CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1579|Reply: 9

[Tempatan] Aktivis Jufazli ditahan polis kerana ‘hina PM’.

[Copy link]
Post time 16-3-2019 05:17 PM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 16-3-2019 01:18 AM

Aktivis Jufazli ditahan polis kerana ‘hina PM’Tracy Patrick -

March 16, 2019 2:47 PM


Aktivis politik bersuara lantang, Jufazli Shi Ahmad. (Gambar Facebook)


KOTA KINABALU: Aktivis muda dari Sabah, Jufazli Shi Ahmad dijemput oleh polis di rumahnya awal hari ini selepas laporan polis dibuat terhadapnya.


Tidak dapat dipastikan sama ada beliau dijemput di Sandakan ataupun Kuala Lumpur.

Mengesahkan penangkapan itu, sumber polis berkata tidak jelas sama ada bekas ahli DAP itu akan direman lagi.

Sumber itu juga menafikan polis memerlukan waran tangkap dalam kes seperti ini kerana sudah ada laporan rasmi terhadap Jufazli.


Dalam siaran langsung di Facebooknya hari ini, Jufazli menunjukkan sekurang-kurangnya 4 anggota polis tiba di rumahnya untuk menjemput beliau.

Katanya, beliau enggan mengikuti pihak polis kerana mereka tidak mempunyai waran tangkap.

Video itu dilihat sebanyak 310,000 kali, menerima 33,000 komen dan dikongsi 6,669 kali.

Sekurang-kurangnya 1 laporan polis dibuat terhadap Jufazli kerana didakwa “menyerang” Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.


Dalam satu video berdurasi 58 minit, beliau menuduh Mahathir melakukan pelbagai jenayah, termasuk rasuah, salah guna kuasa dan membuat pakatan sulit dengan presiden PAS Hadi Awang dan bekas ketua menteri Sarawak, Taib Mahmud.

“Saya tidak akan memberikan kerjasama penuh kepada polis jika mereka tidak mematuhi undang-undang dan prosedur mereka sendiri,” katanya dalam video tersebut.


Jufazli menjadi penyokong kuat kerajaan persekutuan yang baru sehingga awal bulan lalu dan memuji Mahathir dan kepimpinannya.


Bagaimanapun, beliau pendiriannya bertukar secara drastik sejak 24 Feb lalu dan menuduh Mahathir serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) cuba melindungi Hadi dan bekas perdana menteri Najib Razak.

Laporan polis pertama dibuat di Tawau minggu ini oleh NGO tempatan dan sumber polis memberitahu FMT bahawa Jufazli mungkin dibawa ke Tawau hari ini.


https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/03/16/aktivis-jufazli-ditahan-polis-kerana-hina-pm/




Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2019 06:15 PM | Show all posts
Waran ? Haha. Teringat ungku aziz kena buka pintu malam malam untuk polis geledah rumahnya zaman PM ke4 dulu
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2019 07:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Go go go DAP...ajar Mamak tua tu cukup2

Tak sabar nk tengok drama

#grabpopcorn
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2019 12:47 PM | Show all posts
Walopon aku tak sokong MahaFiraun tapi..


Memang padan muko la si Jufazli Barua Dapigs
kena tangkap, mulut cam burit itik..


Dia ingat ini zaman Najib, dgn Najib buleh la hambur fitnah macam2


Ini zaman MahaFiraun, lu ingat luu siapa ???

Cacing kerawit ada hati nak lawan MahaFiraun..


Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2019 01:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau ko tak suka sapa2 pun tapi xde hak nak maki2....itu ubatnya. Itu kira baik la polis je dtg....buatnya kena tanam hidup2 padan muka. Aku tak tau la fakta ka auta mamat tu tapi aku tak suka mulut mcm bontot ayam maki2 org. Kalau dia betul2  ada fakta pergi buat report.....
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2019 01:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Skandal tun n taib.. Alamak....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-3-2019 11:11 AM | Show all posts
Speaking of warrants...prof Ungku Aziz was handed one when the police came to search his house at night during mahathir's tenure as the 4th prime minister
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2019 11:32 AM | Show all posts
cmf_shalom replied at 17-3-2019 01:16 PM
Skandal tun n taib.. Alamak....

meollss curious napa taib xleh disentuh n disayangi oleh rakyat Sarawak wlaupun harta taib ni mengalahkan robert kuok?shalom leh explain x memandangkn meollss dok kuching dulu smpai umo 10 thun je..time kcik2 xtau politik..hehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2019 11:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by cmf_shalom at 19-3-2019 11:56 AM
chicozinn replied at 19-3-2019 11:32 AM
meollss curious napa taib xleh disentuh n disayangi oleh rakyat Sarawak wlaupun harta taib ni meng ...


Sbg rakyat srwk...ak boleh ckp..rasa syg rakyat srwk ke atas taib adalah propaganda semata2...sedangkan realiti tempoh tsebut suara sbenar rakyat srwk telah didiamkan scara sistematik...

Kenapa taib x boleh disentuh ...tun ada jawapan nya

Kalau sis perasan..salah satu pejuangan PH srwk adalah utk mheret taib ke muka pengadilan...tp usaha tsebut telah dihijek oleh tun



Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2019 11:58 AM | Show all posts
cmf_shalom replied at 19-3-2019 11:53 AM
Sbg rakyat srwk...ak boleh ckp..rasa syg rakyat srwk ke atas taib adalah propaganda semata2...seda ...

yela, bapak aku dulu penah escort taib n penah msuk rumah dia..bapak aku ckap bsar gila, mewah msa zaman 90's dulu..siap ckap ni keje 24jm straight pun xkan dpat merasa kaya cm taib..even anak taib cerai ngn akk sheila majid dpt rm50mil..gila xkaya ke?meolls rasa kaya dia tu melebihi Queen E yg slalu acah2 lavish smbil tek tersembul manjang mse kawen ngan tunku yaacob
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 04:22 AM GMT+8 , Processed in 0.056856 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list