Tindakan ke atas Taib Mahmud tak boleh diambil kerana tiada aduan rasmi dibuat- Tun
Jakarta: Tindakan tidak boleh diambil terhadap Gabenor Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud diatas dakwaan salah laku korupsi kerana tiada aduan rasmi dilakukan, kata perdana menteri baru yang lama, Tun Dr Mahathir atau lebih dikenali sebagai Tun Det seperti dilaporkan oleh akhbar The Star.
TIADA sebarang tindakan dapat diambil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud walaupun 15 fail siasatan dibuka terhadapnya sejak 2015.
Tindakan Sabah/Sarawak hendak membuang perkataan negeri/state sebagai tanda permulaan bahawa sabah/sarawak berbeza dengan negeri-negeri lain dalam Persekutuan Malaya 1957.
Ia juga sebagai permulaan mengaktifkan kuasa autonomi kedua duanya.
Sabah/Sarawak lagi besar status dari wilayah Labuan/Kl/Putrajaya
Adakah ia sebagai permulaan untuk keluar Malaysia?
Dari segi perjanjian Malaysia 1963, tiada klausa yang menghalang untuk Sabah/Sarawak berbuat demikian.
Namun slogan/sentimen yang agak dominan sekarang adalah:
Kami nak keluar dari Malaya, bukan Malaysia.
Semuanya terletak ke atas Tun dan Kerajaan Federal sekarang, menunaikan autonomi seperti MA63, atau nak versi Tun.
Sebab, rakyat Sabah/Sarawak layak membuat referendum sekiranya federal sekali lagi gagal menunaikan MA663.
Kena ingat, berdasarkan MA63, sepatutnya referendum patut diadakan pada 1973, iaitu 10 tahun selepas perbentukan Persekutuan Malaysia
Penjelasan dari Kerajaan Sarawak berkenaan MA63, bagi aku sangat vokal
Hak imigresen -TIDAK BOLEH DIRUNDING
Kedaulatan Sarawak termasuk tanah dan kawasan laut, termasuk bawah tanah, termasuk hak hak ke atas hasil semula jadi -TIDAK BOLEH DIRUNDING
Pintu rundingan telah ditutup oleh Kerajaan Sarawak