CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1436|Reply: 7

[Jenayah] kereta adun kena curik dlm kawasan kerajaan

[Copy link]
Post time 13-3-2019 07:27 PM | Show all posts |Read mode

guard tidur ke, guard tak cukup pasal kena buang kerja tuk jimat duit kerajaan




Kereta ADUN Buntong hilang dalam kawasan bangunan kerajaan



IPOH 13 Mac - Kereta peribadi milik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buntong, A. Sivasubramaniam hilang dipercayai dicuri ketika diletakkan dalam keadaan berkunci di kawasan tempat letak kenderaan di Pejabat Tanah dan Galian (PTG) negeri di Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab di sini semalam.

Sivasubramaniam yang meletakkan kereta jenis Proton Perdana V6 berwarna hitam di kawasan itu pada pukul 3 petang, menyedari kehilangannya selepas mahu mengambil keretanya pada pukul 4.30 petang.

Turut hilang bersama dalam kenderaan itu ialah dokumen-dokumen berkaitan kerja beliau dengan anggaran kerugian berjumlah RM15,000.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Mohd. Ali Tamby berkata, Sivasubramaniam yang juga Ketua Penyelaras Unit Hal Ehwal Bukan Islam negeri mendakwa, kenderaan itu diletakkan di tempat kebiasaannya pada setiap hari.

“Pejabat beliau di bangunan PTG tersebut dan menurut Sivasubramaniam, beliau masuk ke pejabat hanya dua jam. Tempat kejadian merupakan kawasan berpagar bangunan kerajaan.

“Tiada kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian, namun terdapat pengawal keselamatan di situ. Hasil temu bual dengan pengawal keselamatan bertugas mengatakan kejadian itu tidak disedarinya,” katanya di sini hari ini.

Tambah Mohd. Ali, kenderaan model tahun 2006 milik Sivasubramiam itu juga tidak mempunyai alat pengesan kedudukan global (GPS) dan hanya dikunci secara ’steering lock’ tanpa kunci tambahan.

Kes disiasat di basah Seksyen 379A Kanun Keseksaan. - UTUSAN ONLINE





Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2019 08:10 PM | Show all posts
nasib baik bukan kereta geely kalau tak pencuri tu terkejut bumblee bee bercakap
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2019 08:30 PM | Show all posts
mesti rentung DAPee ni mintak tanah buat kuil...wakakakakakakakakakakkakaa
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2019 09:10 AM | Show all posts
berani tuuuuu curikk.. mohon carik sampai jumpa atau rakyat bakal persoalkan kecekapan polis tangani isu dlm bangunan mcm ni pun blh hilang? kat luar2 apetah lagi?
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2019 09:33 AM | Show all posts
blh lh tmbh cctv kt are parking tu

btw gambar tu bila plk die ambil
utk ape die ambil gmbr tu


Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2019 09:43 AM | Show all posts
kantoi .... masuk pjbat 2 jam jer
itu pon lepas lunch
sign 2 , 3 paper pakat blah kul 4
btw husnozon mungkin pagi ada rasmi acara pecah tanah @ meeting ngan jabatan lain
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-3-2019 09:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Yeke hilang entah entah lupa taaruk mana
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2019 10:15 AM | Show all posts
kalau ikutkan gambar tu.dia paking kat tempat motor
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 07:51 PM GMT+8 , Processed in 0.285986 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list