CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3293|Reply: 28

[Dunia] Suami Isteri Makan Menu Sama, Di Restoran Sama, 6 Hari Seminggu Selama 15 Tahun

[Copy link]
Post time 12-3-2019 08:23 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
12 Mar 2019

Lynn Sumber Mirror UK

SEPASANG suami isteri memecah rekod apabila makan malam di restoran sama selama 6 hari dalam tempoh seminggu sejak 15 tahun lalu.

Hidangan makan malam itulah yang dijamah mereka setiap sehari. Tiada makan pagi atau makan tengah hari. Ron dan Diana Watson yang sudah berkahwin selama 20 tahun telah menjadikan ia satu tabiat sejak tahun 2004 lagi.

Berdasarkan laporan Wichita Eagle yang dipetik oleh Mirror, mereka berbuat demikian kerana sudah sehari suntuk bekerja dan lebih sanggup membayar untuk makanan yang dihidangkan kepada mereka.

Dari hari Ahad hingga Jumaat, Ron dan Diana akan memandu ke Restoran Texas Roadhouse, Amerika Syarikat pada pukul 3.15 petang bagi mengambil kesempatan memesan menu untuk kategori early bird yang hanya berharga $9.49 (RM51.19) (harga istimewa yang ditawarkan pada pukul 3-5 petang).

Diana akan memesan sajian yang dinamakan Roadkill iaitu berupa stik bersama bawang dan cendawan.
Beliau kemudian akan mengambil salad (dengan Randy dressing) dengan tiada tomato, baked potato tanpa garam.

Menu pilihan Rod pula merupakan ayam dada barbeku. Kadangkala, babi panggang dengan kentang putar, salad dengan Italian dressing.

Jika beliau mahu kelainan, Ron akan sekali-sekala mengambil kentang (jenis manis).

Pasangan ini dilihat juga akan meminta untuk duduk di meja sama bernombor 412 setiap kali ke restoran berkenaan

Untuk minuman, Diana gemar kepada pint of pale sementara Ron cukup dengan air dibubuh sedikit perahan lemon.

Memiliki baucar promosi yang diberikan kepada pelanggan setia, pasangan ini juga akan nikmati udang panggang setahun sekali.

Disebabkan berat badan Ron bertambah, mereka berdua tidak lagi mengambil roti percuma yang sering diberikan setiap kali membuat pesanan. Menariknya, sebagai seorang veteran Perang Vietnam, Ron berhak memperoleh 10 peratus diskaun pada setiap pesanannya.


Ron dilaporkan yang masih derita dengan penyakit ( Post Traumatic Stress Disorder) PTSD atau gangguan stres pasca trauma

Pasangan ini dilihat juga akan meminta untuk duduk di meja sama bernombor 412 setiap kali ke restoran berkenaan. Alasannya, Ron boleh menikmati pemandangan yang baik dan rasa selesa melihat pelanggan keluar, masuk premis itu.

Jumlah keseluruhan makan malam yang dipesan dalam tempoh 15 tahun ialah 79,092 (RM426,617)...
Berdasarkan rekod, Ron dan Diana akan membelanjakan 16.90 (RM91.15) untuk makanan dan minuman makan malam setiap hari.

Dalam seminggu, jumlah perbelanjaan mencecah 101.40 (RM546.94). Dalam setahun, 5,272.80 (RM28,441.14). Jumlah keseluruhan dalam tempoh 15 tahun ialah 79,092 (RM426,617). Bagi Ron, jumlah itu sangat wajar.

"Angka itu agak murah, sama juga kalau ke pasar raya membeli barang-barang dapur, balik ke rumah,kemudian memanaskan makanan di dapur dan akhirnya membersihkannya. "Sama sahaja tapi di restoran layanannya lebih baik," katanya.

Pasangan itu memberitahu media yang mereka tidak pernah bosan dengan rutin mereka. Satu-satunya hari yang pasangan ini tidak ke restoran itu ialah pada hari Sabtu.

Pada hari berkenaan, Diana habis kerja lebih lewat. Restoran Texas Roadhouse juga agak sibuk pada waktu puncak.

Jadi, mereka akan pergi ke Restoran Hog Wild yang mana suasananya pada hari berkenaan lebih tenang.
Tetapi di Restoran Texas Roadhouse mereka mendapat layanan yang lebih istimewa. Pengurus restoran meletakkan wajah pasangan suami isteri ini di dinding yang dinamakan wall of fame dan menyatakan bahawa kedua-dua ini adalah 'maskot tidak rasmi' restoran itu.

Pasangan itu memberitahu media yang mereka tidak pernah bosan dengan rutin mereka dan ia merupakan peluang menghabiskan masa yang berkualiti bersama.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2019 08:39 PM From the mobile phone | Show all posts
So sweet ulang benda sama bertahun tahun
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2019 08:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya..so sweet..
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2019 09:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan senang nak dapat suami mcm ni..

Suami yg ada “kekurangan” dan isteri pulak setia tu yg suami syg.

Suami kat malaysia bosan makan “lauk” yg sama hari2
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2019 09:26 PM | Show all posts
15 tahun tak pernah bawak bini pi holiday ke apa samdol ni

Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2019 09:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Some people are fixed type of person
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-3-2019 09:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Romantic Dan sweet gaya Sana

Sini romantis definisi nya BG bini balik kg rumah makpak dia
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2019 09:39 PM | Show all posts
onexox97 replied at 12-3-2019 09:38 PM
Romantic Dan sweet gaya Sana

Sini romantis definisi nya BG bini balik kg rumah makpak dia

romantic menda 15 tahun kawin, satu tempat je bawak bini makan
dera bini tuuuuuu






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2019 09:42 PM | Show all posts
Diana akan memesan sajian yang dinamakan Roadkill iaitu berupa stik bersama bawang dan cendawan.


sedap dan menyelerakan namanya
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2019 09:52 PM From the mobile phone | Show all posts
MMlava replied at 12-3-2019 09:39 PM
romantic menda 15 tahun kawin, satu tempat je bawak bini makan
dera bini tuuuuuu

At least binj xyah susah masak
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2019 10:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Couple ni pentingkan practicality
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2019 10:07 PM | Show all posts
onexox97 replied at 12-3-2019 09:52 PM
At least binj xyah susah masak

so tang mana romanticnya 15 tahun kawin bini tak pernah masak tuk laki??




Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2019 10:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila salah sorang mati..duk tercanguk la sorang sorang kat situ
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2019 10:09 AM | Show all posts
kalau salah sorang dah takde, mesti sedih bila pergi tempat tu..
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2019 10:18 AM | Show all posts
ada masalah org ni....bukan sihat ni...
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2019 10:20 AM | Show all posts
wahh....rasa mcm romantic je kan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2019 10:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Abang....nak makan mana?   Maka mgelabah la sang suami. Bagi cadangan semua x kena... Hehe
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2019 10:23 AM | Show all posts
kucingitam replied at 13-3-2019 10:09 AM
kalau salah sorang dah takde, mesti sedih bila pergi tempat tu..

alamak...teringatkan pula filem animasi yg lelaki tua terbangkan rumah guna belon tu kan. Tajuknya UP ke apa ntah.
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2019 10:37 AM | Show all posts
precious_chicas replied at 13-3-2019 10:23 AM
alamak...teringatkan pula filem animasi yg lelaki tua terbangkan rumah guna belon tu kan. Tajuknya ...

haah, UP. sedih..sedih...baru mlm tadi tgk kat Disney cenel..ehehe

Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2019 10:37 AM | Show all posts
MMlava replied at 12-3-2019 09:26 PM
15 tahun tak pernah bawak bini pi holiday ke apa samdol ni


Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 07:12 PM GMT+8 , Processed in 0.228358 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list