CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2110|Reply: 3

Jika Abangnya Tidak Mati, Mungkin Trump Jadi Lebih Teruk Daripada Abangnya

[Copy link]
Post time 14-3-2019 12:19 PM | Show all posts |Read mode





Siapa yang tidak mengenali figura ini, yang sekarang menjadi salah satu pemimpin utama dunia. Donald Trump atau nama sebernarnya Donald John Trump, bukan saja seorang billionaire dunia, malahan beliau adalah presiden yang ke-45 bagi Amerika Syarikat selepas memenangi pilihan raya dengan menewaskan musuh politiknya, Hillary Clinton, pada 2016.


Bukan itu saja,presiden yang menjadi perhatian dunia ini mempunyai beberapa fakta tentangnya , yang boleh mengejutkan sesiapa saja yang mengetahuinya.
Berikut adalah 5 Fakta Mengejutkan Tentang Mr. Trump.

1. Pecinta Sejati Makanan Ringan


Gambar daripada Chris Kleponis/Pool/Getty






Jika  anda merasakan diri anda adalah pengemar makan ringan, anda perlu membuat perbandingan diri anda dengan Donald Trump. Ini kerana, tanpa berselindung, billionaire Amerika syarikat ini mengaku bahawa dia menggemari makanan ringan terutamanya produk daripada  syarikat makanan ringan gergasi dunia, McDonald. Hal ini sehinggakan  The New York Times memberi jolokan 'Presiden Makanan Ringan Kebangsaan' kepadanya.




2. Trump Disaman 3,500 Kali



Gambar daripada https://lawandcrime.com/high-profile/president-trump-has-already-been-sued-34-times-since-getting-elected/






Menjadi salah satu pemimpin penting di dunia, Trump tidak terlepas daripada undang-undang. Ini dapat dilihat apabila keputusan eksklusif analisis daripada USA TODAY pada tahun 2016, Presiden Amerika Syarikat ini mencatatkan tidak kurang daripada 3,500 buah saman telah difailkan tehadapnya, sepanjang 3 dekad yang lepas. Kebanyakan saman ini difailkan oleh rakan kongsi perniagaan, kontraktor, klien, pekerja dan juga pihak bank.




3. Kipas Susah Mati WWE





Kredit- Youtube





Trump bukan saja seorang  presiden yang penuh dengan kontroversi, tetapi  beliau juga dikenali sebagai 'kipas susah mati'  World Wrestling Entertainment atau lebih dikenali sebagai WWE. Kawan kepada Vince McMahon, pemilik kepada WWE, pernah menjadi host kepada 2 acara WrestleMania yang telah diadakan di Trump Plaza dan yang lebih menariknya lagi, dia juga turut terlibat dalam beberapa  episod WWE.




4. Pemenang Anugerah Pelakon Pembantu Terburuk




Kredit-Youtube





Pada tahun 1990, Donald Trump telah memenangi Anugerah Pelakon Pembantu Terburuk dalam  Golden Raspberry Awards. Anugerah itu dimenanginya selepas membintangi sebuah filem ,Ghost Can't Do it, hanya sebagai watak tambahan.




5.  Trump Adalah Seorang 'Teetotaller'



Gambar daripada SBS News


Yup memang benar Trump adalah seorang Teetoteller ataupun seorang yang tidak penah meminum minuman beralkohol. Seorang lelaki yang mempunyai sebuah bangunan pencakar langit, beberapa buah kasino serta mempunyai jenama vodka sendiri ternyata bukan seorang  penggemar akhohol. Hal ini terjadi apabila abangnya, Fred Jr, telah disahkan mati pada umur 43 kerana ketagihan meminum minuman beralkohol bermula pada zaman universitinya. Trump mengingatkan diriya tentang bahaya meminumnya serta sebelum abangnya meninggal, dia telah memesan Trump supaya tidak memulakan tabiat meminum minuman beralkohol.




Jadi, selepas mengetahui lebih mendalam tentang Donald Trump,adakah anda lebih menyukainya atau semakin membencinya? - CARI

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2019 04:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Penah tgk kat fb video apatah dorang listkn makanan yg di makan sepanjang hari trump ni pastu dorang kena mkn kot gitulah
Mmg fast food dr pg sampai mlm hahaha mcm budak2 nya stail siap tak mkn sayur bagai rasa lucu sbb org kaya tapi paling suka fast food je takde plak dia nak layan caviar ke lobster ke apa.
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2019 08:34 AM | Show all posts
respek la sbb x minum alkohol
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2019 04:39 PM | Show all posts
benci. sekian.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 11:26 AM GMT+8 , Processed in 0.073856 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list