CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1988|Reply: 19

[Tempatan] [Fuhhhhh!] Ketua balai polis, pegawai DBKL ditahan 'makan' sogok

[Copy link]
Post time 18-3-2019 10:05 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Ketua balai polis, pegawai DBKL ditahan 'makan' sogok


Timbalan Ketua Pesuruhjaya (operasi) SPRM Datuk Sri Azam Baki mengesahkan tangkapan itu dan memberitahu semua suspek ditahan di SPRM Putrajaya.


KETUA Balai Polis antara 16 individu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas dipercayai terbabit melindungi serta menerima wang sogokan daripada pemilik pusat urut di Kuala Lumpur.

Sumber berkata, semua individu terbabit ditahan di 16 lokasi sekitar Lembah Klang kira-kira jam 10 pagi hingga 5 petang tadi, hasil risikan dilakukan sejak tiga bulan lalu.

“Dalam serbuan dilakukan 40 pegawai SPRM itu, tujuh penjawat awam dan sembilan orang awam ditahan selepas dipercayai terbabit melindungi dan menerima wang sogokan daripada pemilik pusat urut.

“Antara ditahan adalah kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), pegawai bomba dan penyelamat dan ketua sebuah balai polis.

“Difahamkan premis urutan yang menggunakan khidmat wanita warga asing itu pernah diserbu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Sabtu lalu,” katanya.

Menurutnya, wang sogokan diterima kumpulan suspek terbabit secara bulanan dengan bayaran minimum RM1,000 diterima setiap bulan.

“Malah, difahamkan pemilik premis dipaksa membayar wang sogokan apabila penjawat awam terbabit datang memberi ‘salam perkenalan’ di peringkat awal.

“Wang itu dikatakan sebagai ‘perlindungan premis’ mereka. Ada perantara (orang awam) yang akan mengutip wang berkenaan setiap bulan,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Sementara itu Timbalan Ketua Pesuruhjaya (operasi) SPRM Datuk Sri Azam Baki mengesahkan tangkapan itu dan memberitahu semua suspek ditahan di SPRM Putrajaya.

“Permohonan reman terhadap semua individu terbabit akan dilakukan esok. Kes disiasat mengikut Seksyen 16 dan Seksyen 17 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 18 Mac 2019 @ 9:19 PM

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-3-2019 10:06 PM From the mobile phone | Show all posts
I saje tuuuuu. Buat2.fuhhhhh.

Padahal mmg benda dah lama buat.


Jom kita tengok sapa yang kenaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2019 11:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak harap gaji mana cukup..
Tiap2 tahun ke oversea..
Rumah bersepah.. semua beli cash
Payslip sesuci anak Dara
Cuba cek mppj pulak.. jiran aku sekali kena pecah rumah duit lesap 100k
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2019 12:00 AM | Show all posts
Baguslah  kasi habis semua parasites negara seperti ini.
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2019 12:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by MarryPottet at 19-3-2019 12:12 AM

pegawai bomba yg takde kena mengena pun tumpang sekaki lahap najis rasuah. lepas ni kena tambah 1 lagi profession dalam list anak tak menjadi ipan iaitu anak bomba
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2019 12:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Sis @Syd dah ada belum thread pusat tahfiz amal perguna budak2?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-3-2019 09:24 AM | Show all posts
bagus..tangkap semua yg mkn rasuah ni.. perut makin boroi mkn duit harammm...
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2019 09:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Baru tahu ke apa. ...ya ampoon. ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2019 09:27 AM From the mobile phone | Show all posts
VespaSilbe replied at 18-3-2019 11:58 PM
Nak harap gaji mana cukup..
Tiap2 tahun ke oversea..
Rumah bersepah.. semua beli cash

Class jiran u, seharusnye uols sujud syukur slps heshe kne rompak rm100k, iols tumpang gembira juga
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2019 09:41 AM | Show all posts
Ambikk kau!!! Kena tgkap jua akhirnya
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2019 05:20 PM | Show all posts
masak laaaa
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2019 05:45 PM | Show all posts
Sprm kene pegi Building site sebenarnye tgk unit/jabatan mane datang mintak duit sebelum lunch huhu.... baru meriah
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2019 08:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah terbiasa zaman Najib...
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2019 08:33 AM | Show all posts
Semua salah pemberi rasuah dan dapig.
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2019 08:33 AM | Show all posts
dari atas ke bawah semua nak suap
harap jgn tangkap penerima jer
pemberi pon bagi skali

skrg ni nak jumpa yg jujur mmg rare
susah sangat

btw,
kawan aku kata, kalau kita x 'diuji' jgn cakap besar

Hmmmm mungkin ade betul nya
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2019 08:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Lama dah........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2019 08:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by cmf_shalom at 20-3-2019 08:42 AM
xy_daen replied at 20-3-2019 08:29 AM
Dah terbiasa zaman Najib...


Ko ingt semua amalam rasuah bmula zmn najib ka... Sedihnya khidupan ko...semua benda nk dikaitsn ngsn politik
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2019 09:27 AM | Show all posts
KEDAI MESIN BILA NAK GEGAR???
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2019 09:30 AM | Show all posts
kakitangan awam mcm ni lah patut kena buang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-3-2019 09:40 PM From the mobile phone | Show all posts
10 suspek makan suap lindungi rumah urut bebas reman

NOR IDAYU BOSRO
22 Mac 2019 7:33 PM


SERAMAI 10 suspek termasuk ketua sebuah balai polis yang direman kerana dipercayai menerima rasuah k
SERAMAI 10 suspek termasuk ketua sebuah balai polis yang direman kerana dipercayai menerima rasuah kononnya untuk melindungi pusat urut di sekitar Kuala Lumpur dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pada pukul 10.30 pagi tadi.

PUTRAJAYA - Mahkamah Majistret di sini hari ini membebaskan 10 suspek termasuk ketua sebuah balai polis yang direman kerana dipercayai menerima rasuah kononnya untuk melindungi pusat urut di sekitar Kuala Lumpur.

Mereka yang terdiri daripada tujuh penguat kuasa dan tiga orang awam yang berperanan sebagai perantara bagi mengutip wang sogokan tersebut setiap bulan sebelum ini direman empat hari sejak Selasa lalu.

Majistret Saifullah Qamar Siddique Bhatti membenarkan tujuh penjawat awam itu dibebaskan dengan jaminan SPRM sebanyak RM10,000 setiap seorang dengan seorang penjamin.

Sementara itu, tiga individu lagi dibebaskan dengan dijamin dengan jaminan SPRM berjumlah RM3,000 setiap seorang dengan seorang penjamin.

Selain itu, mahkamah turut mengarahkan kesemua suspek melapor diri kepada SPRM sekiranya ingin ke luar negara selain perlu melapor diri jika dipanggil ke pejabat suruhanjaya itu.

Terdahulu, kesemua suspek yang memakai baju lokap SPRM dan tangan bergari tiba di Mahkamah Majistret Putrajaya di sini pada pukul 10.30 pagi tadi.

Pada Selasa lalu, SPRM berjaya mendapatkan perintah tahanan reman selama empat hari ke atas semua suspek bagi membantu siasatan kes tersebut.

Selain mereka, turut direman ialah empat pemilik pusat urut selama lima hari bagi siasatan berhubung kes yang sama.

Kesemua individu terbabit ditahan di antara pukul 10 pagi hingga 5 petang di 16 lokasi di sekitar Lembah Klang hasil risikan SPRM sejak tiga bulan lalu.

Menurut sumber, mereka diberkas selepas dipercayai terlibat melindungi dan menerima wang sogokan daripada pemilik pusat urut berkenaan.

Katanya, wang sogokan yang diterima oleh kumpulan suspek terbabit adalah secara bulanan dengan bayaran minimum RM1,000 setiap bulan.

"Difahamkan, pemilik premis itu dipaksa membayar wang sogokan setelah penguat kuasa terbabit datang memberi 'salam perkenalan' pada peringkat awal," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 16 dan Seksyen 17 Akta SPRM 2009. -K! ONLINE
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 02:11 AM GMT+8 , Processed in 0.070212 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list