CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1219|Reply: 15

[Tempatan] Bazar Ramadan Lorong TAR Ditempatkan Di Jalan Raja Tahun Ini

[Copy link]
Post time 18-3-2019 08:18 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
ISNIN, 18 MARCH 2019 @ 7:37 PM

PASAR Lorong Tunku Abdul Rahman. - Foto Muhd Zaaba Zakeria.

KUALA LUMPUR: Operasi bazar Ramadan Lorong Tuanku Abdul Rahman (TAR)/Jalan Masjid India dan kawasan sekitarnya pada tahun ini akan dipindahkan ke Jalan Raja iaitu berhadapan Bangunan Sultan Abdul Samad di ibu negara.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan, berkata lokasi bazar Ramadan itu akan bermula dari lampu isyarat persimpangan Jalan Gereja hingga ke lampu isyarat persimpangan Leboh Pasar Besar merangkumi jarak 0.2 kilometer dan 12 meter lebar.

“Sepanjang operasi bazar Ramadan ini, kenderaan awam masih boleh melalui Jalan Raja. Tiada penutupan sepenuhnya Jalan Raja dalam tempoh bazar Ramadan itu beroperasi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Susun atur petak-petak niaga telah diselaraskan dengan teratur bagi memberi keselesaan kepada peniaga dan pengunjung di samping mengelak gangguan lalu lintas, katanya.

Nor Hisham juga memaklumkan bahawa tiada pemindahan pasar malam Lorong TAR akan dilakukan buat masa ini.

Menurutnya, cadangan pemindahan pasar malam itu dalam peringkat kajian dan persatuan penjaja akan dilibatkan dalam perbincangan mengenainya.

Nor Hisham berkata kios-kios yang dicadang dibina di sepanjang Jalan TAR adalah sebahagian daripada projek ‘Sungai Nadi Kehidupan’ (ROL), namun ia masih di peringkat kajian.

Cadangan pembinaan itu adalah untuk menyusun semula peniaga sedia ada di sekitar Lorong TAR dan Jalan Masjid India, katanya.

Nor Hisham turut memaklumkan bahawa penutupan Jalan TAR secara percubaan akan bermula pada 6 dan 7 April dan diteruskan pada setiap hujung minggu bulan April termasuk cuti umum.

Penutupan itu katanya, bersesuaian dengan inisiatif ROL iaitu kawasan berkenaan akan dijadikan mesra pejalan kaki di samping merealisasikan Kuala Lumpur sebagai bandar rendah karbon.

Dalam tempoh percubaan ini, penutupan itu terhad kepada kenderaan persendirian sahaja manakala kenderaan awam seperti bas dan teksi serta kenderaan kecemasan seperti polis, bomba, ambulans dan badan penguatkuasaan lain masih dibenar menggunakannya.

Penutupan yang bermula dari persimpangan selepas Jalan Esfahan/Jalan TAR dan berakhir di lampu isyarat sebelum Jalan TAR/Jalan Melayu itu adalah dari 8 pagi Sabtu hingga 11.59 malam hari Ahad. – BERNAMA

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2019 08:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Sekejap je dah nak puasa kan.....
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2019 08:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Elle_mujigae replied at 18-3-2019 08:19 PM
Sekejap je dah nak puasa kan.....

Betul tu... Saya tak sabar nak puasa..


Harap-harap pasar malam TAR tetap ON!
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2019 08:45 PM From the mobile phone | Show all posts
tapi apa logiknya bazar ramadan stat dari jalan gereja sampai ke leboh pasar .  situ kan petang2 dah memang kuat jem  ??
lagi apa logiknya pula dijalan raja tu  ??  situ kan tempat pelancung datang beriadah  ??  tak ke nanti nampak kelam kabut  ??
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2019 09:11 PM | Show all posts
tu bukan laluan segala public transport ka?
bertambah sesak laaa..
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2019 01:12 AM From the mobile phone | Show all posts
dess402 replied at 18-3-2019 08:45 PM
tapi apa logiknya bazar ramadan stat dari jalan gereja sampai ke leboh pasar .  situ kan petang2 dah ...

Jalan tar kroni lain punya, jalan gereja kroni lain punya. Bazaar Ramadhan, bukan takat baju raya je, kedai makan semua sesak orang buka puasa.

Mcm biasala, politik membusung.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-3-2019 09:12 AM | Show all posts
ok la tempat tu...jalan pun besar.....
tak der la sempit mcm jln TAR
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2019 09:14 AM | Show all posts
jalan raja ni celah mane? depan bangunan sultan abdul samad ke??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2019 09:19 AM | Show all posts
aci tak aku nak cakap DBKL ni bodoh
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2019 09:25 AM | Show all posts
jalan raja ni kan dulu2 ada pasar malam kt situ..ok lah..kroni2 takle makan lebat. situ sewa melalu dbkl terus..mcm kt nite market konsep dia.

Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2019 09:34 AM | Show all posts
kalu nek lrt nak benti mana nih
sime darby tu ke
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2019 11:52 AM | Show all posts
bbalik replied at 19-3-2019 09:34 AM
kalu nek lrt nak benti mana nih
sime darby tu ke

Paling dekat turun kat Station Masjid Jamek
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2019 11:56 AM | Show all posts
Harap disusun dengan baik sebab sekarang pun dah ramai pelancong datang, bila peniaga bazzar berpindah kesitu pasti akan tambah ramai
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2019 12:02 PM | Show all posts
Artemesiaa replied at 19-3-2019 11:52 AM
Paling dekat turun kat Station Masjid Jamek

peluh jugak ketiak nak jalan tu


Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2019 12:03 PM | Show all posts
Artemesiaa replied at 19-3-2019 11:52 AM
Paling dekat turun kat Station Masjid Jamek

sama je lah ngn turun g mengeTAR
tq noks
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2019 01:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat celah mana pulak ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 07:02 AM GMT+8 , Processed in 0.067485 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list