CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2923|Reply: 22

[Jenayah] Pengisytiharan darurat mudaratkan mangsa - Najib

[Copy link]
Post time 15-3-2019 03:05 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR, 27 Disember:
Kerajaan tidak mengisytiharkan darurat di negeri-negeri yang dilanda musibah banjir termasuk di Kelantan yang paling teruk dilanda bencana berkenaan kerana implikasi pengisytiharannya akan tambah memudaratkan mangsa yang terlibat, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.
“Mengenai pengisytiharan darurat, ia tidak diisytiharkan kerana terdapat pelbagai implikasi yang memudaratkan kepada penduduk terlibat banjir, terutamanya kerana pihak insurans tidak akan membayar ganti rugi sekiranya darurat diisytiharkan,” kata Najib.
Walaupun mengakui beliau dimaklumkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) bahawa bencana kali ini amat serius memandangkan ada lokasi tertentu yang sebelum ini tidak pernah dilanda banjir, kali ini terjejas teruk, namun katanya belum ada keperluan untuk kerajaan mengisytiharkan darurat.
“Walaupun begitu, Kerajaan Persekutuan telah pun mengambil tindakan seperti berada dalam darurat dan mengerah semua aset untuk membantu keadaan banjir,” kata Najib yang sedang meninjau keadaan mangsa bencana banjir di Kelantan di laman akaun rasmi Facebook beliau, Sabtu.
Sebelum itu, Najib mengumumkan bantuan khas sebanyak RM500 juta kepada mangsa banjir di setiap negeri yang dilanda bencana itu.
Beliau berkata dana itu akan diuruskan sepenuhnya oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan akan mula disalurkan selepas berakhirnya bencana itu.
“Bantuan ini akan diagihkan melalui MKN berdasarkan kriteria yang akan ditetapkan,” katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan melalui udara di jajahan terjejas teruk akibat banjir seperti Tumpat dan Tanah Merah.
Mengulas lanjut mengenai dana RM500 juta itu Najib berkata ia merangkumi bantuan bagi mangsa yang kediaman dan kenderaan mereka rosak akibat banjir.
Beliau bagaimanapun berkata ia tidak meliputi peruntukan yang akan ditentukan kemudian untuk membaiki kerosakan kepada institusi pendidikan, bangunan kerajaan, masjid, surau dan lain-lain.
“JKR (Jabatan Kerja Raya) akan menyelaraskan kerja baik pulih (infrastruktur awam) yang perlu dilakukan sebaik sahaja banjir ini selesai nanti,” katanya.
Beliau menegaskan segala usaha bantuan perlu dilakukan pada tahap semaksimum mungkin oleh semua pihak termasuk agensi kerajaan berkaitan.
Selain itu, Najib yang juga Menteri kewangan turut mengumumkan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), yang dijadualkan akhir Januari depan, dipercepatkan kepada pertengahan bulan itu untuk penerima yang ditimpa musibah banjir.
Manakala institusi kewangan dan agensi yang menguruskan dana pinjaman menjadualkan semula tempoh bayaran balik pinjaman bagi membantu meringankan lagi beban mereka yang terjejas, kata Najib.
Berikut adalah teks penuh posting kenyataan Perdana Menteri di laman Facebook Najib Razak milik beliau :
Saya telah meninjau dan melakukan lawatan ke banyak kawasan di Kelantan yang dilanda banjir.
Dalam sidang media berkaitan, saya menegaskan bahawa Kerajaan Persekutuan akan terus bekerjasama dengan kerajaan negeri bagi memastikan bantuan sampai kepada mangsa yang memerlukan.
Selain itu, saya juga melahirkan kepercayaan dan keyakinan kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menggalas tanggungjawab sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara bagi menangani isu banjir yang melanda kini.
Saya juga telah mengumumkan 3 langkah tambahan oleh Kerajaan Persekutuan iaitu :
Penambahan dana bantuan banjir sebanyak RM500 juta melalui Majlis Keselamatan Negara untuk kesemua negeri yang dilanda banjir;
Pembayaran BR1M akan dipercepatkan ke pertengahan atau penghujung Januari; dan
Institusi kewangan mengatur semula jadual pembayaran balik pinjaman kepada mangsa banjir.
Mengenai pengisytiharan darurat, ia tidak diisytiharkan kerana terdapat pelbagai implikasi yang memudaratkan kepada penduduk terlibat banjir, terutamanya kerana pihak insuran tidak akan membayar ganti rugi sekiranya darurat diisytiharkan.
Walaupun begitu, Kerajaan Persekutuan telah pun mengambil tindakan seperti berada dalam darurat dan mengerah semua aset untuk membantu keadaan banjir.
Mudah-mudahan inisiatif yang diambil ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban mangsa banjir, dan pada masa sama kita terus dan jangan berhenti berdoa agar musibah banjir yang melanda kita kini mulai surut dan reda, Insya-Allah.


Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2014/12/27/pengisytiharan-darurat-mudaratkan-mangsa-banjir-najib/#ixzz5iDoFb100

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2019 03:21 PM | Show all posts
Bencana banjir tahun 2014 tu melibatkan kemusnahan harta benda

Ia berkait dengan tuntutan insurans dan seumpama

sebab itu kerajaan terdahulu tidak isytiharkan
darurat

Bencana kimia toksik seperti di Pasir Gudang lebih
melibatkan keselamatan nyawa penduduk, tanpa melibatkan
harta benda

dan darurat lebih diperlukan supaya operasi dan langkah
pencegahan lebih mudah diatur oleh pihak berkuasa

apa ke bangangnya RBA kutip kenyataan DSN tahun 2014 tu

tak kena tempat la RBA bahenol
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2019 03:24 PM | Show all posts
Ya bodoh macai PH ni termasuk RBA...itu tak sama dgn banjir 2014...ini melibatkan nyawa...bahaya tak nampak terbang terbang di udara....
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2019 03:27 PM From the mobile phone | Show all posts
dizekni replied at 15-3-2019 03:21 PM
Bencana banjir tahun 2014 tu melibatkan kemusnahan harta benda

Ia berkait dengan tuntutan insuran ...

najib awal2 lg dah explain dlm facebook dia knp tak isytihar darurat bencana utk banjir tu

najib bagitau jugak, kerajaan bwh dia pernah isytihar darurat bencana jerebu pd tahun 2013 utk negeri johor


kesian puak2 ni, sejenis bodoh sombong lg ignorant
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2019 03:32 PM | Show all posts
nah utk yg tak baca facebook najib. ahmad maslan pun dah explain bgtau kerajaan dulu pernah isytihar darurat utk kes jerebu. dah kaler merah tu

Najib Razak
21 hrs ·
Mengisytiharkan darurat bencana untuk Pasir Gudang bukan satu perkara yang senang mencetuskan panik dalam masyarakat seperti yang dikatakan oleh Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah.

Darurat bencana jerebu pernah diisytiharkan oleh saya bagi seluruh Daerah Muar dan Daerah Ledang pada tahun 2013.

Masa itu, tidak ada seorang pun yang panik.

Pengisytiharan darurat bencana dilaksanakan kerana ia memudahkan operasi bersama kerajaan pusat dengan kerajaan negeri untuk membaik pulih kawasan terjejas dilakukan dengan segera dan secepat mungkin.

Oleh itu, kerajaan PH tak perlu takut untuk isytiharkan darurat jika situasi memerlukannya.

Sebaliknya, kerajaan perlu bertindak dengan pantas dan tegas apabila nyawa dan kesejahteraan rakyat terancam.


Kredit Video: KiniTV.

UPDATE:

Ada yang bertanya mengapa kerajaan BN tidak mengisytiharkan darurat bencana untuk banjir besar pantai timur pada tahun 2014 - seperti darurat bencana jerebu di Johor pada tahun 2013.

Biar saya jelaskan.

Risiko untuk bencana jerebu dan gas toksik untuk menjejaskan harta fizikal rakyat seperti kereta dan rumah tidak tinggi.

Tidak sama seperti banjir besar.

Jika darurat bencana banjir diisytiharkan untuk banjir pantai timur pada masa itu, ia ada implikasi undang-undang kepada tuntutan insuran dari rakyat.

Syarikat insuran mungkin menggunakan klausa 'force majeure’ untuk mengelak dari menunaikan tuntutan itu.

Setiap situasi adalah berbeza.


Tetapi hak dan kepentingan rakyat tetap merupakan keutamaan dalam sebarang pertimbangan yang menyumbang kepada keputusan kerajaan pusat BN masa itu.

Pada masa bencana banjir tahun 2014, kerajaan BN telah menggerakkan hampir semua agensi persekutuan termasuk Majlis Keselamatan Negara untuk menolong dan memulihkan keadaan.

Declare Disaster Emergency for pasir gudang is not a thing that is easy to spark panic in society as said by the deputy prime minister dr wan azizah.

The Haze Disaster Emergency was ever declared by me for the entire muar district and the creek district in 2013.

That time, no one was panicking.

Disaster Emergency Declaration is implemented because it eases operations with the central government with the state government to improve the affected area is done immediately and as soon as possible.

Therefore, the ph government does not have to be afraid to declare the emergency if the situation needs it.

Rather, the government needs to act fast and firm when the lives and wellness of the people are endangered.

Video Credits: Kinitv.

Update:

Some asked why bn government did not declare disaster emergency for big floods of the east coast in 2014-such as the emergency disaster of the haze in johor in 2013.

Let me explain.

Risks for the disaster of haze and toxic gas to affect the physical property of the people like cars and homes are not high.

Not the same as the big flood.

If the emergency disaster emergency was declared for the floods of the east coast at that time, it has a legal implications to the insurance claims from the people.

The Insurance company may use the 'Force Majeure' clause to avoid the claim of the claim.

Every situation is different.

But the rights and interests of the people are still a priority in any consideration that contributed to the decision of the bn centre government that time.

At the time of flood disaster 2014, the bn government has moved nearly all federal agencies including the National Security Council to help and restore the situation.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2019 03:35 PM | Show all posts
kesian rakyat dpt menteri2 bodoh yg tak tahu pun maksud darurat bencana tu. dia ingat mcm darurat zaman jepun dulu gamaknya.

idiot to the max
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-3-2019 03:43 PM | Show all posts
Motip kau tak letak Najib isytihar darurat time jerebu 2013????kau faham tak situasi macam mana yang kita kena isytihar darurat??
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2019 03:57 PM | Show all posts

seboleh2nya memang x nak darurat...

kerajaan Persekutuan leh salah guna darurat tu nanti..

Ingat kes 13 Mei? KL bergaduh berbunuh....Sabah/Sarawak jadi mangsa dimana PDA 1974 menumpang pengistiharan darurat 1969 untuk menguatkuasa PDA..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2019 04:04 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_shalom replied at 15-3-2019 03:57 PM
seboleh2nya memang x nak darurat...

kerajaan Persekutuan leh salah guna darurat tu nanti..

darurat bencana ni bwh mkn. darurat 13 mei tu bukan ke bwh perlembagaan?
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2019 04:48 PM | Show all posts
Edited by cmf_shalom at 15-3-2019 05:05 PM
badaksumbu replied at 15-3-2019 04:04 PM
darurat bencana ni bwh mkn. darurat 13 mei tu bukan ke bwh perlembagaan?

mana2 darurat punca kuasa dia 1 je iaitu Perlembagaan..MKN itu badan penggerak
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2019 04:51 PM | Show all posts
motip tt???

faham ke idok beza bencana banjir lumpur dengan bencana pencemaran gas di udara?
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2019 04:51 PM | Show all posts
adoiiiii nampak sgt kebodohan geng RBA nih......
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2019 04:52 PM From the mobile phone | Show all posts
insurance kesihatan dan nyawa lebih penting .... harta benda boleh di cari ....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2019 05:09 PM | Show all posts
Dwdrum replied at 15-3-2019 04:52 PM
insurance kesihatan dan nyawa lebih penting .... harta benda boleh di cari ....

mungkin polisi insuran kena dipinda kot...keadaan sekarang tidak pro kepada pemegang insuran if darurat diistiharkan...


kedua, pindaan perlembagaan perlu dibuat..supaya warta darurat tidak digunakan oleh persekutuan untuk tujuan lain nanti..salah guna..

Bayangkan beberapa siri darurat tahun 1969, 70-an..hanya diistiharkan tamat oleh najib pada tahun 2014....selama berpuluh tahun kerajaan persekutuan, terutamanya zaman Tun -22 tahun menyalahgunakan warta darurat tersebut untuk menekan negeri.
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2019 05:47 PM | Show all posts
badaksumbu replied at 15-3-2019 03:35 PM
kesian rakyat dpt menteri2 bodoh yg tak tahu pun maksud darurat bencana tu. dia ingat mcm darurat za ...

bila ribuan nyawa TERKORBAN bencana banjir dikelantan dan jerebu, macai tak berdecit.
bila semua mangsa dpt bantuan dan rawatan pantas terkawal, macai gigih mintak darurat.

macai ingat raja2 melayu bodoh sgt ke nak isytihar darurat sesuka hati?
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2019 05:50 PM | Show all posts
cmf_shalom replied at 15-3-2019 05:09 PM
mungkin polisi insuran kena dipinda kot...keadaan sekarang tidak pro kepada pemegang insuran if da ...

takbleh klem insuran dlm darurat. insuran mana yg bayar org mati masa tsunami ??


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2019 06:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by cmf_shalom at 15-3-2019 06:32 PM
bangcak replied at 15-3-2019 05:50 PM
takbleh klem insuran dlm darurat. insuran mana yg bayar org mati masa tsunami ??


Itu ak x pasti ..kes ini meingatkan ak dulu masa banjit kt kelantan ..rsmai ahli pas n ph marahkan najib kena x istihar darurat..


Sama gk sekarang ramai marahkan ph kenapa x darurat ..

Bila darurat diumumkan..kerajaan negeri akan lumpuh dan tidak mempunyai kuasa lagi....so phm kenapa kerajasn pas x nak darurat dulu..walaupun ramai yg salahkan najib..

Dan ak x pikir johor pun mengizinkan utk diumumkan darurat ....itu apa yg ak teka la..

Slagi boleh dikawal n dbendung..wujudksn zon penampan bg kwsn tcemar ...mmg x akan dsrurat...

Perkara ni x boleh simply perdana menteri boleh umumkan darurat ..Kalau x silap kena dpt kan persetujuan majlis raja2 or sultan/tyt negeri
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2019 06:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Itu najib tak buat darurat. tapi bertindak cepat...haiyooo..ini 1 minggu kesan chemical pun tada buat apa apa...bahlul punya olang
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2019 06:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by cmf_shalom at 15-3-2019 06:53 PM
mamakcool replied at 15-3-2019 06:31 PM
Itu najib tak buat darurat. tapi bertindak cepat...haiyooo..ini 1 minggu kesan chemical pun tada bua ...


Hehehe... Lupa ka...ramai ckp dulu najib nak bg rakyat kelantan mati ka...x sebut la psl ungkitan.. Stahun dh banjir.. Rumah ganti x siap2... Sedangkan yg salah dlm hal rumah ganti ni kerajasn negeri...

Time tu..ak ingat lg..ak meletakkan ksalahan m hampir  100 % kt negeri ..bukan najib...


Kkdg kita kens tgk kuasa persekutuan kuasa negeri dan kuasa bersama utk nk phm sesuatu kejadian...baru la boleh membuat pnilaian adil
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2019 07:56 PM | Show all posts
cmf_shalom replied at 15-3-2019 06:21 PM
Itu ak x pasti ..kes ini meingatkan ak dulu masa banjit kt kelantan ..rsmai ahli pas n ph marahk ...

kalu isytihar darurat,
negeri tu jd bawah kawalan tentera.

tentera seluruh negara terpaksa dikerah berkawal dan urus perpindahan penduduk
ditempat selamat (mcm penempatan mangsa banjir).
segala urusniaga terpaksa dihentikan dan semua penduduk mesti tunggu kat rumah (perintah berkurung)
sementara proses pengungsian.

so,
kedai, opis suma tutup.
hanya trak2 tentera je penuh atas jalan dlm proses pengungsian.

faedahnya pada rakyat, dpt bercuti sambil makan minum ditanggung di pusat penempatan.
atau mungkin sumbangan duit kocek skit mcm mangsa banjir.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 05:45 AM GMT+8 , Processed in 0.426314 second(s), 53 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list