CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: R2D2

[Tempatan] Pelajar UM terpaksa 'ikat perut' kesempitan wang. Makan sekali sehari pic #63

  [Copy link]
Post time 17-3-2019 10:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Mahasiswa blh cari mamat nih, dulu bukan main nk jd hero...la nih diam menikus...mna hilang ntah....

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2019 10:46 PM | Show all posts
jofizo replied at 17-3-2019 10:44 PM
Mahasiswa blh cari mamat nih, dulu bukan main nk jd hero...la nih diam menikus...mna hilang ntah....

mana jadi pejuang dah la ni...jadi bapak budak yang soleh lagi penyayang ada la..wakakakakakakakakka

tak pa..tunggu port dickhead jadi PM esok mangkaq ni naik la kot...wakakakakakakak
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2019 12:40 AM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 17-3-2019 10:05 PM
Roomate aku dulu, dpt duit gi beli baju.....bila duit lambat masuk, beli 4paket maggi utk 4hari....a ...

Aku dulu pun suka beli baju gak tapi bundle je. Klu beli bajet rm30 dapat byk baju woo...tapi bab mkn aku tak boleh catu.Mesti kena makan nasik everyday sebab aktif lagi la ddk hostel. Kena rebut kupon lagi.

Pakai nset pun kakak aku punya yg nokia 3315 then dapat present dari family motorola flip rzr bila last year.

Zaman aku nokia daun/ngage/sabun mmg x mampu nak beli sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2019 01:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Duit habis kat topup, produk timbang kilo.
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2019 06:20 AM | Show all posts
kita pun semua dah merasa zaman student.. bukan nya tak tau duit lebih kpd aksesori gajet. baju kasut bag semua mengalahkan citarasa org dah bekerja.
biar depa rasa susah zaman belajar.. sbb nanti takde lah demand masa nak cari kerja.
ni semua nak mintak kerja yg ada meja kerusi.. ada aircond.
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2019 06:33 AM | Show all posts
ada nampak student pegang tabung kt pasar malam
xtau la mgkin dorang ni atau yg aku nampak tu kutipan utk program apa ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-3-2019 07:04 AM From the mobile phone | Show all posts
ninja boy replied at 17-3-2019 10:18 PM
Dari berbangga derma Palestinian syiria masjid bagi la derma student university. Ai pécaya ada yg s ...

Tak glamour kalau x derma sana Dik.nanti so mata butang tak dapat reveal artists yg mencuci dosa dgn dia.padahal melambak lagi org2 susah kat Malaysia sana jgk Dok sibuk.selama ni Syrian yg kaya raya berlagak mn bantu org sendiri.laki pelakon Palestinian Ada ke tolong bangsa dia sendiri?Malaysian je Dok sibuk
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-3-2019 07:54 AM | Show all posts
Pensyarah ambil inisiatif sediakan program sarapan percuma


SINTOK: Menyedari ada pelajarnya mengikat perut kerana kemiskinan, seorang pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM) mengambil inisiatif menyediakan sarapan percuma untuk mereka.

Program Free Food Corner yang bermula pada 10 Februari lalu di pekarangan Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi (SMMTC) itu ternyata sangat diperlukan pelajar apabila makanan yang diletakkan di ruang itu habis dalam masa satu jam.

Pensyarah Komunikasi SMMTC, Sharina Samsudin berkata, program itu mendapat sumbangan daripada kenalannya yang terdiri daripada alumni UUM selain beberapa pensyarah pusat pengajian itu.

“Setiap hari saya menyediakan roti, nasi lemak, bihun goreng dengan peruntukkan RM50. Saya akan mula letak makanan pada jam 8 pagi, selepas sejam ia akan habis.

“Alhamdulillah, program ini berjaya membantu pelajar di sini dan yang penting, perut mereka terisi sebelum masuk kelas. Saya sekarang rasa lebih gembira dapat membantu sebahagian mereka.

“Saya anggarkan daripada kira-kira 20,000 pelajar UUM, 10 peratus adalah pelajar yang terpaksa mengikat perut.

“Malahan, jika mereka makan pun, mereka akan pilih menu nasi putih, telur dan kuah saja berharga RM2.50, kafeteria di sini pun menyedari hal ini dan banyak menu yang disediakan berasaskan telur kerana mereka tahu ada pelajar yang tidak mampu membeli makanan berlauk ayam atau ikan,” katanya yang juga Ahli Jawatankuasa Pembangunan Pelajar Alumni (JKPPA) SMMTC.

Sementara itu, bagi pelajar, Mimi Asmida Noor Azali, 23, berkata dia sangat bersyukur dengan inisiatif yang diambil pensyarahnya berikutan jarang bersarapan untuk berjimat.

Katanya, ini kerana ibunya hanya mengambil upah menjahit dan mampu menyediakan wang saku untuknya kira-kira RM150 sebulan.

“Ibu saya ibu tunggal, adik saya ada lagi yang bersekolah, pendapatan ibu kira-kira RM800 sebulan manakala baki duit Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) banyak digunakan untuk tugasan.

“Saya makan nasi sekali sehari dan pada waktu petang atau malam saya akan makan biskut, tetapi selepas ada program ini, saya dapat bersarapan dan fokus dalam kelas, dalam masa yang sama, saya dapat jimatkan duit belanja jika saya makan nasi lemak yang disediakan,” katanya yang berasal dari Segamat, Johor.

Bagi Siti Norshafiqah Abdullah,23, sebagai anak penternak lembu secara kecil-kecilan dia menganggap sarapan yang disediakan sebagai rahmat Allah.

“Saya anak ke enam daripada tujuh beradik, saya tahu kemampuan bapa saya dengan pendapatan tidak menentu, idea pensyarah ini sangat membantu golongan pelajar seperti saya.

“Kadang-kadang jika saya sudah makan nasi lemak yang disediakan, saya sudah tidak lagi makan, roti yang saya ambil di sini pula saya akan makan pada sebelah petang,” katanya yang berasal dari Kuala Terengganu, Terengganu.

Bagaimanapun bagi Izzah Amirah Wahid, 22, dia tidak mengambil makanan itu kerana tidak mahu merampas hak pelajar yang kurang berkemampuan.

“Saya ada seorang kawan yang hanya makan nasi tiga hari sekali, apabila di kafeteria dia minum dan makan roti. Saya tanya dia kenapa tak makan nasi, dia diam.

“Selepas itulah saya perasan dia memang tak ada duit. Jika saya ada duit lebih, saya akan belanja dia makan. Sebaik saja ada program makanan percuma ini, saya terus beritahu dia supaya mengambil makanan di sini supaya dia tak perlu lagi ikat perut,” katanya yang berasal dari Kota Kinabalu, Sabah.

Sementara itu, pelajar yang berasal dari Bachok, Kelantan, Raja Muhammad Faiz Raja Iskandar, 21, berkata dia membantu Sharina meletakkan makanan di ruang itu setiap pagi secara sukarela.

“Jika kita rasa kita susah, lihatlah orang lain yang jauh lebih susah, saya kasihan melihat rakan-rakan yang tidak mampu membeli sarapan apatah lagi kelas bermula awal iaitu pada jam 8.30 pagi. Kami belajar dalam keadaan perut kosong dan kadang-kadang hilang fokus,” katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2019 09:19 AM | Show all posts
kalau mereka btol2 dari family miskin...
I assume mesti dapat full PTPTN...
kalau x dpt..apa sebabnya....
nak kena tau juga breakdown PTPTN tu ke mana perginya...
kena investigate la...
berapa lebihan setelah tolak yuran...
sekarang pulak ramai terpaksa duduk luar...
sewa sorang average dlm RM150 p.m.
bermakna ada pulak kos pengangkutan disitu...
kena tau juga average harga makanan kat kolej...
kalau kat asrama anak aku di UiTM Dengkil...
RM10 sehari pun cukup...
RM5 mmg boleh sangat mkn nasi kenyang buntang dengan air skali
tu pun ada je mee/mihun/kuayteow/nasi goreng bodoh ..
yg tu lagi la murah...
kalau ko shopping lebih..beli skin care ...
makan kat tempat2 hipster...sikit2 craving kyochon..kfry bagai...
mendapatlah...



Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2019 09:30 AM | Show all posts
alahai dr dulu masa BN pun student ikat perut gak .

masa zaman gst tu siap gaduh dgn matmaselan .. tak kan dah lupa kot.
tetiba lak jadik kenyang mewah pada zaman bn bila ph ambil alih
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2019 09:34 AM | Show all posts
R2D2 replied at 18-3-2019 07:54 AM
Pensyarah ambil inisiatif sediakan program sarapan percuma

aku pun ex UUM...
survived on MARA loan shj...
not a single cents from my parents...
coz masa tu abah dah pencen...
cukup je...
would love to help kalau mereka ada lancarkan proper Tabung utk Food Bank ni...
kesian...



Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2019 09:39 AM | Show all posts
ajinomotonosuga replied at 17-3-2019 10:38 PM
Duit biasiswa anto kamponggg mak nk besokan umahh..abah nk pi umrah..adik nk baju koboi 10 pestol  ...
Patut la kuo uni tak dpt koje..camna nk bajet makan sendiri pun tak reti!
nie aku setuju nie...

zaman skrg aku rasa dah byk bantuan kewangan utk pelajar tertiary.. ptptn ada, mara ada, yayasan ada...jpa dan spa pun ada..cuma ye lah.. pandai tak pandai jer la beza... kadang2 tak bijak mana pun budak2 nie tp tengok jiran sebelah masuk U, dia pun nak masuk U jugak..walopun kursus yang ditawarkan pun dia tak tau apa...

skrg nie kat luar byk jugak keja part time yg blh dibuat... keja mekdi, keja pelayan kedai tepi jalan, cashier kedai runcit, buat part time ajar tuisyen, jadi cleaner, jual nasi lemak, tlg org jual produk..

Last sekali, cuba tgk gaya hidup.. aku tgk yang selalu lepak kat starbuck, mekdi nie kebanyakannya pelajar.. lebih sanggup makan minum kat tempat mcm tu dari keja part time kat situ..then minum minuman yg blh beli megi sekotak..

zaman aku masa U dulu hanya bertemankan rice cooker, masak nasi secawan jer sehari..lauk sardin dgn kobis.. abis belajar 2 benda nie aku malas nak pandang..

pasal kewangan, aku buat part time ajar tuisyen dgn susun buku kat library... gaji sejam 2 ringgit. asal lepas beli megi dgn beras sudah...
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2019 09:40 AM | Show all posts
um tengah2 bandaraya kot...senang nak buat keje part time. student byk je masa....boleh je bahagi masa dgn belajar. antara nak dengan x je....dr ko pi dating window shoping bagai baik la p keje part time.

rumet aku kat penang dulu orang sabah, mmg org susah. dia siap buat 2 keje part time. rajin betol. pastu bawa rice cooker, masak nasik n lauk sendiri, telur ikan bilis, ape2 la yg simple. berjaya jugak grad, boleh beli laptop n printer utk mudahkan dia blajar, beli tiket kapal terbang balik sabah.
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2019 09:41 AM | Show all posts
monreyes replied at 18-3-2019 09:19 AM
kalau mereka btol2 dari family miskin...
I assume mesti dapat full PTPTN...
kalau x dpt..apa sebab ...

masa anak2 akak kat uni memula tu mmg diorang terjebak gak tu dgn kawan2 nak pakai hp tgk wayang , bila tak cukup duit call mama minta duit
tapi akak tak kasi chance.. sila tunjuk bajet macam ne handle duit ptptn.  kalau betul belanja untuk belajar dan tak cukup baru mama top up.

kalau dah belanja dulu baru sempat kasi tau dan sebab tu bajet lari , tunjuk resit baru leh claim.
Claim tu untuk emergency unexpected expenses. kalau additional duit poket is yg dah di kira dlm bajet bulanan. so kasi in advance.

anak2 mmg dok asrama dlm kampus sampai habis belajar. Sila usahakan aktif dlm campus dan jadi ajk segala supaya dpt privelege dok campus sampai habis belajar. dah warning awal2 jgn ko cari pasal sampai kena tendang dr campus dan kena dok menyewa kat luar, mama tak de duit extra nak sewa bilik bagai.
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2019 09:42 AM | Show all posts
aku rasa benda ni bukan baru.. masa aku blajar dulu pun dah start ada ikat perut..
tambah lagi kalau kolej tak de bagi makan.. kena beli sendiri.. kalau kolej bagi makan.. pakat2x depa suruh kawan2x tapau kan untuk depa..

sbb time tu ada kuliah..
kadang2x aku blanja juga kawan2x susah ni mkan..
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2019 09:46 AM | Show all posts
monreyes replied at 18-3-2019 09:19 AM
kalau mereka btol2 dari family miskin...
I assume mesti dapat full PTPTN...
kalau x dpt..apa sebab ...

tak silap bape ratus je tinggal tak smpai rm500.00 pun
tambah lagi kalau duk kolej ada makan zaman iols dulu..

iols tak amik ptptn.. tapi itu la yang kawan2x ckp..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2019 09:47 AM | Show all posts
ajinomotonosuga replied at 17-3-2019 10:38 PM
Duit biasiswa anto kamponggg mak nk besokan umahh..abah nk pi umrah..adik nk baju koboi 10 pestol  ...

Baju koboi paling Win..!!

Jgn lupa dapat loan tak makan takpe yang penting I-Phone wajib ada..
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2019 09:48 AM | Show all posts
R2D2 replied at 18-3-2019 07:54 AM
Pensyarah ambil inisiatif sediakan program sarapan percuma

huntung la pensyarah buat inisiatif.

jaman kitorang dulu nak makan pun pensyarah minta belanja.....
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2019 09:48 AM | Show all posts
aku suka folo IG kwn2 anak aku...
sbb anak aku mmg anti socmed...
mmg xde la dia nak update apa2 xtvt dia buat...
apa xtvt Uni aku tau dari IG kwn klas kelas dia...
n aku juga folo IG kwn2 skolah dia ..some kat matriks..uni2 lain...
apa yg aku tgk manjang je update g makan sana sini...
shopping kasut mahal2 esp the guys...
pelik la pulak bila ada yg kata ikat perut...
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2019 09:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Duit abes beli topup lettew..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 04:05 PM GMT+8 , Processed in 0.092562 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list