CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2223|Reply: 12

Bang Anuar Zain Sendu ??

  [Copy link]
Post time 13-3-2019 04:33 PM | Show all posts |Read mode
Bukan sombong, tapi bayaran tak berbaloi - Anuar ZainOleh Fatin Farhana Ariffin
fatin.farhana@bh.com.my


KUALA LUMPUR: Penyanyi Anuar Zain mengakui, bayaran tidak setimpal sebagai antara sebab dia jarang tampil membuat persembahan untuk program televisyen.

Menafikan dirinya sombong atau eksklusif, Anuar, 49, berkata banyak perkara perlu dititikberatkan sebelum dia muncul membuat persembahan.

“Memang saya sudah lama tidak menjayakan program televisyen. Kebiasaannya, tawaran diterima pada hujung minggu iaitu ketika jadual saya padat dengan undangan persembahan.

“Selain itu, bayaran diberikan juga tidak setimpal dengan perbelanjaan saya. Untuk persembahan, saya perlu keluarkan wang untuk membayar jurutera muzik, jurusolek, selain menyediakan pakaian dan kos pengangkutan. Harga yang diberikan perlu relevan.

“Ada ketika, bayaran diberikan tidak pulang modal. Saya bercakap bukan hanya untuk diri, sebaliknya semua artis juga mahukan bayaran yang setimpal. Memang ada ketika, penyanyi perlu berkorban, tetapi sampai bila?,” katanya.

Anuar berkata, sebagai penyanyi, undangan persembahan adalah punca pendapatan mereka, namun ia harus setimpal dengan tenaga dan perbelanjaan yang dikeluarkan.

“Jika harga yang ditawarkan munasabah, saya tidak akan menolak. Contohnya, saya bakal menjayakan persembahan untuk sebuah acara anugerah yang disiarkan menerusi televisyen,” katanya.

Bakal meraikan ulang tahun ke-50 pada 15 Februari tahun depan, Anuar berkata, dia merancang untuk keluar dengan album penuh sempena hari kelahirannya.

“Kali terakhir saya menghasilkan album penuh pada 2016. Insya-Allah, menjelang usia 50 tahun depan, saya mahu tampil dengan sebuah lagi album baharu.

“Untuk kali ini, ramai memberikan saranan supaya menghasilkan karya lebih ringan. Sebagai memenuhi permintaan peminat, saya mencari lagu balada yang ringan seperti yang dibawakan penyanyi K-pop,” katanya.

Anuar ditemui pada sidang media sempena Malam Amal Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2019.
Bakal berlangsung pada 29 Mac ini, acara itu menyaksikan Anuar bergandingan dengan Datuk Sheila Majid dan dua penyanyi Indonesia, Harvey Malaiholo serta Marcell Siahaan.

“Saya sangat teruja dapat berkongsi pentas dengan tiga penyanyi yang menjadi idola. Lebih istimewa, ini persembahan pertama, saya dan Harvey beraksi di pentas yang sama,” katanya.

Selain sibuk memenuhi undangan nyanyian, Anuar turut menceburi dunia perniagaan dengan memperkenalkan produk serum penjagaan wajah dan tudung bawal.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2019 12:34 PM | Show all posts
ape2 la abg nuar
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2019 12:40 PM From the mobile phone | Show all posts
seiring dgn usia la sendu tu...
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2019 01:27 PM | Show all posts
Selain sibuk memenuhi undangan nyanyian, Anuar turut menceburi dunia perniagaan dengan memperkenalkan produk serum penjagaan wajah dan tudung bawal.



seriously bang nuar?
lg nk demand mcm2





Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2019 07:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Artikel ni dari perkataan pertama sampai habis iols setuju jah dengan anuar zain.... kecuali ayat last tu.., berniaga tudung bawal??
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2019 12:06 AM From the mobile phone | Show all posts
memang sendu pun. tengok je lah benang ni baru 5 komen
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-3-2019 01:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Anuar Zain laku keras utk dinner show yg tak keluar TV. Itu yg dia nak cakap sbnrnya. Klu show keluar TV...dapat token je... token pulak ciput dan tak berbaloi dgn masa yg diluangkan.
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2019 01:21 PM | Show all posts
Mppph..ibu Qin suka lagu2 Bang Nuar ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2019 01:28 PM | Show all posts
smpi skrg x boleh hadam mcmne dia boleh jual tudung .. tgk dayang rileks je menyanyi xde nk jual skincare ke baju ke
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2019 01:40 PM | Show all posts
'saya mencari lagu balada yang ringan seperti yang dibawakan penyanyi K-pop'
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2019 04:45 PM | Show all posts
Exclusive gituu bamnuar
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2019 01:05 AM | Show all posts
nuar sendu terpaksa jual skin care selepas tudung tak laku. dia juga buat business air kesihatan ok.. tetap tak laku jua
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2019 10:50 AM | Show all posts
sorry tak minat pon........bang botoks
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 10:20 AM GMT+8 , Processed in 0.097702 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list