CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 6344|Reply: 69

[Tempatan] STEM: Jumlah pelajar minat aliran Sains semakin merosot. 6,000 setiap tahun. Sal

[Copy link]
Post time 17-3-2019 05:19 PM | Show all posts |Read mode
ASM: ‘Isyarat salah’ ibu bapa punca pelajar tak minat STEM
Bernama -
March 17, 2019 11:12 AM


KUALA LUMPUR: Ibu bapa yang memberi “isyarat salah” mengenai mata pelajaran sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) merupakan antara punca merosotnya jumlah pelajar yang mengambil mata pelajaran itu saban tahun.

Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Sains Malaysia, Hazami Habib berkata ini membimbangkan kerana ibu bapa yang memberi isyarat salah mengenai STEM boleh “mematikan” minat pelajar terhadap subjek itu.

“Situasi ini juga menjelaskan antara sebab sistem pendidikan negara kehilangan sekurang-kurangnya 6,000 pelajar berpotensi dalam bidang STEM setiap tahun,” katanya kepada Bernama.

Jelasnya, kekurangan pendedahan mengenai aplikasi subjek sains dan matematik dengan kehidupan seharian juga menjadi antara sebab penurunan ketara pelajar dalam bidang STEM daripada 203,391 orang pada 2012 kepada 167,962 orang pada 2018.

Baru-baru ini Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik mengakui jumlah pelajar yang mengambil mata STEM merosot saban tahun.

Maszlee berkata walaupun peranan STEM berkait rapat dengan pekerjaan baru muncul dan industri digital yang berkembang pesat, namun penawaran bakat dalam bidang STEM agak membimbangkan.

Menyentuh sikap ibu bapa yang terlalu mengambil langkah selamat agar anak mereka lulus cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Hazami menyifatkan tindakan itu hanya akan merugikan potensi sebenar yang ada pada pelajar berkenaan.

“Semua ibu bapa mahukan yang terbaik untuk masa depan anak mereka sehingga mengambil langkah selamat iaitu tidak membenar atau menggalakkan mengambil subjek matematik tambahan kerana dianggap susah dan hanya akan menjejaskan keputusan peperiksaan.

Hazami mencadangkan agar subjek sains diperkenalkan dari peringkat prasekolah dan dalam masa yang sama, ibu bapa turut diberi pendedahan kepada kepentingan subjek itu yang tidak terhad penggunaannya dalam sains sahaja.

“Kerjasama antara guru, ibu bapa, agensi, penggiat industri dan badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan sangat penting bagi mengurangkan pandangan negatif masyarakat terhadap STEM dan sekali gus memastikan ‘kehilangan’ pelajar STEM setiap tahun dapat diatasi,” katanya.

Sementera itu Pengerusi National STEM Movement, Noraini Idris berkata penurunan ketara itu dapat dilihat daripada bilangan kelas aliran sains di sekolah yang sebelum ini bilangannya 4 atau 5 tetapi kini hanya 1 atau 2 kelas sahaja.

“Apabila dibuat kajian sejak beberapa tahun lalu, nyata masalah itu bukan semata-mata berpunca daripada pelajar tetapi pelbagai faktor termasuk pengurusan sekolah yang dilihat kurang yakin dengan keupayaan guru dan pelajar dalam bidang STEM ini,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Jelas Noraini, antara “kerenah” pengurusan sekolah adalah sukar memberi kerjasama kepada guru yang mengajar subjek sains dan matematik untuk tampil lebih kreatif dalam kaedah penyampaian pembelajaran dan pengajaran.

Noraini juga menjelaskan latar belakang pengetua serta pengurusan sekolah yang bukannya daripada bidang STEM juga menyukarkan guru menggunakan kreativiti mereka untuk manfaat pelajar.

“Jangan terkejut jika ada pengetua atau pengurusan sekolah yang masih lagi tidak faham standard makmal yang diperlukan bagi pembelajaran STEM. Ini bukan bermaksud untuk menyalahkan mana-mana pihak tetapi bagi menjayakan STEM ini, kita mohon semua orang bersikap terbuka.

“Jika ada pula yang bimbang mengenai kos, rasanya guru STEM rata-ratanya kreatif untuk menggunakan bahan di sekeliling mereka terutama bahan kitar semula. Cuma apa yang diperlukan ruang dan peluang untuk bidang STEM berkembang di kalangan pelajar,” ujarnya.

Tambahnya, trend pengurangan jumlah pelajar aliran STEM ini juga akan memberi implikasi terhadap daya tampung tenaga profesional bagi pembangunan negara pada masa depan.

“Secara mudahnya, kekurangan pelajar dari peringkat menengah ini akan memberi kesan kepada Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di mana pada waktu ini sebanyak 11,000 tempat dalam pelbagai jurusan berkaitan STEM di IPT tidak dapat diisi, dengan akhirnya ‘pengeluaran’ jurutera, saintis, doktor yang berkualiti tidak menjadi kenyataan,” ulasnya.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2019 12:38 PM | Show all posts
“Semua ibu bapa mahukan yang terbaik untuk masa depan anak mereka sehingga mengambil langkah selamat iaitu tidak membenar atau menggalakkan mengambil subjek matematik tambahan kerana dianggap susah dan hanya akan menjejaskan keputusan peperiksaan.


Masalahnya kalau diorg x mampu skor A atau setidak2nya B or C... sampai bila2 result 'tak cantik' tu terpamer kat sijil deols! So, perlu ke paksa? Setiap mak pak nk yg tbaik utk anak2 dam yg bersesuaian ngn kemampuan tahap bljr.
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2019 12:55 PM From the mobile phone | Show all posts
stem lah senang guna otak jah.... add math jawab salah pun ada markah asal kan tahu tunjuk cara kiraan  ... kelas sejarah ..dan bahasa i rasa memang waktu terbaik untuk tidur jah ...
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2019 01:01 PM | Show all posts
aku dulu cikgu yang x bagi amek

siapa nak jugak kena buat surat rayuan
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2019 01:14 PM From the mobile phone | Show all posts
mcm ni la... parents suka anak dia jadi pegawai ptd.. tak perlu amik sains bagai, parents suka anak jadi cikgu bahasa melayu, tak perlu sains tinggi.. kerja gomen ada kuasa baru umppp... buat apa belajar payah... yg kontrol adalah org yg amik sastera, pengajian ekonomi.. atau masuk politik settle...
Pegawai Daerah boleh sign lulus atas pelan bangunan akitek..
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2019 01:17 PM From the mobile phone | Show all posts
ads kerja ka bidang sains di malaydia ni... last last menganggur
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-3-2019 01:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Selesaikan dulu masalah graduan STEM yg tak de keja ni..  jgn deny la.. berapa ramai graduan engineering, sains yang takdak keja? Yang akhirnya keja cashier kat supermarket.. yg juai kuih nasi lemak..
Future tak dak.. dah la  belajar susah nak mampus..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-3-2019 01:43 PM | Show all posts
dulu kalau score SRP sure masuk science stream
yg dpt tercorot automatik cikgu suruh masuk sastera
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2019 01:45 PM | Show all posts
Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Sains Malaysia, Hazami Habib berkata ini membimbangkan kerana ibu bapa yang memberi isyarat salah mengenai STEM boleh “mematikan” minat pelajar terhadap subjek itu.


habih...jadi penyembah sains macam penduboq2 etis pun guna akai untuk reasoning hasil dia depa kata manusia berasai daripada lubang duboq beruk buat apa ceq...btw ibu bapa menyahut seruan kerajaan untuk involve dalam bidang kemahiran vokasional dan pertanian....tak main la sains2 ni...pandai sains jadi jurutera letrik kat UPM pun berakhir dengan tabiat bagi komen2 bowdow tak berfakta tak berasas pun tak guna jugak...wakakakakakakakkakakakaka
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2019 01:50 PM | Show all posts
ufc214 replied at 18-3-2019 01:14 PM
mcm ni la... parents suka anak dia jadi pegawai ptd.. tak perlu amik sains bagai, parents suka anak  ...

nak jadi pegawai ptd pun kena jawab soklan matematik la time ni.....tak dak anak2 buah hang bagitau hang ka ceq...yang kerani2 ijazah gomen yang tua2 tu mengeluh tak lepaih2 exam ptd...yang memohon semua ramai ijazah2 kedoktoran dan sains...bila dapat kereja tak tau nak buat keputusan..senior2 ptd pun habaq benda sama..siap kutuk2 lagi kat facebook.....jawab soklan matematik depa boleh la....akhiaq ceghita bila pencen jadi oghang tua sombong sebab pencen banyak....balik kampung kena pulau tak gheti begaul dengan orang kampung...........wakakakakakakakakakkakaka
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2019 01:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Kecik2 dekolah rendah silibus tu dah susah.. Ilang terus drive bebdk tu nak ambik science stream.. Parents skang ni lebih terbuka.. Takde nak paksa anak amik science stream... Bebdk lgk suka pi amik vokasional... Terus hands on kata depa... Hasil tinjauan beb anak senior tmpt aku yg parentsnya dulu penah amik engineering. Tp anak doktor lain skit... Ada skit inspired nak jd mcm parents depa...
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2019 02:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Alaahai cakap panjang2 tak guna la. Nak ambik bidang sains tu nak bawak ke mane je pon? Industri pun tak banyak lg kat Malaysia ni. Ambik sains hujung2 mereput bsaing cari kerja yg non science related. Saing dgn budak dari bidang lain + bidang sendiri. Hek eleh
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2019 02:04 PM From the mobile phone | Show all posts
najib888 replied at 18-3-2019 01:39 PM
Selesaikan dulu masalah graduan STEM yg tak de keja ni..  jgn deny la.. berapa ramai graduan enginee ...

Kannnn.. Ya Allah sakitnya hati baca berita2 mcmni. Tak faham kenapa la nak melambak2kan graduan sains? Tapi hujung2 bukan dipakai pun
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2019 02:06 PM | Show all posts
aku dulu pun mmg x mo ambik sains.. pasal nak jaga result....

eh..suka hati aku laaa nak ambik mana.. yg penting yakin dengan keputusan tu...x mo aku cacatkan sijil tu...

Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2019 02:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Hanya yg bijak pandai je terpilih masuk bidang sains. Tp ujung2 bila masuk alam kerja, yg sains ni xdpt kerja dlm bidang sains pun, so grab je la kerja apa2. level kerani cabuk pon layan, asal ada kerja. Yg dulu2 zaman sekolah ambik art plk semua dah jadi pegawai2 tinggi bahagian pentadbiran... Kesiannn bdk sains
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2019 02:08 PM | Show all posts
kelas sains atau tak, yg penting akhlak dan cara pembawaan diri tu penting.


ramai patients yg i tgk, dari kelas2 sains, last2 tergadai stress dan buat jenayah. salah pembawaan diri.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2019 02:25 PM | Show all posts
begini ke mentaliti mak pak kat malaysia ni??
hmm.. jauh lagi la perjalanan malaysia..
terpaksa la bergantung kepada bangla nepal myanmar vietnam sampai kiamat.

yaa... bangla nepal myanmar vietnam kat malaysia ni buat kerja2 teknikal yg org kita malas..
stem bukan semata nak jadi doc, eng, chemist etc...
jgn berangan la nak jadi maju cam german jepun korea kalau gini bodohnye mak pak.
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2019 02:43 PM From the mobile phone | Show all posts
atira replied at 18-3-2019 02:25 PM
begini ke mentaliti mak pak kat malaysia ni??
hmm.. jauh lagi la perjalanan malaysia..
terpaksa la ...

Kalo teknikal..hand on..vokay pun dah ok rasanya..
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2019 03:05 PM | Show all posts
yuran belajar alirna sains matematik lagi mahal banding bidang lain
sudahnya.. yg susah nak kerja, golongan2 ni
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2019 03:30 PM | Show all posts
bila dah kerja... kat malaysia ni, yg pegang2 jawatan tinggi budak2 art stream... budak law, accountants, fiance semua tu. budak2 sains maybe the top 5-10% je yg naik corporate ladder. selebih nya berterusan lah jadi macai kat korporat. sian.


nak galakkan STEM, sediakan dulu peluang pekerjaan  secukupnya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:38 PM GMT+8 , Processed in 0.079370 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list