CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2153|Reply: 11

'Hanya tahu kritik saja' - A Aida

  [Copy link]
Post time 12-3-2019 05:57 PM | Show all posts |Read mode

PENERBIT drama popular, Datuk A Aida tetap dengan kenyataannya pelakon mesti berwajah cantik dan kacak jika mahu membawa watak hero dan heroin walaupun berdepan kritikan dan kecaman daripada penggiat seni dan netizen.
Aida, 49, atau nama sebenarnya Zaidah Awang berkata, kriteria itu sudah lama wujud dalam bidang penerbitan drama berdasarkan pengalamannya lebih 20 tahun dalam bidang itu.

Aida yang juga penerbit drama fenomena Andainya Takdir turut menyelar sikap individu dan peminat yang tidak faham konsep penerbitan drama tetapi hanya pandai mengkritik.


“Drama kita ada banyak genre. Begitu juga program yang ada dalam negara kita. Kenyataan sebelum ini saya bercakap atas platform DFKL (Drama Festival Kuala Lumpur) itu sendiri yang mana mencari bakat untuk diketengahkan dalam drama sekali gus mencari pelapis hero dan heroin.
“Siapa nak tengok drama jika pelakon utamanya tak cantik atau kacak? Sudah semestinya dalam drama mencari yang ada rupa. Dari situ, kita boleh gilap bakat mereka. Bukannya soal bakat itu diketepikan terus. Mereka yang menghentam membabi buta ini hanya pandai bercakap.
“Saya berikan contoh, jika program mencari pelawak, datanglah rupa dan penampilan macam mana pun, kalau mereka berbakat saya akan terima. Sebab program seumpama itu memang kena ada bakat,” katanya kepada Harian Metro.
Aida yang mengeluarkan kenyataan itu ketika menjadi juri sesi uji bakat DFKL 2019 baru-baru ini berdepan pelbagai kritikan daripada penggiat seni dan netizen.
Pelakon legenda, Ogy Ahmad Daud turut menyifatkan Aida tidak faham rukun lakonan selain dianggap biadap terhadap peserta uji bakat.
Selain Ogy, beberapa rakan artis lain juga tidak bersetuju dengan kenyataan dikeluarkan Aida. Malah, ada beranggapan Aida tidak sensitif selain menyifatkan kenyataan sebegitu tidak wajar.
Aida yang juga pengendali saluran di Unifi TV serta pembekal drama di beberapa saluran stesen TV utama berkata, kehendak penonton menjadi sandaran mereka.
“Saya sudah cukup berpengalaman dalam bidang ini. Saya sudah masak apa kehendak stesen TV. Malah, mereka juga membuat keputusan atas permintaan penonton. Kita sepatutnya terima hakikat. Berhenti daripada menyalahkan satu pihak saja. Perkara seperti ini bukan benda baru dalam penerbitan drama di negara kita,” katanya.
Dalam masa sama, Aida juga menafikan kenyataan dikeluarkan itu menghina ciptaan Allah SWT seperti yang disebarkan segelintir pihak.
“Mereka tidak tahu apa maksud sebenar saya. Terlalu cepat nak menghukum. Saya tidak menghina ciptaan Allah. Saya bercakap atas kapasiti sebagai juri dalam DFKL. Sudah lima tahun saya terbabit dalam program itu. Saya hanya menyuarakan perkara sebenar.
“Saya bukan jenis yang memberikan harapan palsu pada orang. Lebih baik saya berterus terang meski ia pahit ditelan. Saya siap cakap, kalau memang tidak ada rupa tapi berbakat, boleh cuba nasib untuk menjadi watak ‘extra’ dulu. Kalau ada rezeki, mungkin mereka boleh pergi jauh.
“Ada yang datang sudah lima kali sepanjang lima tahun DFKL ini. Dia berbakat dalam penulisan skrip. Saya akan bantu dia dalam bidang itu. Begitu juga dengan yang lain, saya minta mereka pergi uji bakat program yang mengutamakan bakat. Namun, dalam drama saya akan serap mereka untuk watak yang bersesuaian,” katanya.
Dalam pada itu, Aida berkata, kenyataannya itu turut dipersetujui rakan penerbit lain.
“Apabila saya bercakap perkara ini, orang nampak saya yang jahat. Apabila kenyataan saya disalah ertikan, mereka tidak bersetuju. Ini kerana, mereka juga bersependapat sama dengan saya,” katanya.

Sumber : Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2019 06:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Betullah tu
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2019 07:04 PM | Show all posts
Bayangkan die ni mintak keje, and orang depan2 maki cakap org bodoh x payah mintak keje kt sini.
Seronok x rase.
Even betul ke tidak ke, ape yang ko cakap tu x wajar Zaidah oi.
Ko sbb ko ade duit je, cube kalau xde duit, x ke terhegeh2 jgk
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2019 10:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia dlu berlakon sll dpt watak utama ke..jarang nmpk dia berlakon dlu..
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2019 10:09 PM From the mobile phone | Show all posts
lola replied at 12-3-2019 10:05 PM
Dia dlu berlakon sll dpt watak utama ke..jarang nmpk dia berlakon dlu..

Dulu dia pernah blakon jd perampas tunang kasmadiana.. kasmadiana heroin citer tu.
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2019 11:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Xpernah tgk citer tue..hehehe..actually xkenal pun dia sapa..tau pasal dia pun sbb cerita dia bercerai and kahwin laki muda..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-3-2019 02:21 PM | Show all posts
Betul lah apa yg A.Aida tu cakap. TV station akan pilih pelakon yang akan bagui rating tinggi. Kalau pelakon jongos ada ke org yang tengok. Sbb tu dia dah jadi penerbit dan tak jadi pelakon sbb tak cantik dan tau package dia tak bole jual.  Kalau dia x buat renovation muka rasa2 laki muda dia nak ke tak? Setakat muka lama dia tu Ameng dan abg polis jer yg nak
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2019 02:25 PM | Show all posts
kalau kurang cantik/handsome boleh je jadik pelakon tapi tak yah lah bagi utama. Just bagi watak yg 3rd lead ke apa. Sebab orang yg kureng ni kalau belakon best, drama tu jadi best walaupun hero/heroin kayu babas.


Kalau bakat boleh asah, yg tak cun/kacak tu pun boleh jadi extraordinary. Apa ko fikir Nora Danish tu lawa ke ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2019 12:45 AM From the mobile phone | Show all posts
lola replied at 12-3-2019 11:56 PM
Xpernah tgk citer tue..hehehe..actually xkenal pun dia sapa..tau pasal dia pun sbb cerita dia bercer ...

Dulu dia femes org kenal dia sbb bawak title “bini ameng spring”.. kalau nk harap muka huduh n bakat so-so mmg nan hadoooo jahhhz kosserrrr
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2019 06:54 AM From the mobile phone | Show all posts
kiah_mai_pulak replied at 15-3-2019 12:45 AM
Dulu dia femes org kenal dia sbb bawak title “bini ameng spring”.. kalau nk harap muka huduh n b ...

Owh ye ke..maybe dia ckp tue refer diri dia sendiri la kot..citer dia yg kt tv3 tue pun xbest..
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2019 07:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Betul lah apa dia cakap tu......
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2019 07:48 AM From the mobile phone | Show all posts
sokmogitu replied at 12-3-2019 10:09 PM
Dulu dia pernah blakon jd perampas tunang kasmadiana.. kasmadiana heroin citer tu.

Lamanya x dengar nama Kasmadiana...very the zaman spektra & kisah benar sangat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:17 AM GMT+8 , Processed in 0.105854 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list