekarang ni....
citer bodo terpaksa kawin, pastu tetiba sayang....
suami tak suka bini, bini benci suami... pastu akhirnya jatuh cinta...
bosan....
lagipun lakonan janna superb dalam drama ni....
|
|
|
|
|
|
|
|
cite ok..pelakon pun berlakon ok n mmg dia bagi muka sunburn tak pakai mekap segala nak bagi nampak real askar wanita.. tapi part latihan ketenteraan tu alahai napa lembik sangat.. lari pun slow.. macam tak larat je.. bukan ke askar kena tangkas n pantas.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tajuk drama rupanya..
Dah berapa hari I nampak hash tag kt IG hakak sorang tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Aku xtau ape yg best psl lt zana ni. Bercinta je lebih. Tp td kwn opis aku cerita ank dia yg umur 2tahun minat citer ni. Smlm dia tido,5 min cite nk hbs dia bangkit. Terus mengamuk xdpt tgk. Semua aksi dlm cite tu dia buat. P psrya duk berkawad,salute bagai., dah la ank dia montel debab., msa dia cite tu iols terbayang terus aksi dia. |
|
|
|
|
|
|
|
cite yg aku sebenarnya tak nak tengok tapi knpa aku tengok??????? |
|
|
|
|
|
|
|
aah..bagi aku ok je citer ni. first time aku tgk drama tunjuk macam mana askar training bagai. betul lah tu banding drama lain yang mekup sekati siang malam pagi petang.
aku harap ada banyak lagi citer yang realistik macam ni
|
|
|
|
|
|
|
| |
|